Pages


Sunday, October 31, 2010

Perlawanan Persahabatan Malaysia

Perkembangan Harimau Muda di Slovakia


Harimau Muda 2-0 Puchov

Rentak kemenanangan terus dicipta oleh Pasukan Harimau Muda A pada kem latihan di Slovakia ini apabila menewaskan FK Puchov 2-0 petang tadi. Sebelum perlawanan bermula kedua-dua pasukan telah bertafakur selama satu minit bagi menghormati kematian bapa kepada Gurusamy yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Setelah wisel permulaan dibunyikan Harimau Muda mengimbangi permainan dengan gerakan-gerakan yang teratur, dimana barisan tengah pasukan yang di ketuai oleh Mohd Affizie Faizal yang kembali semula ke kem latihan, selain dibantu oleh Mohd Irfan Fazail dan Mohd Shukor Jusoh telah mendominasi bahagian tersebut dengan hantaran-hantaran kemas ke barisan serangan.

Tidak menunggu lama,Harimau Muda mendahalui pada minit ke-21 apabila hantaran daripada Mohd Shukor Jusoh berjaya disudahkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim setelah mengelecek seorang pertahanan lawan sebelum merembat deras bagi menewaskan penjaga gol lawan. Pemain muda berusia 17 yang berasal dari Kelantan ini memang menjadi duri dalam daging bagi pasukan lawan dengan larian-larian mengelirukan. Beliau sekali lagi mendapat peluang keemasan pada minit ke-33 tetapi rembatannya dapat di selamatkan penjaga gol.

Cuaca sejuk sebelah petang tidak menghalang barisan muda ini meneruskan permainan cemerlang pada babak kedua. Harimau Muda terus memimpin permainan dengan jaringan kedua pada minit ke-54 apabila Wan Zack Haikal menyudahkan sepakan penalti apabila Nazirul Naim Che Hashim dibentes pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Harimau Muda membuat dua pertukaran, Mohd Amer Saidin dan Syahrul Azwari dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti oleh Mohd Nazri dan Ferris Danial pada minit ke 75 dan 82 selain memasukan penjaga gol muda yang juga berusia 17 tahun Mohd Farhan Abu Bakar bagi mengantikan Izham Tarmizi.

Hanya berbaki dua perlawanan bagi menamatkan siri kem latihan di Slovakia bertemu Rimavska Sobota pada 02 Nov ini di gelanggang lawan dan Trencin pada 9 Nov.  

sumber: Harimau Muda

Terkini setelah 10 perlawanan

5 Sept - vs Ruzemberok (1-3)
07 Sept - vs Petrzalka (2-2)
14 Sept - vs Slovan Duslo Sala (1-2)
20 Sept - Bodva Moldava (1-1)
28 Sept - Liptovsky Mikulas (1-1)
6 Okt - Zemplin Michalovce (0-2) 
9 Okt - Dolny Kubin (0-1)
12 Oct - Senec (1-3)
19 Oct - Lucenec (3-1)
26 Okt - Puchov (2-0)

Penjaring setakat ini

Izzaq Faris Ramlan (2 gol)
Gary Steven Robbat (1 gol)
Wan Zaharul Nizam (3 gol)
S Sivanesan (1 gol)
Wan Zack Haikal (2 gol)
Syahrul Azwari (2 gol)
Abdul Shukor Jusoh (1 gol)
Perlawanan selepas ini
2 Nov - Rimavska Sobota
9 Nov - vs Trencin

-keypadlock-

Sekitar Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Sathianathan puas dapat julang trofi 

DI sebalik kemelut yang melandanya sejak dua minggu lalu, ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan tampak begitu tenang ketika meraikan kejayaan anak didiknya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi final Piala Malaysia, malam tadi. Namun, jauh di lubuk hatinya tersimpan perasaan puas dapat menjulang trofi berprestij itu kali ini. Sathia melalui tempoh memeritkan apabila digantung enam bulan yang kemudiannya ditangguhkan sebelum mengetuai pasukannya mara ke separuh akhir yang disusuli kejayaan manis, malam tadi. 
Sambung baca di Berita Harian

Wan Jamak kecewa sentuhan NS tumpul

KEPINCANGAN jentera serangan dan kehilangan kapten, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada babak kedua perlawanan diakui jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yang jelas berang ketika ketumpulan barisan depannya dipersoalkan, malam tadi. “Mengapa awak nak tanya pasal ketiadaan penyerang. Takkan awak (pemberita) tak tahu mengenainya. Soalan ni tak sepatutnya ditanya,” katanya.
Sambung baca di Berita Harian

Negeri Sembilan terlepas gelaran

KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun lalu.

Kejayaan itu dicatat selepas menang tipis 2-1 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi final edisi ke-84 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Berita sekitar Asean

Thailand

Muangthong United jalin kerjasama dengan Atletico Madrid

Kelab dari Thailand, Muangthong United telah menjalin kerjasama dengan kelab dari Sepanyol, Atletico Madrid pada 29 November. Kerjasama ini termasuk pertukaran pemain, perlawanan persahabatan dan penjualan merchandise di stadium masing-masing. Majlis menandatangani kerjasama ini dihadiri oleh CEO Atletico Madrid, Miguel Gil dan Timbalan Presiden Muangtong United, Wiluck Lohtong.

Indonesia

Muka baru dalam skuad nasional Indonesia

Jurulatih Indonesia, Alfried Riedl menyenaraikan 7 muka baru dalam pasukan Indonesia untuk menghadapi Piala AFF Disember ini. Mereka ialah Irfan Bachdim, Octavianus, M. Roby, Hariono, Johan Juansah, Hamka Hamzah, dan Cristian Gonzales. Irfan Bachdim adalah pemain kelahiran Belanda yang beraksi bersama Persema Malang dan bermain di posisi sayap kiri dan kanan. Cristian Gozales yang baru mendapat kelayakkan menyarung jersi Indonesia pula sudah lama menunggu peluang ini dan akhirnya termakbul dengan penyenaraian namanya setelah mendapat passport Indonesia.

-keypadlock-

Wednesday, October 27, 2010

Perpindahan Pemain dan Jurulatih

Muktamad
Norizan Bakar (Jurulatih Perak)

Khabar Angin
Zairo Anuar Zailani (Terengganu) - Digugurkan
Tengku Hazman (Terengganu) - Digugurkan
Tengku Hasbullah (Terengganu) - Digugurkan
Firdaus Fauzi (Terengganu) - Digugurkan
Sharulnizam Mustapha (Kedah) ke Perak
Safee Sali (Selangor) ke Perak
Fadzli Shaari (KL Plus) ke Perak
Amar Rohidan (Perlis) ke Kedah
Fakri Saarani (Perlis) ke Kedah
Fauzi Shaari (Kedah) ke Pahang
Azlan Ismail (Kedah) ke Pahang
Shafiq Jamal (Kedah) ke Pahang
Fauzi Nan (Perlis) ke Kedah 
Nizaruddin Yusoff  ke Felda United

p/s: Anda ada khabar angin tentang pemain-pemain di Liga Malaysia? Sila letak di shout box blog ini. Terima kasih.

FAM diminta jamin tahap keselamatan

PENYOKONG Negeri Sembilan akan tetap membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini bagi memberi sokongan padu kepada pemain pasukan itu sekali pun ada kebimbangan terhadap tahap keselamatan mereka selain kenaikan harga tiket yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com) Mohd Faidzul Mohd Noh, berkata walaupun ramai di kalangan mereka bimbang dengan tahap keselamatan selain terpaksa membayar harga tiket yang lebih tinggi, tetapi demi kepentingan pasukan, mereka akan tetap pergi ke stadium memberi sokongan.

Katanya, pihaknya berharap FAM dapat memberi jaminan tahap keselamatan kepada penyokong Negeri Sembilan bagi memastikan harga tiket dibeli itu berbaloi dan mereka dapat menyaksikan perlawanan tanpa sebarang kebimbangan.
“Pada dasarnya kami kurang bersetuju dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket kerana menyifatkan ia sesuatu yang kurang rasional dan ia dipercayai lebih menjurus kepada kepentingan sendiri berbanding usaha menarik lebih ramai penyokong ke stadium.

“Bagaimanapun demi kepentingan pasukan, penyokong Negeri Sembilan tetap akan membeli tiket dan pergi ke stadium memberi sokongan memastikan Negeri Sembilan dapat mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut,” katanya di Seremban, semalam.

Sementara itu, peminat di Negeri Sembilan boleh mendapatkan tiket yang dijual mulai petang semalam di Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) di Jalan Rahang Seremban selain di kaunter tiket Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, hari ini sehingga Khamis bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang manakala pada Jumaat mulai 10 pagi sehingga 12 tengahari.

sumber: Berita Harian

Bola sepak tak rela berkemas awal: Subahan

WALAUPUN diundi dalam kumpulan sukar pada Sukan Asia XVI Guangzhou, bulan depan tetapi skuad bola sepak negara berharap tidak menjadi pasukan pertama dari kontinjen negara yang berkemas pulang awal seperti yang tercipta di Doha, empat tahun lalu.

Sebaliknya, skuad kendalian K Rajagobal itu mensasarkan mampu melepasi saingan peringkat kumpulan pada temasya kali ini dengan mara dalam kelompok 16 pasukan terbaik. 

engurus pasukan, Datuk Subahan Kamal, berkata dia yakin dengan semangat tinggi mampu menjadi ‘senjata’ kepada skuad kendalian Rajagobal bersaing bersama China, Kyrgyzstan dan Jepun dalam Kumpulan A.
“Jepun dan tuan rumah China jelas lawan paling sukar tetapi kita harap dapat bersaing dengan mereka sambil berharap mampu menundukkan Kyrgyztan yang menduduki ranking lebih rendah daripada kita untuk menduduki tempat ketiga kumpulan.

“Ini kerana empat pasukan terbaik yang menduduki tempat ketiga dari enam kumpulan akan turut layak dalam kelompok 16 pasukan. Itu harapan kita,” katanya selepas mesyuarat pengurus pasukan ke Sukan Asia di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Acara bola sepak bermula 7 November ini. 

sumber: Berita Harian

Piala Malaysia buat peminat setia

Bekas penyerang pinjaman Negeri Sembilan, Hairuddin Omar yang kini beraksi untuk pasukan Kelantan bertekad untuk merampas Piala Malaysia sebagai hadiah buat penyokong setia The Red Warriors pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
 
Katanya, jika diberikan kepercayaan untuk beraksi pada perlawanan tersebut dia akan berjuang habis-habisan untuk membantu pasukannya muncul juara buat kali pertama.

Tiada rombakan besar - Wan Jamak

Juara bertahan, Negeri Sembilan tidak akan membuat rombakan besar dalam barisan pemain apabila berdepan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan berkata, beliau hanya menyandarkan harapan kepada beberapa pemain pengalaman termasuk Idris Karim, Shukor Adan, Ching Hong Aik, S. Kunalan dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Tuesday, October 26, 2010

Kumpulan Lengkap Piala AFF 2010

Kumpulan A

Indonesia
Thailand
Malaysia
Laos

Kumpulan B

Vietnam
Singapura
Myanmar
Philippines

Keputusan Perlawanan Kedua Kelayakkan AFF Piala Suzuki 2010

Kemboja 4-2 Timor Leste
Philippines 2-2 Laos

Penggantungan Sathia tidak rencat Kelantan

Kelantan yang akan bertemu Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Bukit Jalil, Sabtu ini, tidak mahu isu penggantungan ketua jurulatihnya, B. Sathianathan merencatkan semangat pemain untuk meraih kejuaraan berprestij itu. 

Johor FC kecewa mutu pengadilan

Johor FC kecewa kerana gagal melakar sejarah untuk beraksi pada pentas final Piala Malaysia apabila kalah kepada Negeri Sembilan di Stadium J.Corp, Pasir Gudang, kelmarin sambil mendakwa mutu pengadilan berat sebelah.

Jurulatih Johor FC, Azuan Zain berkata, secara keseluruhan pemainnya mempamerkan rentak perlawanan yang baik dan agresif.

Ganjaran menanti pemain NS

BARU sehari selepas mengesahkan tempat ke final Piala Malaysia, skuad Negeri Sembilan terus mendapat khabar gembira. Mereka dijanjikan habuan sekiranya berjaya menjulang piala berprestij itu buat kali kedua berturut- turut.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Presi- den Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban semalam.

Sunday, October 24, 2010

Sathianathan digantung 6 bulan

Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan tidak menyangka tindakannya menjawab soalan yang diajukan oleh media (bukan Utusan Malaysia) akhirnya mengundang padah apabila digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Sathianathan, beliau tidak menyangka komen yang diberikan itu dilihat FAM sebagai satu kesalahan yang cukup besar sehingga menyebabkannya terpaksa meninggalkan bangku jurulatih selama tempoh tersebut.

Kata Sathianathan, komennya merujuk rasa rasa tidak puas hati perlawanan antara Perlis dan Terengganu yang sepatutnya dilangsungkan di Kangar terpaksa dipindahkan ke Kuala Terengganu.

"Saya mengetahui berita tersebut (penggantungan) selepas dimaklumkan oleh kakitangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pagi tadi. Saya diberitahu surat tersebut di faks ke pejabat KAFA sejak semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sathianathan memberitahu, beliau amat sedih dan kecewa kerana keputusan tersebut dibuat ketika Kelantan turun berdepan Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, (semalam) untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir.

sumber: Utusan 

Final ulangan

DUA gergasi bola sepak tempatan, Negeri Sembilan dan Kelantan sekali lagi akan berentap pada final Piala Malaysia, 30 Oktober ini, lapor NASRI JAMALUDIN dan KHAIRI MOHAMAD.
 
Tatkala Negeri Sembilan menyingkirkan Johor FC, Kelantan pula membenam cabaran Kedah.

Pada aksi separuh akhir kedua malam tadi, Negeri Sembilan yang tampil selaku penyandang juara mencipta kemenangan 2-0 di Stadium J.Corp, Pasir Gudang.

Safiq dilabel 'arkitek' muda negara


PADA awalnya, cita-cita Safiq Rahim untuk melibatkan diri dalam arena bola sepak secara profesional mendapat tentangan.

Bukan mahu menghalang tetapi sudah menjadi menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak mereka me lanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.

Begitu jugalah yang terjadi ke atas Safiq apabila kedua orang tuanya, Rahim Muhd. Yatim dan Aidah Majid se akan-akan berat hati untuk membenarkan dia bergiat aktif dalam sukan bola sepak.

Ketika itu, Safiq menuruti sahaja kata kedua ibu bapanya apabila melanjutkan pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) selama tiga tahun.

Namun bak kata pepatah - ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. 

Saturday, October 23, 2010

Siapa bakal ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010


Susah untuk menentukan siapa yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini. Keempat-empat pasukan masih berpeluang membuktikan sesuatu pada perlawanan malam ini. Perlawanan separuh akhir pertama pada hari Rabu baru-baru ini gagal mencari pasukan yang layak secara mutlak. Kelantan mengikat Kedah di Darul Aman manakala Johor FC mengejutkan Negeri Sembilan di Paroi.

Pilihan perlawanan akhir penulis ialah Kedah vs Johor FC. 

Kelantan turun dengan kekuatan jentera serangannya yang terbukti cukup menjadi dan mantap akhir-akhir ini. Dengan kehadiran semula Norshahrul Idlan Talaha, yang digantung 2 perlawanan mungkin membuat jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kembali lega. Kedah pula kembali menerima semula kehadiran Sabree Mat Abu dan Khairul Helmi yang digantung satu perlawanan menentang Kelantan.  Jurulatih Kedah, Ahmad Yusof, perlu menggunakan segala kebolehannya untuk memastikan Kedah mampu ke perlawanan akhir. Ini adalah untuk membuktikan kemampuannya setelah menerima pelbagai kritikan antaranya tiada gaya taktikal yang menarik.

Penulis membuat keputusan memilih Kedah berbanding Kelantan kerana secara kasarnya, Kedah belum pernah tewas di stadium keramat pasukan Kelantan, Stadium Sultan Muhammad ke IV. Jika dilihat, Kedah menang sekali di sana dan seri dalam baki perlawanan yang lainnya. Penulis menjangkakan perlawanan ini bakal berkesudahan seri dengan Kedah bakal ke perlawanan akhir. Ini satu cabaran buat pasukan Kelantan untuk menyekat pasukan Kedah dan menidakkan jangkaan ini.

Negeri Sembilan adalah pasukan pilihan pada awalnya. Tetapi kekalahan mengejut mereka di Paroi mungkin merentap semangat sesetengah pemain mereka. Kesukaran mereka menjaringkan gol di tempat sendiri amat memeritkan buat pasukan kendalian Wan Jamak ini untuk kembali  semula ke landasan perlawanan akhir. Johor FC yang mempunyai rekod baik di halaman sendiri malah rekod baik menentang Negeri Sembilan di halaman sendiri dengan seri kedua-dua perlawanan. Azuan Zain mungkin bakal menyediakan ramuan baru untuk pasukannya malam ini.  Beliau berjaya membawa Johor FC ke satu tahap yang baru dan ini mungkin bakal diteruskan malam ini.

Penulis memilih Johor FC berdasarkan rekod mereka menentang Negeri Sembilan di halaman sendiri sepanjang musim ini. Keputusan seri adalah keputusan yang sesuai untuk kedua-duanya dan Johor FC bakal melakar sejarah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun sasaran mereka hanyalah ke suku akhir. 

Rata-rata jika ditanya memilih Kelantan dan Negeri Sembilan akan berentap di perlawanan akhir tahun ini.

Tiap orang berbeza pendapatnya. Bagi penulis, ini adalah pendapat peribadi dan sememangnya boleh berlaku sebaliknya. Tetapi penulis yakin bahawa perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2010 akan menemukan Kedah dan Johor FC pada 30 Oktober ini, insyaAllah.

-keypadlock-

Hari penentuan ke final buat Kelantan, Kedah

MALAM ini akan menjadi hari penentuan buat Kelantan dan Kedah yang akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Apa yang pasti, Kelantan ada dua misi penting untuk dilaksanakan pada perlawanan ini.

Johor FC resah hadapi Rusa

SKUAD Johor FC resah menghadapi Negeri Sembilan.Itu yang mengganggu fikiran jurulatihnya, Azuan Zain kerana belum dapat memutuskan kesebelasan utama pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang skuad Hoben Jang Hoben itu di halaman sendiri malam ini.

Ia gara-gara tiga pemain utama, Eddy Helmi Manan, Khairi Kiman dan kapten, Hamzani Omar belum pulih seratus peratus daripada kecederaan.

Friday, October 22, 2010

Perkembangan Harimau Muda di Slovakia


Harimau Muda 1-3 Senec
Harimau Muda 3-1 Lucenec

Setelah berguru lebih kurang 50 hari di Zlate Moravce, Slovakia, akhirnya pasukan Harimau Muda mencapai kemenangan pertama menentang pasukan yang berada ditangga ke-3 liga 1 Solvakia.

Ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama tidak mematahkan semangat Harimau Muda A apabila bangkit dengan 3 gol kemudiannya.

Terkini setelah 9 perlawanan

5 Sept - vs Ruzemberok (1-3)
07 Sept - vs Petrzalka (2-2)
14 Sept - vs Slovan Duslo Sala (1-2)
20 Sept - Bodva Moldava (1-1)
28 Sept - Liptovsky Mikulas (1-1)
6 Okt - Zemplin Michalovce (0-2) 
9 Okt - Dolny Kubin (0-1)
12 Oct - Senec (1-3)
19 Oct - vs Lucenec (3-1)

Penjaring setakat ini

Izzaq Faris Ramlan (2 gol)
Gary Steven Robbat (1 gol)
Wan Zaharul Nizam (3 gol)
S Sivanesan (1 gol)
Wan Zack Haikal (1 gol)
Syahrul Azwari (1 gol)
Abdul Shukor Jusoh (1 gol)

Perlawanan selepas ini

26 Oct - Puchov
2 Nov - Rimavska Sobota
9 Nov - vs Trencin

-keypadlock-

Keputusan Perlawanan Pertama Kelayakkan AFF Piala Suzuki 2010


Philippines 5-0 Timor Leste
Laos 0-0 Kemboja

NS yakin masih ada peluang

DETIK kesilapan bahagian pertahanan menjadi puncak kekalahan Negeri Sembilan 0-1 kepada Johor FC, sekali gus meletakkan misi mempertahankan Piala Malaysia berdepan laluan berliku.

Sekalipun masih ada 90 minit saingan pada timbal balik kedua separuh akhir di gelanggang lawan itu Sabtu ini, pengendali Wan Jamak Wan Hassan mahu berasa yakin bahawa peluang pasukan bimbingannya itu masih belum tutup sepenuhnya.

Johor FC enggan berasa selesa

PENTAS final Piala Malaysia semakin menggamit Johor FC selepas menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan namun pembimbing skuad bertaraf kelab, Azuan Zain tetap dengan pendirian betapa pasukannya masih belum selamat. 

Tatkala aksi separuh akhir kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, akan bersambung malam esok, pengendali yang diberi tugas untuk kempen piala berprestij itu belum mempunyai perancangan khusus bagi menghadapi 90 minit aksi seterusnya.  

Kedah optimis benam Kelantan

RENTAK Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin dilihat serba tidak menjadi.

Semuanya gara-gara Kedah tidak dapat menampilkan barisan terbaik sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kelantan bayar harga tinggi

KELANTAN terpaksa membayar harga yang tinggi ketika mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Ini kerana, dua tonggak pertahanan Kelantan, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut.

Disebabkan itu, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan terpaksa melakukan tiga pertukaran dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan.

Thursday, October 21, 2010

Jadual Sukan Asia Kumpulan A




Group Stage (Peringkat Kumpulan)
November 8, 2010 (Isnin)
KumpPasukanvsPasukanVenue
AMalaysia16:00KyrgyzstanHuadu Std
AChina PR19:00JapanTian He Std
November 10, 2010 (Rabu)
AMalaysia16:00JapanHuadu Std
AChina PR19:00KyrgyzstanTian He Std
November 13, 2010 (Sabtu)
AChina19:00MalaysiaTian He Std
AKyrgyzstan19:00JapanHuadu Std

Krisis penjaga gol gugat persiapan skuad Sukan Asia

KRISIS penjaga gol kini melanda skuad bawah 23 kebangsaan yang jelas menyentak persiapan mereka bagi Sukan Asia yang berbaki tiga minggu sebelum bermula di Guangzhou, namun pengendali, K Rajagobal enggan menekan butang panik.

Penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee dilanda kecederaan bahu ketika beraksi dalam suku akhir menentang Kedah tempoh hari dan dijangka perlu berehat selama dua minggu manakala penggantinya, Mohd Farizal Marlias tidak beraksi buat Perlis dalam kempen Piala Malaysia selepas baru pulih daripada kecederaan muka yang menyaksikannya berehat selama tiga bulan.

Sekitar Separuh Akhir Piala Malaysia


SANG Lebah menyengat, Rusa merana, Kenari dan Kijang pula belum senang duduk. Itu yang berlaku pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam tadi.

Johor FC yang mendapat jolokan Lebah, mengganas di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan.

Kemenangan tersebut sekurang-kurangnya melegakan skuad bimbingan Azuan Zain itu yang akan beraksi di gelanggang sendiri pada aksi kedua, Sabtu ini.

Kemenangan Johor FC itu diperoleh menerusi jaringan pemain gantian, Mohd. Ezaidy Khadar yang menyambar bijak kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-88.

Kemenangan tersebut boleh dianggap selesa buat Sang Lebah yang telah mempamerkan corak permainan konsisten sejak dari peringkat kumpulan lagi.

Bagi Negeri Sembilan, kekalahan pada perlawanan ini agak menyukarkan misi mereka untuk mempertahankan Piala Malaysia yang mereka menangi tahun lalu dan yang pasti, mereka harus menyalahkan jentera serangan yang gagal menfaatkan beberapa peluang yang diperoleh sepanjang perlawanan tersebut.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah lain pula ceritanya.

Tuan rumah, Kedah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kelantan, namun yang menjadi tumpuan ialah penahanan 10 penyokong Kedah oleh pihak polis selepas dikesan cuba membawa masuk mercun, bunga api, baton spring dan air ketum.

Tindakan pantas pihak polis itu telah menggagalkan hasrat penyokong yang tidak berdisiplin itu untuk mengadakan ‘pesta mercun’ sepanjang perlawanan tersebut.

Meskipun masih terlalu awal untuk membuat ramalan, tetapi keputusan perlawanan malam tadi bakal menyukarkan tugas skuad Kenari yang akan bertandang ke Kota Bharu, Sabtu ini sementara Kelantan boleh mengukir senyuman kerana mereka telah membuktikan kekebalan di halaman sendiri setakat ini.

sumber: Kosmo

Wednesday, October 20, 2010

Tak sabar jumpa kawan lama

KEMARAAN Kedah ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini, begitu dinanti-nantikan bekas penyerang kebangsaan yang kini menyarung jersi Kelantan, Akmal Rizal Rakhli. 

Selepas membantu kemaraan Kelantan ke separuh akhir Jumaat lalu ketika menyumbang satu gol dan mengumpan jaringan terakhir Mohd Badhri Radzi, bekas penyerang Hijau Kuning itu berdebar menonton untuk mengetahui identiti lawan The Red Warriors dan hajat Akmal tertunai apabila Kedah membenam Terengganu 3-0 untuk mara dengan agregat 5-2.

Johor FC terjejas

PERSIAPAN jurulatih Johor FC, Azuan Zain untuk meletakkan anak buahnya dalam keadaan bersedia tampak sedikit terjejas selepas tiga tonggaknya cedera dan belum pasti dapat diturunkan apabila berdepan juara bertahan Negeri Sembilan dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Eddy Helmi Manan, Mohd Khairul Ismail dan Mohd Rashid Mohd Aya hanya memerhati rakan-rakan lain menjalani latihan semalam selepas cedera ketika suku akhir kedua menentang Pahang di Kuantan, Sabtu lalu.

Waspada hadapi 'angin selatan'

KEBANGKITAN Johor FC dalam saingan Piala Malaysia musim ini membuatkan Wan Jamak Wan Hassan mengambil pendekatan lebih berwaspada dalam mengatur strategi menjelang pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Bagi pengendali Negeri Sembilan itu, Johor FC bimbingan Azuan Zain memiliki kekuatan tersendiri, selain cukup pengalaman selepas sekian lama bersaing dalam kancah Liga Malaysia hingga muncul pasukan bertaraf kelab tunggal yang bertahan sehingga ke peringkat ini.  

Hijau Kuning ada kelebihan: Ahmad

BERDASARKAN rekod pertemuan musim ini, Kedah memiliki kelebihan berbanding Kelantan - lawan separuh akhir Piala Malaysia - dan Hijau Kuning mahu meneruskan rentetan itu, seperti yang dilakukan ketika menyekat Red Warriors pada final FA sebelum ini.

“Sebelum ini, kita pernah bertemu Kelantan pada separuh akhir Piala FA dan mengatasi mereka apabila mengikat mereka 0-0 di Alor Setar dan 1-1 di Kota Bharu untuk layak ke akhir berdasarkan jaringan di tempat lawan,” kata pengendali Kedah, Ahmad Yusoff. 

Sekitar Separuh Akhir Piala Malaysia


Kekuatan seimbang - Sathia

"PELUANG kami seimbang."Begitulah pendapat ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Kedah pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Menurut bekas jurulatih kebangsaan itu, peluang yang dimiliki oleh kedua- dua pasukan seimbang walaupun Kedah kehilangan beberapa tonggak utama bagi perlawanan tersebut.

Katanya, skuad Hijau Kuning itu masih mempunyai pemain muda berwibawa untuk diturunkan bagi menggantikan tonggak utama mereka.

Sehubungan itu katanya, beliau mengharapkan anak-anak buahnya dapat mempamerkan aksi cemerlang seperti persembahan ketika menewaskan Selangor 3-0 dalam perlawanan kedua suku akhir di Kota Bharu sebelum ini.

"Saya difahamkan, mereka kehilangan beberapa tonggak utama, namun pemain gantian mereka tidak kurang hebatnya. Saya yakin kita tetap mempunyai peluang pada perlawanan ini. 

"Untuk itu kita akan turun berjuang habis-habisan dan tidak akan memberikan laluan mudah buat pasukan Kedah meskipun beraksi di tempat lawan," katanya.

Menurut Sathianathan, beliau juga berharap agar jentera serangan pasukannya dapat menggunakan setiap peluang yang dimiliki sebaik mungkin untuk mencari bekalan selesa sebelum mengharungi aksi kedua di Kota Bharu, Sabtu ini.
  
Lebah waspada muslihat Wan Jamak

KREDIBILITI Wan Jamak Wan Hassan selaku pengendali skuad Negeri Sembilan sememangnya tidak boleh dipertikai.

Berkemampuan menukar seratus peratus corak persembahan skuad Rusa semasa beraksi di tengah padang dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini menghadirkan resah buat pasukan Johor FC apabila kedua-dua pasukan turun membuat perhitungan pada sepa- ruh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Dendam ketika ditunjukkan jalan keluar oleh lawan yang sama dengan agregat 7-5 pada saingan Piala FA lalu masih tersimpan di hati pemain dan penyokong Sang Lebah, justeru hanya kemenangan pada pertemuan kali ini sahaja mampu mengubat kekecewaan itu.

Pengurus Johor FC, Faizal Abdullah berkata, walaupun mereka dianggap pasukan underdog, beliau yakin barisan Sang Lebah berupaya melakar keputusan mengejutkan pada perlawanan malam ini terutama dalam usaha memburu gol di tempat lawan, sekali gus mencerahkan peluang untuk layak ke final buat kali pertama.

“Kita memang sedia maklum Wan Jamak memang banyak tipu muslihat manakala pasukan Negeri Sembilan juga mempunyai ramai pemain yang berpengalaman.

“Justeru, setiap pemain Johor FC diingatkan supaya jangan bertindak mengikut emosi dan sentiasa akur dengan arahan jurulatih, Azuan Zain,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Faizal, sekiranya gagal mencatatkan kemenangan ataupun seri pada perlawanan malam ini, Sang Lebah wajar lebih berwaspada bagi mengelak daripada menerima kekalahan besar.

Jika ia berlaku, tekanan akan dirasai apabila beraksi di gelanggang sendiri pada aksi kedua, Sabtu ini.
“Walaupun dihantui kecederaan beberapa pemain utama, kami masih mempunyai pemain-pemain lain yang berpengalaman mengisi kekosongan seperti Wan Rohaimi Ismail dan Irme Mat,” katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Johor FC, Azuan Zain masih berteka-teki mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan lantaran kecederaan Eddy Helmi Manan, Khairul Ismail dan Mohd. Rashid Aya masih samar-samar dan belum pasti diturunkan.

“Negeri Sembilan bukan calang-calang pasukan, tambahan pula mereka beraksi di gelanggang sendiri.

“Justeru, misi memburu gol seawal minit pertama juga diharap dapat direalisasikan bagi memberi tekanan kepada pasukan lawan,” katanya.

Sementara itu, kapten Johor FC, Hamzani Omar yakin rakan- rakan sepasukannya kini telah bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi asakan pemain Negeri Sembilan meskipun skuad Rusa itu kini tempang tanpa Zaquan Adha Abdul Razak yang belum pulih daripada kecederaan.

“Suasana di dalam pasukan juga begitu harmoni. Kami semua menghormati serta mendengar arahan jurulatih di luar dan di dalam padang,” katanya.

 sumber: Kosmo

Monday, October 18, 2010

Berita sekitar Asean

Vietnam

Perubahan dalam V-League 2011

V-League 2011 akan menyaksikan perubahan besar dalam pengelolaannya kali ini oleh VFF. Antara yang menarik ialah:

1. Tiap pasukan akan dibenarkan mengambil 4 pemain import dan 3 dibenarkan untuk bermain pada satu-satu perlawanan.

2. Tiap pasukan perlu ada bajet kewangan minimum 25 billion VND (USD 1,300,000)

3. Untuk pertama kalinya, sesetengah pasukan dalam V-League akan bermain pada lewat petang iaitu 7.45 malam jadi, semua stadium terlibat perlu memiliki sistem lampu limpah dan pencahayaan yang memenuhi syarat. 

4. Setiap pasukan V-League perlu ada 25 pemain di bawah kontrak profesional dalam 30 senarai dihantar. Lebihan dari itu boleh diberikan pada pemain-pemain muda di bawah kontrak pemain muda.

Indonesia

4 pemain dalam pemerhatian Indonesia

Untuk persediaan Piala AFF yang dijadualkan Disember ini, pasukan Indonesia sedang memerhatikan 4 nama untuk melengkapkan pasukan mereka. Mereka yang dimaksudkan ialah Hamka Hamsyah (Persisam),Eddy Gunawan (Persiba),Irfan Bachdim (Persema), dan Budi Sudarsono (Sriwijaya FC). Satu panel khas turut dibentuk untuk memantau prestasi pemain-pemain ini dalam Liga Super Indonesia 2010/2011 (ISL). Indonesia amat memerlukan penyerang dan pertahanan tengah pada ketika ini.

-keypadlock-

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS/FAM 2010



Seperti yang diberitakan sebelum ini, Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS/FAM 2010 akan diadakan pada 2 November ini. Ini adalah senarai calon untuk anugerah-anugerah yang telah disenarai pendekkan.

SENARAI PENCALONAN

Calon Penjaga Gol Terbaik


1. Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
3. Sani Anuar Kamsani (N. Sembilan)
4. Hamsani Ahmad (Selangor)
5. Syamsuri Mustaffa (T-Team)

Calon Pertahanan Terbaik


1. Nasriq Baharom (Selangor)
2. Md Aidil Zafuan Abdul Razak (N. Sembilan)
3. Azizi Mat Rose (Kelantan)
4. Marzuki Yusof (Terengganu)
5. Reithaudeen Emran (Sabah)

Calon Tengah Terbaik


1. Safiq Rahim (Selangor)
2. Amri Yahyah (Selangor)
3. Amirulhadi Zainal (Selangor)
4. S. Kunalan (N. Sembilan)
5. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Calon Penyerang Terbaik


1. Norsharul Idlan Talaha (Kelantan)
2. Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
3. Mohd Safee Sali (Selangor)
4. Azlan Ismail (Kedah)
5. Mohd Zamri Hassan (PKNS)

Calon Pemain Muda Terbaik


1. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah striker - 20 tahun)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan goalkeeper - 21 tahun)

Calon Jurulatih Terbaik


1. K. Devan (Selangor)
2. B. Sathianathan (Kelantan)
3. Gary Phillip (Sabah)
4. E. Elavarsan (Felda United)
5. Ahmad Yusof (Kedah).

KAFA berjanji banteras ulat tiket palsu: Annuar


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berusaha membanteras kemunculan ulat tiket palsu yang membanjiri Stadium Sultan Muhamad ke-IV menjelang perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata tahap keselamatan dan sistem jualan tiket menjadi aspek utama pihaknya menjelang perlawanan Kelantan dan Kedah Sabtu ini, walaupun KAFA berpuas hati tiada insiden buruk ketika perlawanan dengan Selangor, Jumaat lalu.

“KAFA belum berpuashati dan akan mengambil beberapa langkah untuk menjadikan stadium sifar daripada kejadian melempar botol, mercun dan sebagainya,” katanya selepas mesyuarat khas KAFA dengan Perbadanan Stadium dan pihak berkuasa, semalam.

Sekitar Separuh Akhir Piala Malaysia

Jangan perlekeh Sang Lebah

KEJAYAAN melangkah ke saingan separuh akhir Piala Malaysia buat kali kedua sememangnya satu detik indah buat gergasi Selatan, Johor FC yang berjaya mara dengan peraturan gol di tempat lawan selepas seri 2-2 secara agregat dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Jika tidak kerana jaringan Eddy Helmi Manan yang berjaya menamatkan kemarau gol pada edisi Piala Malaysia kali ini pada minit ke-52, anak-anak buah Azuan Zain sudah pastinya ditunjukkan jalan keluar oleh skuad Tok Gajah yang kembali mengamuk menerusi dua jaringan Mohd. Shahrizan Mohd. Salleh dan Faizul Hussein selepas itu, sekali gus menyaksikan Sang Lebah tewas 1-2 pada perlawanan itu.

Kelebihan gol jaringan pemain profilik Johor FC, Khairi Kiman pada aksi suku akhir pertama di Stadium JCorp, Pasir Gudang sebelum ini juga menyaksikan lebih 10,000 penyokong setia Tok Gajah akhirnya berputih mata.

Tambahan pula pasukan kesayangan mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selama lebih 30 minit gara-gara Mohd. Syawal Norsyam dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.

Menurut Azuan, beliau kini ‘lega dalam trauma’ setelah pasukannya berjaya melangkah ke separuh akhir memandangkan Pahang benar-benar garang beraksi di tempat sendiri meskipun hanya beraksi dengan 10 pemain.

“Jaringan Eddy Helmi cukup melegakan bagi memastikan Johor FC layak dengan kelebihan jaringan gol di tempat lawan, namun saya agak terkilan dengan tindakan penjaga gol, Mohd. Anis Faron yang dilayangkan kad kuning akibat melambatkan permainan kerana tindakan sebegitu boleh menjejaskan tumpuan pemain Johor FC yang lain.

“Apa pun, kami tidak lagi mahu menoleh ke belakang dan kembali fokus dari segi mental dan fizikal bagi berdepan dengan juara bertahan, Negeri Sembilan di tempat lawan pada aksi separuh akhir pertama Rabu ini,” kata- nya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Eddy Helmi memberitahu, dia gembira berjaya menamatkan kemarau gol pada saingan Piala Malaysia kali ini, selain bersyukur jaringan tunggalnya itu berjaya membantu Sang Lebah layak ke separuh akhir buat kali kedua selepas kali pertama layak pada dua musim lalu.

“Walaupun saya dan rakan- rakan sepasukan agak penat selepas mengharungi jadual perlawanan yang ketat, ia tetap berbaloi kerana kami berjaya melepasi sasaran. 

“Sasaran kami tahun ini hanyalah untuk layak ke suku akhir,” katanya.

sumber: Kosmo
 
Usah dabik dada: Wan Jamak

PEMAIN Negeri Sembilan diingatkan tidak terlalu cepat mendabik dada berikutan kejayaan besar menewaskan Perlis pada peringkat suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-1 kelmarin, kerana perjuangan mempertahankan kejuaraan makin berliku

urulatih Wan Jamak Wan Wan Hassan yang gembira dengan prestasi cemerlang anak buahnya, pantas mengingatkan pemain terus memberikan fokus kepada pencabar baru Johor FC pada separuh akhir pertama, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Rabu ini. 

Katanya, kejayaan membenam Perlis tidak sepatutnya melekakan pemain kerana misi sebenar masih belum dicapai, malah laluan dijangka lebih sukar berikutan kebangkitan pasukan kelab selatan tanah air itu.

“Cabaran menentang Johor FC bukan boleh dianggap mudah kerana kebangkitan pasukan kelab ini harus diberikan perhatian. Kemenangan ke atas Perlis harus menyuntik semangat lebih tinggi.

“Saya berharap pemain dapat membuktikan kemampuan dan tidak mensia-siakan peluang selepas ini,” katanya selepas melihat Abd Halim Zainal dan Shukor Adan memastikan juara bertahan dan juara Piala FA itu terus melangkah dengan agregat 4-1.

Wan Jamak mengakui, perubahan taktikal dengan menurunkan gandingan Shahurain Abu Samah dan Idris Karim memberi impak positif, selain keberkesanan setiap posisi yang menyumbang kepada kemenangan.
Namun Idris yang menerima dua kad kuning, tidak dapat diturunkan Rabu ini dan Wan Jamak sedang meneliti bakal pengganti untuk menggerakkan bahagian tengah dan depan.

“Kami tidak mempunyai ramai pilihan selepas ketiadaan Mohd Zaquan Adha (Abd Radzak) tetapi yang pasti, hanya pemain yang terbaik akan diturunkan untuk berdepan Johor FC.”
sumber: Berita Harian

Semangat Kenari tak pernah luntur

KEDAH tidak dapat menurunkan dua tonggak utamanya, Mohd Khairul Helmi Johari dan Mohd Sabre Mat Abu, akibat tindakan disiplin, pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, menentang Kelantan, di Stadium Darulaman, Rabu ini.

Jurulatih Kedah, Ahmad Yusof, bagaimanapun, berkata kehilangan khidmat dua pemain itu tidak akan mematahkan semangat rakan sepasukan lain untuk terus memburu kejayaan pada perlawanan itu.

Beliau yakin pemain gantian bagi dua pemain itu dapat memikul tanggungjawab dengan baik bagi memastikan Kedah dapat melangkah ke perlawanan akhir nanti.

Kedah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 5-2 selepas menewaskan Terengganu 3-0 pada perlawanan timbal balik kedua suku akhir di Staium Darulaman, kelmarin.

“Memang berlaku sedikit kecacatan apabila Mohd Sabre dan Mohd Khairul Helmi tidak dapat bermain tetapi ia tidak mematahkan semangat pasukan,” katanya.

Sementara itu pengurus pasukan, Khazali Din teruja setelah anak buahnya berjaya memastikan Hijau Kuning layak ke separuh akhir.

Katanya, kemenangan ke atas Terengganu membuktikan kemampuan pasukannya konsisten menjaringkan gol setelah berjaya melakukannya sebelum ini ketika membenam ATM pada perlawanan terakhir kumpulan.

“Saya memang teruja kerana kita berjaya melangkah ke separuh akhir setelah gagal melakukannya sejak dua musim lalu. Namun saya kecewa kerana kita terpaksa mengetepikan khidmat Sabree dan Khairul Helmi.

“InsyAllah saya yakin Ahmad Yusoff akan melakukan percancangan terbaik bagi mengatasi kepincangan ini ketika kita berdepan Kelantan pada perlawanan separuh akhir pertama di Alor Setar, Rabu ini di hadapan 35,000 penyokong setia Kedah,” kata Khazali.

sumber: Harian Metro

Norhafiz antara tujuh dipanggil


TUJUH pemain dipanggil semula menyertai latihan skuad bola sepak kebangsaan yang sedang dalam persiapan menghadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bulan depan. Mereka antara 30 pemain yang akan memulakan sesi latihan di bawah kendalian jurulatih, K. Rajagobal hari ini.

Pemain-pemain terbabit terdiri daripada pemain KL Plus, Norhafiz Zamani Misbah, Amirul- hadi Zainal (Selangor), Ashaari Shamsuddin (Terengganu), Farizal Marlias (Perlis), Khyril Muhymeen Zamri (Kedah), S. Chanturu (Kelan- tan) dan Faizal Muhammad (Harimau Muda A).

Namun, hanya 20 daripada 30 pelatih yang disenarai oleh Rajagobal itu akan memulakan sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari ini.

Manakala baki 10 pelatih iaitu lima pemain Kedah, tiga pemain Kelantan dan dua pemain Negeri Sembilan hanya akan menyertai kem sejurus pasukan mereka tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.

Skuad bola sepak kebangsaan akan berlepas ke Guangzhou pada 5 November depan untuk menghadapi tiga perlawanan peringkat Kumpulan A bertemu Kyrgyzstan (8 November), Jepun (10 November) dan China (13 November).

Andai berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan A itu atau menjadi empat pasukan di tempat ketiga terbaik dari kalangan enam kumpulan, Malaysia akan layak ke pusingan kedua yang akan berlangsung pada 15 dan 16 November.

Aksi suku akhir dijadualkan pada 19 November, separuh akhir (23 November) dan final (25 November).
Bagaimanapun, senarai akhir 20 pemain ke Guangzhou itu akan diumumkan Rajagobal beberapa hari sebelum mereka berlepas ke sana dengan hanya tiga pemain melebihi usia 23 tahun boleh diserapkan dalam pasukan.

"Saya panggil 30 pemain ini untuk melihat prestasi mereka. Hanya tiga pemain lebih umur akan ke Sukan Asia," kata Rajagobal.

sumber: Kosmo

Saturday, October 16, 2010

Usah pandang rendah keupayaan Penyu


JURULATIH Ahmad Yusof sudah melengkapkan pemain secara mental dan fizikal bagi menghadapi perlawanan getir bertemu Terengganu, malam ini dan terserah pada pemain untuk mengikut segala arahan dan perancangannya bagi memastikan kejayaan.

“Pemain Kedah perlu mengetahui Terengganu bukanlah lawan yang dapat dijinakkan dengan mudah walaupun beraksi di gelanggang sendiri dan tiga kemenangan mengatasi lawan yang sama pada perlawanan Liga Super dan juga Piala FA musim ini tidak menjamin yang mereka dapat mengulanginya.

“Saya juga berdoa agar barisan serangan yang diketuai Baddrol Bakhtiar dapat meneruskan kecemerlangan merobek gawang dengan bantuan daripada rangkaian pemain serangan seperti Faizal Abu Bakar dan Khyril Muhymeen dengan penguasaan di bahagian tengah yang dikemudi Shahrulnizam Mustapha dan Sabree Mat Abu,” kata Khazali. 

 sumber: Metro

Vietnam ujian pertama Ismail bersama Harimau Muda B


Satu kejohanan tempatan di Vietnam dari 23 hingga 31 Oktober ini akan menjadi ujian pertama kepada jurulatih Harimau Muda B, Ismail Ibrahim di peringkat antarabangsa.
 
Bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu meletakkan sasaran sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir selepas diletakkan sekumpulan dengan pasukan Bawah 19 Vietnam dan Bawah 21 Singapura dalam kumpulan B.

Membariskan sebahagian besar pemain asal Harimau Muda B, Ismail mengakui kejohanan itu akan menjadi medan terbaik dalam mencari kesebelasan utama mengharungi cabaran Liga Perdana musim hadapan.

''Kami amat mengetahui kedudukan setiap pencabar dalam kumpulan ini dan saya yakin sasaran ke separuh akhir tidak mustahil boleh dicapai.

''Selain 19 pemain Harimau Muda B, saya juga membawa enam pemain Bawah 16 tahun yang sebelum ini sudah banyak mendapat pendedahan.

''Pada mulanya, saya ingin membawa beberapa pemain Bawah 17 tahun tetapi jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terlalu dekat menghalang saya menyenaraikan mereka,'' katanya di sini, semalam.

sumber: Utusan

Johor FC tak rela 'dijerat' Pahang

ANDAI tersalah langkah, tidak mustahil Johor FC akan rebah menjelang pusingan kedua suku akhir Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Walaupun mempunyai kelebihan agregat satu gol hasil jaringan tunggal Khairi Kiman pada aksi pertama di Stadium Jcorp Pasir Gudang sebelum ini, skuad Tok Gajah sudah pastinya mempunyai seribu satu macam helah bagi memastikan Sang Lebah terjerat, sekali gus menyaksikan mereka berputih mata untuk melangkah ke separuh akhir.

Rusa yakin jinakkan Singa Utara

WALAUPUN berbekalkan kelebihan satu gol, Negeri Sembilan yakin menumpaskan Perlis pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Kangar malam ini.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, beliau yakin anak-anak buahnya dapat meneruskan prestasi cemerlang, sekali gus mara ke pusingan seterusnya.

Selangor rebah


GERGASI Merah rebah di kaki Kijang. Itu yang berlaku pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Selangor ditunjuk jalan keluar oleh Kelantan yang menang bergaya 3-0.

Pada perlawanan yang disaksikan lebih 25,000 penyokong The Red Warriors itu, Selangor dilihat bermula garang dengan menguji penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menerusi Amri Yahyah yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti, namun sepakannya tidak cukup kencang untuk menggegar jaring lawan.

Seminit kemudian, giliran penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli melakukan rembatan ke gawang Selangor tetapi sepakannya sedikit tersasar.

Kelantan terus menggandakan asakan untuk mendapat gol awal dan ia terhasil pada minit ke-13 menerusi Norfarhan Mohamad yang mudah menyempurnakan lorongan daripada Akmal Rizal.

Kelantan yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang perlawanan itu terus ghairah memburu gol dan Selangor pula dilihat hilang punca dengan pemainnya sering melakukan kesilapan mudah.

Thursday, October 14, 2010

Suku Akhir Piala Malaysia 2010

 Terengganu kecewa gagal benam Kedah

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim tidak dapat menyembunyikan riak kecewa selepas seri 2-2 dengan Kedah di laman sendiri kelmarin, dan menyifatkan ia seharusnya boleh dielak jika pemain tidak memberi laluan mudah kepada lawan.

Katanya, tindakan anak buahnya membiarkan lawan tanpa kawalan ketika berada di dalam petak penalti membawa padah apabila Kedah berhasil menjaringkan gol. 

Irfan mengakui, pemain tidak beraksi baik di babak pertama dan dihukum tetapi keputusan seri tetap membuka peluang untuk Terengganu mara jika mampu mengatasi Kedah di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.
“Masih ada 90 minit lagi dalam perlawanan kedua di tempat lawan, Sabtu ini dan Terengganu tetap ada peluang untuk mara ke separuh akhir,” katanya yang akan berusaha memperbaiki kelemahan anak buahnya terutama barisan pertahanan bagi menghalang serangan bahaya Kedah.

Sementara itu, jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff memuji persembahan anak buahnya yang bermain dengan baik dan mampu mengikat jaringan dengan tuan rumah, malah kurang bernasib baik untuk mencipta kemenangan pada saat-saat akhir.

“Kini peluang Kedah untuk ke separuh akhir lebih cerah dan beraksi di tempat sendiri memberi sedikit kelebihan untuk kami.” 
  
NS yakin mampu ketepikan Perlis

SEKALIPUN tiada bekalan selesa untuk di bawa ke gelanggang lawan di Kangar pada perlawanan timbal balik suku akhir Sabtu ini, Negeri Sembilan tetap akan menjadikan kelebihan 1-0 itu sebagai landasan untuk ke separuh akhir Piala Malaysia.

Malah skuad berkenaan yakin mereka mampu mengenepikan cabaran Singa Utara dengan menambah defisit lawan pada perlawanan suku akhir kedua nanti.
Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan (gambar) yang berpuas hati terhadap persembahan anak buahnya kelmarin, berkata kemenangan tipis itu tetap memberi makna besar.

“Saya puas hati terhadap persembahan yang dipamerkan walaupun hanya menang tipis kerana ia tetap penting. Namun saya akui, barisan depan kurang berfungsi dengan sempurna terutama dari segi penyudahan berikutan ketiadaan Mohd Zaquan Adha (Abd Radzak).

“Norizam (Salaman) yang disandarkan gagal beraksi baik hingga menyebabkan beberapa peluang terlepas,” katanya.

Negeri Sembilan bertandang ke Kangar berbekalkan satu gol jaringan Shahurain Abu Samah yang menggantikan Norizam pada pertengahan babak pertama.

Wan Jamak berkata, dia mahu pemain meneruskan semangat juang itu sambil barisan depan diperkemaskan demi memastikan jaringan.

“Walaupun ada beberapa pemain muda seperti Mohd Asyraf Al-Jafri yang boleh menggalas tugas di barisan depan, saya berharap Norizam dapat meningkatkan lagi persembahannya kerana pertembungan di Kangar nanti dijangka lebih sengit.” 

Johor FC anggap masih berada dalam zon tak selamat

JURULATIH Johor FC, Azuan Zain tidak mahu terlalu teruja dengan keputusan 1-0 menewaskan Pahang dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia kelmarin, sebaliknya menganggap skuad bimbingannya masih berada dalam zon tidak selamat.

Katanya, aksi perlawanan masih berbaki 90 minit dan jika pemain hilang tumpuan pada saingan suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur Sabtu ini, kemungkinan hajat untuk mengulangi kejayaan layak ke separuh akhir dua musim lalu tidak kesampaian.

“Sepatutnya pemain tidak terikut-ikut dengan corak lawan, malah sikap terlalu berhati-hati menyebabkan setiap gerakan kurang efisien dan kerap kehilangan bola.

“Hanya di babak kedua, baru pemain menguasai rentak dan kembali mengatur strategi untuk mencari gol dan ruang itu digunakan sepenuhnya Khairi Kiman untuk jaringan tunggal,” katanya.

Mengulas formasi 3-5-2 yang digunakan, Azuan menegaskan betapa corak berkenaan lebih kepada menguatkan barisan tengah dan memastikan posisi itu tidak dikuasai lawan.

“Mohd Khairul Ismail dan Azizan Baba menjalankan tugas di posisi tengah dengan baik dan cepat menutup ruang dari dikuasai lawan,” katanya. 

sumber: Berita Harian 

PSSI sedang jemput 7 pasukan antarabangsa

Setelah membuktikan mereka mampu membawa pasukan besar untuk menentang pasukan Indonesia, PSSI sekali lagi mengorak langkah dengan mengatur 7 lagi perlawanan menentang pasukan-pasukan besar statusnya berbanding Indonesia. Antara yang disebut oleh PSSI ialah Hong Kong, China, Korea Utara, Ivory Coast dan juga Paraguay. 

FAS, KAFA berdepan tindakan


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan sebelum mempertimbangkan untuk mengheret Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kedua-dua persatuan negeri itu boleh diambil tindakan berhubung insiden pergaduhan dan kekecohan yang ditimbulkan penyokong masing-masing pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Kita (FAM) mempunyai peruntukan tertentu untuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat ini mengikut bidang kuasa FAM.

"Selepas mendapat dan mengumpul semua maklumat lengkap, kita akan pertimbangkan sama ada kes ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Berita sekitar Asean

Indonesia

Fatih Terim tertarik untuk melatih Indonesia dan menganggapnya satu projek yang menarik. "Bagi saya, Indonesia adalah suatu projek yang cukup menarik. Saya sangat tertarik untuk merombak teras bolasepak di Indonesia agar ia bangkit disegani dunia," kata Fatih Terim. PSSI menyambut baik usaha kerajaan Indonesia untuk mendapatkan Fatih Terim tetapi samaada kerajaan Indonesia serius atau tidak, itu yang yang menjadi persoalan bagi PSSI. Cuma PSSI berharap sekiranya Terim diambil menjadi jurulatih, masyarakat diharap tidak mengharapkan perubahan sekelip mata. "Terim bukanlah superman yang mampu mengubah pasukan kebangsaan kita dengan cepat. Dia perlukan masa untuk mengenal bolasepak kita dan segala perkara yang berkaitan," ujar Nugraha Besoes, Setiausaha Kehormat PSSI. Ketika ini, pasukan Indonesia dilatih oleh Alfred Riedl sehingga 2012.

Thailand
BEC-Tero Sasana melantik Peter Butler sebagai Ketua Jurulatih terbaru kelab tersebut menggantikan Amaya yang dikhabarkan gagal dan menyebabkan ramai pemain meninggalkan pasukan tersebut disebabkan gaya kejurulatihannya. Peter Butler adalah bekas jurulatih di dalam Liga Malaysia sebelum ini iaitu jurulatih untuk pasukan Sabah dan Kelantan sebelum bertukar angin sebagai Pangarah teknikal di Yangon FC di Myanmar. Tugas sebenar Butler akan bermula musim depan untuk menaikkan semula nama BEC-Tero Sasana kerana aksi kurang memberansangkan ketika ini. Pada musim ini, Butler mungkin berjaya menyelamatkan kelab ini daripada jatuh ke divisyen bawah dan tugasnya nampak mudah disebabkan musim yang hampir menutup tirainya.

Filipina

Kemenangan 5-0 ke atas Macau mungkin akan membangkitkan semula semangat Filipina untuk menghadapi Kelayakkan Piala AFF yang dijadualkan bermula pada 22 Oktober ini. Ini adalah perlawanan persahabatan ketiga mereka setalah tewas 4-2 kepada Hong Kong dan seri 1-1 menentang Taiwan. Kemampuan Filipina yang mampu mencari gol di saat ketinggalan menunjukkan semangat dan kekentalan pemain untuk memperjuangkan nama Filipina di peringkat Asean ketika ini. 

 Vietnam

Vietnam tewas 3-1 kepada pasukan Kuwait pada perlawanan persahabatan mereka yang terbaru. Sebelum itu, mereka tewas kepada pasukan India dengan jaringan yang sama. Semua jaringan adalah pada separuh masa kedua dengan Vietnam yang membuka jaringan terlebih dahulu sebelum bolos 3 gol dalam masa 20 minit terakhir. Walaupun begitu, dikhabarkan mereka beraksi lebih baik berbanding ketika tewas di tangan India sebelum ini.

-keypadlock-

Wednesday, October 13, 2010

Suku Akhir Piala Malaysia 2010: Selangor vs Kelantan - Perang Penyokong

Perlawanan yang dijangka paling panas sememangnya PANAS. Dua jagoan dalam Liga Malaysia bertemu di dalam padang dan penyokong di dalam dan luar stadium. Keputusannya seri, Selangor 0-0 Kelantan dan ianya akan disambung di Kota Baru pula untuk pusingan kedua.

Tetapi yang menjadi fokus utama perlawanan semalam ialah pergaduhan ataupun perang antara kedua-dua penyokong yang menyebabkan kematian. Satu kematian adalah di sebabkan sesak nafas dan terdengar ura-ura ada yang mati ditikam. Penulis tak nafikan kes mati ditikam BOLEH berlaku dengan keadaan di stadium yang lansung tidak terkawal.

Dalam stadium, perang mercun antara kedua-dua penyokong menambah seri persaingan antara kedua-dua pasukan. Tetapi apabila melibatkan orang-orang awam seperti keluarga, ibu mengandung, wanita-wanita lain, kanak-kanak, ini amat merisaukan. Seat, botol, batu dan sebagainya berterbangan dalam stadium. Penulis berada antara paling hampir dengan sempadan penyokong bersama-sama rakan-rakan seperjuangan. Polis, FRU dan Rela gagal mengawal provokasi kedua-dua set penyokong yang akhirnya di bawa ke luar stadium. 

Setiap penjuru dan ruang Stadium Shah Alam dipenuhi pergaduhan. Pantang nampak jersi lawan, penyokong-penyokong ini akan menyerang samaada dari penyokong Selangor mahupun Kelantan. Depan mata penulis sendiri, seorang penyokong Kelantan dipukul dengan tragis oleh beberapa orang penyokong Selangor. Dan begitu jugalah sebaliknya di penjuru lain stadium. Kawan penulis sempat menyelamatkan penyokong tersebut sebab kalau dibiarkan sesungguhnya kematian adalah pengakhirannya.
Suasana tegang dan huru-hara ini berterusan dan pihak berkuasa juga ada yang turut dibelasah. Dengan stadium yang hampir penuh dengan penyokong, pihak berkuasa yang di tempatkan amat sedikit. Susah untuk mengawal dua set musuh bolasepak Malaysia alaf baru ini.
Beberapa blog ada bercerita tentang Tragedi Oktober ini. Gambar-gambar juga banyak tersebar, apalagi video-video kejadian ini. Rasanya anda sendiri mampu mencari di laman facebook dan web-web penyokong negeri terbabit. Kesimpulan dari penulis, ini adalah suasana yang menambah rencah dalam bolasepak Malaysia. 

Ada komen-komen yang berkata, di liga luar tidak pernah berlaku perkara sebegini. Langsung tidak tahu akan suasana bolasepak di luar tetapi mengeluarkan pendapat langsung tidak bernas. Komen-komen adalah dari pendokong kuat liga luar ataupun penulis panggil mereka sebagai lalang. Mereka cuma sokong liga luar tetapi tidak mengikuti "blood scenes" liga-liga luar dan kelab yang mereka sokong. Mereka tidak nampak sebenarnya sama saja semua liga bolasepak di dalam dunia ini. Pergaduhan antara penyokong sentiasa berlaku cuma sebenarnya boleh dielakkan sekirannya ada kawalan dari pihak berkuasa.

-keypadlock-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails