Pages


Thursday, September 30, 2010

Juara Liga Kemboja = Everton?

Juara Liga Kemboja, Phnom Penh Crown FC akan cuba mengikut kaedah pembangunan pemain Everton serta akan memperkenalkan akademi bolasepak pertama di negara itu, PPCFC Elite Football Academy.

22 pemain yang terpilih bakal mengasah bakat mereka di akademi tersebut tanpa mengorbankan pencapaian akademik mereka.

"Pencarian 'Wayne Rooney Kemboja' bermula," lafaz Rithy Samnang, pemilik kelab tersebut.

"Pemain akan menjalani latihan 6 hari seminggu, 45 minggu setahun, dengan tidak menggangu jadual pembelajaran mereka," kata Bouy Dary, individu yang bertanggungjawab dalam pencapaian akademi mereka.

Pembinaan kelengkapan sedang berjalan lancar, dan apabila lengkap ia bakal menempatkan asrama, tempat rekriasi, tempat latihan, tempat belajar dan tempat persalinan.

"Kami sedang mengikut cara latihan taraf antarabangsa, iaitu 'Kaedah Everton' yang telah melahirkan beberapa nama besar seperti Wayne Rooney, David Unsworth, Fransciss Jeffers dan Richard Dunne, " ujar Rithy lagi.

sumber: AFF Website

edited by -keypadlock-

Wednesday, September 29, 2010

Harimau Muda Pakar Seri

 Harimau Muda 1-1 Liptovsky Mikulas

Seri lagi. Harimau Muda masih kebuntuan untuk mencari kemenangan pertama mereka. Mereka sekali lagi dihukum melalui sepakan percuma pada minit-minit akhir permainan setelah mendahului lawan.

Begitulah gambaran perlawanan Harimau Muda di Slovakia kebelakangan ini. Namun kali ini mereka berjuang tanpa 8 pemain utama yang dipanggil balik oleh K. Rajagobal. Bertambah parah apabila pemain veteran HM Abdul Shukur Jusoh tidak dapat beraksi kerana demam.

Skuad Kebangsaan Vietnam ke Kuwait

Vietnam akan menentang pasukan Kuwait sebagai salah satu persediaan menghadapi Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.Perlawanan ini dijadualkan pada 12 Oktober iaitu selepas mereka melayan kunjungan pasukan India di kandang mereka sendiri pada 8 Oktober.

Beukering siap sedia hadapi Uruguay

Pasukan Indonesia sedang menyiapkan pasukannya untuk berdepan Uruguay 8 Oktober ini. Cerita menarik disamping pertemuan dengan Uruguay adalah 5 pemain yang dikatakan bakal menyarung jersi kebangsaan Indonesia buat pertama kalinya. Bukanlah pemain tempatan yang dimaksudkan, tetapi pemain-pemain dari luar Indonesia (Belanda) yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk bersama Indonesia.

Sergio van Dick  (Adeleid United), John van Beukering (Go Ahead Eagles), David Ririhena (Top Oss), Tom Hiariej (Groningen) dan Micael Timisela (VVV Venlo) adalah senarai awal yang bersetuju menyarung jersi kebangsaan Indonesia. 

Selain itu, PSSI juga sedang mencari bakat-bakat muda di sana yang boleh diserap sebagai pemain kebangsaan Indonesia untuk Sukan Sea 2011.

Setakat ini belum ada sekatan dari Badan Bolasepak Dunia, FIFA. 

Menurut van Beukering, dia dijemput untuk menyertai pasukan Indonesia menentang Uruguay dan Honduras yang dijualkan pada 8 dan 12 Oktober ini. 

"Uruguay adalah pasukan keempat terbaik dalam Piala Dunia 2010. Honduras juga adalah pasukan yang bagus. Jadi, ini adalah perlawanan yang menarik," ulas van Beukering. 

Tahun 2009, dia pernah dipanggil menyertai Indonesia tetapi Peraturan FIFA ketika itu menghalang hasratnya untuk datang. Dan setelah FIFA membenarkan pemain-pemain yang mempunyai beberapa kerakyatan untuk memilih pasukan peringkat nasional mereka, van Beukering nampaknya teruja untuk datang ke Indonesia. 
"Jadi, tunggu saja hasilnya," ujar beliau mengenai permainan pertamanya nanti bertemu Uruguay.

-keypadlock-

Vietnam balas dendam di Saigon

Dendam Vietnam yang tewas kepada Malaysia pada final acara bola sepak Sukan SEA 2009 di Laos pada Disember lalu akhirnya terbalas.

Mereka berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas skuad kebangsaan Malaysia pada aksi sulung Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 di Stadium Thong Nhat di sini malam tadi.

Tuesday, September 28, 2010

Ho Chi Minh Cup 2010: Perlawanan 1

Iran U21 1-1 Singapura U23
Vietnam U23 2-1 Malaysia U23

Vietnam U23 [1 win]
Iran U21 [1 draw]
Singapura U23 [1 draw]
Malaysia U23 [1 loss]

Malaysia U-23 Starting 11 - Khairul Fahmi (Kelantan), Asraruddin Putra (Selangor), Nasriq Baharom (Selangor), Aidil Zafuan (Negeri Sembilan), Safiq Rahim (Selangor), Norshahrul Idlan (Kelantan), Safee Sali (Selangor), Amar Rohidan (Perlis), Fandi Othman (Harimau Muda A), S. Kunanlan (Negeri Sembilan), Mahali Jasuli (Harimau Muda A)

Indonesia Super League 2010/2011


Terdapat 18 pasukan atau kelab yang bertanding untuk musim 2010/2011 dalam Indonesia Super League. Berikut adalah senarai pasukan atau kelab dalam ISL musim ini:

Persema Malang
Julukan: Laskar Ken Arok

PSPS Pekan Baru
Julukan: Askar Bertuah

Semen Padang
Julukan: Kabau Sirah

Deltras Sidoarjo
Julukan: The Lobsters

Sriwijaya FC
Julukan: Laskar Wong Kito

Persibo Brojonegoro
Julukan: Laskar Angling Dharma

Persija Jakarta
Julukan: Macan Kemayoran

Persiba Balikpapan
Julukan: Beruang Madu

Pelita Jaya
Julukan: The Young Guns

Bontang FC
Julukan: Laskar Bukit Tursina

Persib Bandung
Julukan: Maung Bandung

Persisam Putra Samarinda
Julukan: Elang Borneo

Persijap Jepara
Julukan: Laskar Kalinyamat

PSM Makassar
Julukan: Juku Eja

Arema Indonesia
Julukan: Singo Edan

Persela Lamongan
Julukan: Laskar Joko Tingkir

Persiwa Wamena
Julukan: Badai Pegunungan

Persipura Jayapura
Julukan: Mutiara Hitam
 
sumber: Kompas.com

Peluang anak Melaka

PERSATUAN Bolasepak Melaka (Mafa) membuka peluang kepada jurulatih tempatan menabur khidmat membimbing skuad terbabit musim depan selepas berada di dua tangga terbawah liga Perdana musim ini.
Usaha terbabit antara langkah awal skuad berkenaan membuka dimensi baru perjuangan pasukan itu bagi mengelak terus dianggap skuad belasahan lawan sepanjang aksi liga musim 2011.

Pengurus pasukan Melaka, Abd Malik Kasim berkata , Mafa kini membuka ruang kepada jurulatih yang berminat melatih skuad berkenaan termasuk anak jati Hang Tuah mahupun pembimbing dari luar.

Persiapan skuad Harimau Muda pincang hadapi Mikulas

SKUAD bola sepak bawah 21 tahun kebangsaan, Harimau Muda A akan beraksi dalam perlawanan kelima di Slovakia bertemu Tatran Liptovsky Mikulas hari ini dalam keadaan yang serba kekurangan.

Mereka kehilangan lapan tonggak utama iaitu kapten, K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Fadhli Shas dan Zamir Selamat.

Ulangan final Sukan SEA 2009

SKUAD bola sepak kebangsaan bakal berdepan ujian getir apabila turun bertemu tuan rumah, Vietnam pada perlawanan sulung Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City malam ini.

Bukan pasukan lawan yang digeruni anak-anak buah K. Rajagobal itu, namun mereka perlu berdepan puluhan ribu penyokong Vietnam yang pastinya masih menyimpan dendam terhadap skuad negara.

Indonesia dan Singapura = Bakat Luar

Kalau dulu kita pernah bercakap tentang Singapura FA dengan bakat-bakat importnya yang beraksi untuk negara mereka. Singapura adalah negara Asean pertama yang menggunakan bakat luar untuk memperkuatkan skuad negaranya dengan memberikan kewarganegaraan pada mereka. Jurulatih Singapura, Radojko Avramovic pernah mengeluarkan kenyataan dan pendirian beliau mengenai perkara ini disebabkan kritikan-kritikan luar tentang pasukan Singapura pada ketika ini.

"Di Singapura ada dua kes. Yang pertama adalah bahawa beberapa pemain telah menghabiskan seluruh hidup mereka di Singapura. Kes kedua adalah bahawa beberapa orang datang ke sini untuk bermain bola sepak, tinggal enam atau tujuh tahun, berkahwin, punya anak dan ingin menjalani hidup mereka di Singapura. Mereka mendapatkan pasport tanpa penglibatan dari FA."

"Dan kemudian ada pemain muda yang datang ke sini. Kami mengikuti mereka dan jika mereka mempunyai potensi untuk bermain untuk pasukan kebangsaan, kami melihat apakah mereka bersedia melakukannya."

Itu ialah kes Singapura dengan pemain-pemain import peringkat nasional mereka. Sekarang ini, Indonesia FA pula mengambil langkah seakan-akan Singapura FA tetapi berbeza cara. Indonesia cuba mengesan pemain yang ada kewarganegaraan Indonesia yang bermain di luar liga Indonesia. Kewarganegaraan ini samaada mereka dapat daripada ibu, bapa, datuk dan sebagainya. Dan mereka ini belum beraksi diperingkat senior antarabangsa. Negara yang mereka pergi untuk mencari bakat "terpendam" ialah Belanda, negara yang mempunyai banyak individu yang mempunyai kerakyatan Indonesia. 

Iman Arif, Ketua Badan Tim Nasional (BTN), dan jurulatih nasional Alfred Riedl telah berada di Belanda sejak awal bulan ini untuk mencari pemain yang tertarik untuk bermain dengan pasukan Indonesia. Setelah menonton beberapa pertandingan, terutama di Piala Belanda, dan berbicara dengan beberapa pemain, Iman dan Riedl mengeluarkan senarai 46 calon berkemungkinan.

Salah satu prospek terbaik ialah penyerang berusia 26 tahun, John Van Beukering, dari kelab divisyen dua, Go Ahead Eagles. Van Beukering, yang datuknya adalah orang Indonesia, memulakan kerjayanya dengan pasukan muda De Graafschap sebelum dia bertukar ke akademi Vitesse.

Kompas.com melaporkan bahawa dua pemain telah bersetuju untuk menyertai skuad Indonesia dan bakal ke sana semasa latihan pusat kedua dan beraksi menentang Uruguay 8 Oktober nanti. Mereka ialah Sergio van Dijk dan John van Breukeling.

"Kami berharap kami boleh membawa empat atau lima pemain kembali ke Indonesia. Sekarang kita memilih pemain yang berkualiti, " kata Iman Arif.

-keypadlock-

Monday, September 27, 2010

Johor FA dan Johor FC

Rasa janggal untuk tidak membincangkan berita panas ketika ini iatu cadangan untuk menggabungkan Johor FA dan Johor FC.

Pendapat peribadi saya, individu yang mengeluarkan cadangan ini ialah individu yang merasa dengki dengan kejayaan Johor FC iaitu pasukan berstatus kelab. Dikatakan dengan kewujudan dua pasukan dalam satu negeri menyebabkan persaingan tidak sihat dan ketidak-seimbangan antara kedua-dua pasukan.

Ini pendapat individu yang mungkin resah dengan kejayaan Johor FC yang mewujudkan pasukan yang mampu bersaing dalam kelompok tertinggi Liga M.

Kenapa baru sekarang baru timbulkan isu sebegini? Kenapa semasa Johor Corp baru mewujudkan pasukan ini, tiada bantahan dari Johor FA? Inilah sikap dengki sesetengah individu yang tidak suka dengan kejayaan yang Johor FC capai setakat ini.

Untuk mengembalikan kegemilangan bolasepak Johor, banyak kaedah lain yang dapat direncanakan. Bukan semata-mata menggabungkan kedua-dua buah pasukan, masalah selesai. Saya amat tidak bersetuju dengan berita penggabungan ini. Johor FC masih releven dalam arena bolasepak Malaysia.

-keypadlock-

Perlis juara Piala Agong

PASUKAN Piala Emas Raja-Raja Perlis dinobatkan juara Piala Agong 2010 selepas berjaya mengetepikan juara bertahan, Johor 4-0 pada perlawanan pembuka tirai Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 di Stadium Utama Negeri Kangar, semalam.

Review Piala Malaysia 2010 - Tamat Pusingan 1

Peluang ke Final

Pandangan saya, Negeri Sembilan lebih banyak peluang untuk ke final tahun ini. Yang mengejutkan saya, pilihan kegemaran saya pada awalnya iaitu Terengganu, semakin meleset. Persembahan goyang sepanjang kejohanan ini menyebabkan mereka bukan lagi pilihan ke final. Kelantan yang menjadi pilihan utama saya juga kelihatan terumbang-ambing dalam peringkat kumpulan.  Tetapi peluang untuk Kelantan masih ada. 

Selangor mempamerkan aksi yang baik setakat ini dan mereka adalah pilihan kedua saya untuk ke final. Cabaran daripada pasukan utara tanahair juga jangan dilupakan. Kedah mungkin kelihatan berada pada posisi kurang baik, tetapi mungkin boleh ke final sekiranya mendapat rentak semula pada pusingan kedua. 

Johor FC ialah pasukan yang selalunya membuat kejutan. Mungkin disebabkan itu mereka juga bolehlah diletakkan sebagai pasukan yang berkemungkinan ke final tetapi peratusannya agak kecil. Yang mungkin agak mengujakan ialah aksi Sabah dan Pahang pada ketika ini yang mungkin bakal mengejutkan ramai pihak sekiranya mampu layak ke final. Tetapi, pasukan-pasukan kuat lain seperti Kelantan, Selangor dan Negrei Sembilan mungkin mampu menggagalkan impian mereka.
Inilah pilihan saya mengikut turutan setelah berakhirnya peringkat atau pusingan pertama:

  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Kelantan
  • Kedah
  • T-Team
  • Johor FC
  • Sabah
  • Pahang
-keypadlock-

    Kedudukan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2010


    POS TEAM P W D L F A +/- PTS
    1 Negeri Sembilan 3 2 1 0 4 2 2 7
    2 Kelantan 3 1 1 1 4 4 0 4
    3 Selangor PKNS 3 1 0 2 2 3 -1 3
    4 Kuala Lumpur, PLUS FC 3 0 2 1 4 5 -1 2


    POS TEAM P W D L F A +/- PTS
    1
    Pahang
    3 2 0 1 8 5 3 6
    2 Sabah 3 1 2 0 4 2 2 5
    3 Kuala Lumpur 3 1 1 1 3 5 -2 4
    4 Terengganu 3 0 1 2 3 6 -3 1


    POS TEAM P W D L F A +/- PTS
    1 Johor FC 3 1 2 0 4 2 2 5
    2 Kedah 3 1 2 0 4 2 2 5
    3 ATM 3 0 3 0 4 4 0 3
    4 Perak 3 0 1 2 2 6 -4 1


    POS TEAM P W D L F A +/- PTS
    1 Selangor 3 3 0 0 8 2 6 9
    2 Terengganu PBDKT T-Team 3 2 0 1 7 4 3 6
    3 Perlis 3 1 0 2 3 7 -4 3
    4 Kuala Lumpur Felda United FC 3 0 0 3 4 9 -5 0

    Sunday, September 26, 2010

    Ho Chi Minh Cup 2010: Updates

    Skuad Malaysia U23

    1. Amar Rohidan
    2. Ahmad Fakri Saarani
    3. Baddrol Bakhtiar
    4. Faizal Abu Bakar
    5. Mohd Sabre Mat Abu
    6. Mohd Asraruddin Putra
    7. Mohd Nasriq Baharom
    8. Mohd Safee Mohd Sali
    9. Safiq Rahim
    10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
    11. Kunalan Subramaniam
    12. Mohd Sharbinee Allawee
    13. Norshahrul Idlan Talaha
    14. Khairul Fahmi Che Mat
    15. Gary Steven Robbat
    16. Izzaq Faris Ramlan
    17. Mahali Jasuli
    18. Mohammad Muslim Ahmad
    19. Mohd Fadhli Mohd Shas
    20. Mohd Fandi Othman

    Skuad Singapura U23

    1. Izwan Mahbud
    2. Lionel Lewis
    3. Shakir Hamzah
    4. Daniel Bennett
    5. Hidhir Hasbiallah
    6. Eddie Affendy Chang
    7. Afiq Yunos
    8. Syafiq Zainal
    9. Faritz Abdul Hameed
    10. Hafiz Abu Sujad
    11. Nazrul Ahmad Nazari
    12. Zulfahmi Arifin
    13. Hariss Harun
    14. Firdaus Kasman
    15. Erwan Gunawan
    16. Al-Qaasimy Abdul Rahman
    17. Rizawan Abdullah
    18. Eugene Luo
    19. Fadhil Noh
    20. Khalili D'cruz

    Skuad Vietnam U23

    1. Bui Tan Truong
    2. Nguyen Dai Dong
    3. Pham Minh Duc
    4. Nguyen Cong Minh
    5. Mai Xuan Hop
    6. Tran Dinh Dong
    7. Vo Hoang Quang
    8. Nguyen Thanh Long Giang
    9. Tran Khoa Dien
    10. Chu Ngoc Anh
    11. Nguyen Quy Suu
    12. Nguyen Thai Duong
    13. Nguyen Trong Hoang
    14. Mai Tien Thanh
    15. Pham Thanh Luong
    16. Phan Thanh Hung
    17. Hoang Dinh Tung
    18. Phan Thanh Binh
    19. Tran Manh Dung
    20. Nguyen Ngoc Anh

    Skuad Iran U23

    Tiada maklumat


    -keypadlock-

    Saturday, September 25, 2010

    Malaysia U23 5-1 Felda United

    Semalam bertempat di padang Wisma FAM, pasukan Malaysia U23 mengadakan perlawanan pemanas badan dan perlawanan latihan menentang pasukan di dalam Liga Malaysia, Felda United. Kemenangan Malaysia U23 ialah melalui gol dari Safiq Rahim, Safee Sali, Ahmad Shakir, Faizal Abu Bakar dan Fandi Othman. Kesemua pemain yang ada dicuba oleh K.Rajagobal dalam match tersebut.Ahad ini, pasukan ini bakal berangkat ke Vietnam menyertai kejohanan Ho Chi Minh Cup 2010.

    Selanjutnya dari blog Wan Fakhrul (wartawan Kosmo):

    Thang Long Cup 2010: Match ke 3

    Vietnam 0-0 North Korea
    Australia U23 0-0 Kuwait U23

    North Korea [ 2 wins-1 draw]
    Vietnam [ 1 win-1 draw-1 lost]
    Australia U23 [1 win-1draw-1 lost]
    Kuwait U23 [1 draw-2 losses]

    North Korea memenangi kejohanan ini

    Friday, September 24, 2010

    Indonesia Premier League vs Indonesia Super League

    Indonesia Premier League (IPL) adalah liga yang hendak diwujudkan oleh Arifin Panigoro untuk menandingi Indonesia Super League (ISL) dibawah kelolaan Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI). Sejak beberapa minggu ini, perkembangannya agak menarik perhatian kerana beberapa pasukan besar daripada ISL menyatakan keinginan mereka untuk menyertai IPL. Dikhabarkan IPL menyediakan tawaran yang menarik buat pasukan-pasukan yang bakal menyertai IPL.

    Tetapi pada Isnin lalu, mungkin agak melegakan PSSI apabila mesyuarat antara pengurus-pengurus pasukan di Hotel Sultan menyaksikan kehadiran 18 pasukan yang bertanding di ISL. Komitmen yang ditunjukkan agak melegakan PSSI disaat berita beberapa pasukan besar bakal ke IPL makin tersebar. Walaupun komitmen tersebut melegakan PSSI, Arifin Panigoro kelihatan tidak mahu menyerah kalah dan bakal meneruskan juga IPL walaupun tidak disertai oleh pasukan ternama ISL. 

    PSSI memanggil John van Beukering untuk perlawanan persahabatan

    PSSI memanggil John van Beukering untuk pertandingan persahabatan melawan Uruguay dan Honduras. Van Beukering, 26 tahun, bermain di Go Ahead Eagles memiliki darah campuran Indonesia-Belanda.

    Selama ini Van Beukering memang belum pernah bermain untuk timnas senior Belanda, sehingga tidak menjadi kendala.

    FAM belum buat keputusan

    KEPUTUSAN sama ada membenarkan kembali khidmat pemain import atau tidak pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan diputuskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada pertengahan Oktober depan.

    Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, isu pemain import serta perkara-perkara lain yang berkaitan Liga M musim depan akan dibincangkan terlebih dahulu pada sesi percambahan minda (brainstorming) pada 29 dan 30 September ini.

    Peluang Safee kembali pikat hati Rajagobal

    SELEPAS tiga hari menjalani latihan, skuad kebang- saan bimbingan K. Rajagobal bakal diuji juara Liga Perdana, Felda United pada aksi persahabatan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya malam ini.

    Ia pentas terbaik buat 24 pelatih skuad kebangsaan memikat hati Rajagobal supaya menyenaraikan mereka dalam skuad 20 pemain ke Kejohanan Undangan Piala Millenium Thang Long di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 28 September ini hingga 2 Oktober depan.

    Thursday, September 23, 2010

    Thang Long Cup 2010: Match ke 2

    Vietnam 0-2 Australia U23
    North Korea 1-0 Kuwait U23

    Updates:

    North Korea [ 2 wins]
    Vietnam [ 1 win-1 lost ]
    Australia U23 [1 win-1 lost]
    Kuwait U23 [2 losses]

    Sathianathan sedia letak jawatan

    “Saya bersedia meletak jawatan sekiranya pemain saya gagal memberikan komitmen seratus peratus ketika menentang Negeri Sembilan, 3 Oktober ini."

    PBNS rancang lakukan rombakan besar-besaran

    KETIKA kedudukan mengenai pemain import musim depan belum diputuskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Bola Negeri Sembilan (PBNS) merancang melakukan rombakan besar-besaran dalam pengurusan pasukan bagi memastikan prestasi skuad itu musim depan terus cemerlang.

    Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain melantik pengurus pasukan baru berstatus sepenuh masa, pihaknya juga akan cuba memancing ramai pemain berkaliber tempatan untuk diserapkan dalam skuad Rusa.

    Malaysia tetap jejak Indonesia

    TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, skuad negara kendalian K. Rajagobal tetap akan beraksi pada kempen Piala AFF Suzuki di Jakarta, Indonesia Disember depan.

    Annuar berkata, keyakinan beliau berdasarkan keupayaan negara republik itu dalam menganjurkan beberapa acara berprestij seperti badminton.

    Wednesday, September 22, 2010

    Harimau Muda: Match ke 4

    Harimau Muda 1-1 Bodva Moldava

      
    Senarai pemain Malaysia :
    Mohd Izham Tarmizi Bin Roslan (GK) , Mohamd Fadhli Shas, Shukur Jusoh, Mohd Irfan Bin Fazial, Gary Stevens a/l Robbat, Izzaq Faris, Wan Zack Haikal B Wan Nor, Rafiuddin Roddin, Mamat Mohd Affize Faisal, Mohamad Fandi Bin Othman, Mohamad Muslim Bin Ahmad (Kapten)


    Penjaring: S Sivanesan

    Terkini setelah 4 perlawanan

    5 Sept - vs Ruzemberok (1-3)
    07 Sept - vs Petrzalka (2-2)
    14 Sept - vs Slovan Duslo Sala (1-2)
    20 Sept - Bodva Moldava (1-1)
     
    Senarai Penjaring setakat ini

    Izzaq Faris Ramlan (2 gol)
    Gary Steven Robbat (1 gol)
    Wan Zaharulnizam (1 gol)
    S Sivanesan (1 gol)

    Thang Long Cup 2010

    Seperti dijadualkan, Thang Long Cup 2010 telah bermula. 4 pasukan dalam kejohanan ini ialah Vietnam, Kuwait U23, North Korea dan Australia U23. Berikut ialah keputusan perlawanan pertama.

    Vietnam 3-0 Kuwait U23
    North Korea 1-0 Australia U23

    Disamping itu, skuad Vietnam U23 yang bakal terlibat dengan kejohanan Ho Chi Minh Cup 2010 pada 28 September ini bersama-sama Malaysia, Iran dan Singapura turut mengadakan perlawanan persahabatan kedua dengan Kemboja. Perlawnaan pertama mereka menang 2-0.

    Vietnam u23 3-0 Kemboja 

    Rajagobal nilai prestasi pemain di Vietnam

    TIGA perlawanan sepanjang Kejohanan Undangan Piala Millenium Thang Long di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 28 September ini hingga 2 Oktober depan akan dijadikan medan penilaian prestasi skuad bola sepak negara.

    Kejohanan yang disertai empat pasukan bawah 23 tahun (B-23) itu akan berlangsung secara liga satu pusingan dengan Malaysia dijadual bertemu Vietnam (28 September), Iran (30 September) dan Singapura pada 2 Oktober.

    Tuesday, September 21, 2010

    Skuad Rajagobal perlu tampil cemerlang

    Skuad negara tidak perlu merasa tertekan, sebaliknya mereka perlu beraksi dengan cemerlang pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta dan Bandung, Indonesia bermula 1 hingga 7 Disember depan.


    Ini kerana, skuad negara diundi dalam kumpulan dianggap 'maut', Kumpulan A yang turut menampilkan tuan rumah, Indonesia dan naib juara 2008, Thailand

    Monday, September 20, 2010

    Senarai pemain untuk Latihan Pusat (21.9.2010 – 25.09.2010)

    Bil
    Nama Pemain
    Kelab/Negeri
    1
    Amar Rohidan
    Perlis
    2
    Ahmad Fakhri Saarani
    Perlis
    3
    Ahmad Shakir
    Kedah
    4
    Baddrol Bakhtiar
    Kedah
    5
    Mohamad Azmi Muslim
    Kedah
    6
    Mohamad Faizal Abu Bakar
    Kedah
    7
    Mohd Sabre Mat Abu
    Kedah
    8
    Mohd Asraruddin Putra
    Selangor
    9
    Mohd Nasriq Baharom
    Selangor
    10
    Mohd Safee Mohd Sali
    Selangor
    11
    Safiq Rahim
    Selangor
    12
    Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
    Negeri Sembilan
    13
    Kunalan Subramaniam
    Negeri Sembilan
    14
    Mohd Sharbinee Allawee
    Terengganu
    15
    Norshahrul Idlan Talaha
    Kelantan
    16
    Khairul Fahmi Che Mat
    Kelantan
    17
    Gary Steven Robbat
    Harimau Muda
    18
    Gurusamy Govander Kandasamy
    Harimau Muda
    19
    Izzaq Faris Ramlan
    Harimau Muda
    20
    Mahalli Jasuli
    Harimau Muda
    21
    Mohammad Muslim Ahmad
    Harimau Muda
    22
    Mohd Fadhli Mohd Shas
    Harimau Muda
    23
    Mohd Fandi Othman
    Harimau Muda
    24
    Mohd Zamir Selamat
    Harimau Muda

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails