Pages


Monday, August 8, 2011

UTUSAN | Tiada Sebab Rajagobal Panik


Bagi skuad negara, ia umpama sekadar memenuhi jadual latihan pusat tetapi bagi Selangor, aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin mampu memusatkan semula perhatian dan semangat pasukan menjelang Piala Malaysia, 6 September ini.

Anak buah Datuk K. Rajagobal yang gagal melepasi Singapura dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, baru-baru ini, tewas dengan jaringan tunggal penyerang Selangor, Rudie Ramli menerusi rembatan kaki kiri separuh voli dari luar petak penalti.

Pelbagai gandingan pemain termasuk yang kembali dipanggil ke kem Wisma FAM sejak Rabu lalu, dicuba menentang barisan bimbingan K. Devan seperti Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah, Mohamad Azmi Muslim dan Khyril Muhymeen Zambri mahupun Joseph Kalang Tie.

Friday, August 5, 2011

Kumpulan Untuk Piala Malaysia 2011



KUMPULAN-KUMPULAN


Kumpulan A 
Kedah Perak Sabah Johor

Kumpulan B 
Terengganu Negeri Sembilan PKNS FC Sime Darby FC

Kumpulan C 
Kelantan Johor FC Felda United Sarawak

Kumpulan D 
Selangor T-Team Kuala Lumpur PDRM


Jadual Awal Piala Malaysia 2011

Pusingan Pertama: 6, 10 dan 13 September
Pusingan Kedua: 17, 24, 27 September
Suku Akhir: 4 dan 8 Oktober
Separuh Akhir: 14 dan 22 Oktober
Akhir: 29 Oktober 2011

BERITA HARIAN | 'Selangor Sedia Lepaskan Safiq'

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) tidak pernah berniat menghalang pemainnya untuk berhijrah mengembangkan karier mereka, sebaliknya akan cuba membantu untuk kebaikan pemain itu sendiri dan bola sepak negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, laporan akhbar mengenai hasrat kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim yang dikatakan mahu berhijrah ke kelab Liga Super (ISL) tetapi tidak dilepaskan FAS bagi memastikan pemain itu fokus terhadap saingan Piala Malaysia dan menunggu sehingga tamat musim adalah kurang tepat.

Katanya, sekiranya benar Safiq mendapat tawaran sah daripada kelab ISL terbabit, FAS bersedia melepaskannya seperti yang mereka lakukan terhadap penyerang sensasi Safee Sali yang berhijrah ke Pelita Jaya FC kerana ia bukan saja menjadikan pemain lebih matang, tetapi juga memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak negara. 

KOSMO | Tiada Slot Automatik Buat 7 Pemain


SEBAIK tiba di Slovakia kelmarin, tujuh pemain kebangsaan terus diberi 'amaran' oleh juru- latih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bahawa tiada jaminan tempat automatik buat mereka dalam pasukan, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Ini kerana, tanpa kehadiran mereka pun, barisan 23 pelatih sedia ada yang berada di Slovakia sejak 23 Julai lalu telah mempamerkan aksi cemerlang dengan mencatat kemenangan bersih pada tiga aksi persahaba- tan setakat ini.

Justeru Kim Swee berharap agar Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani tidak bersikap ambil mudah sepanjang tempoh baki tiga minggu skuad itu berlatih di Slovakia.

Thursday, August 4, 2011

Malaysia tolak Oman kemudian Indonesia


Berita terbaru yang sampai ke pengetahuan umum ketika ini adalah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menolak permohonan Indonesia untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2011. Menurut laman web bolasepak dari Indonesia, BolaIndo.com, FAM baru menghantar faks untuk membatalkan perlawanan persahabatan ini tanpa alasan yang jelas. 

Indonesia sememangnya sedang mencari lawan untuk menguji pasukan mereka sebelum pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 bermula. Antara calon-calon lain adalah Jordan, Oman, Australia dan juga Korea Utara. Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) sekurang-kurangnya mahu mengadakan 2 perlawanan persahabatan dalam bulan Ogos ini untuk menguji skuad kebangsaan mereka. 

Setakat ini perlawanan yang melibatkan skuad senior Malaysia cumalah menentang pasukan Selangor FA pada 6 Ogos ini. Apakah yang FAM sedang rancangkan untuk skuad senior kebangsaan? Perlawanan persahabatan menentang Oman yang sepatutnya berlangsung pada 10 Ogos ini turut ditunda dan kemungkinan besar akan dibatalkan. 

Pemain-pemain kebangsaan sudah dipanggil menjalani latihan pusat, tetapi 2 perlawanan kompetetif yang sepatutnya kita boleh jalani pada 10 dan 14 Ogos ini pula ditunda (dibatalkan?). Hanya menentang pasukan berstatus negeri dari Liga Super sahaja yang FAM berikan pada pemain-pemain yang sedang menjalani latihan pusat ketika ini. 

Berbeza dengan PSSI yang berusaha sehabis baik mencari perlawanan persahabatan untuk skuad kebangsaannya, FAM pula mengelak untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Apa perancangan FAM sebenarnya? Tidak layak ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia tidak menghalang anda untuk terus mencari perlawanan persabatan. 

Piala Malaysia 2011


Undian kumpulan akan dilakukan pada hari Jumaat, 5 Ogos 2011, jam 5.30 petang dan disiarkan secara langsung di Astro Arena. Sebanyak 16 pasukan yang telah layak akan diundi ke dalam 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan diwakili oleh 4 pasukan terbaik dalam Liga Super 2011 iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah. 

Kedudukan Pasukan Mengikut Balang Undian

Balang 1: Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah
Balang 2: Perak, Johor FC, Negeri Sembilan dan T-Team
Balang 3: Sabah, Felda United, Kuala Lumpur dan PKNS FC
Balang 4: Sarawak, PDRM, Johor dan Sime Darby

Jadual Awal Piala Malaysia 2011

Pusingan Pertama: 6, 10 dan 13 September
Pusingan Kedua: 17, 24, 27 September
Suku Akhir: 4 dan 8 Oktober
Separuh Akhir: 14 dan 22 Oktober
Akhir: 29 Oktober 2011

Sukan Universiti Dunia: Bolasepak



SENARAI KONTIJEN BOLASEPAK
  1. Mustaza Ahmad
  2. Ariff Hashim
  3. Aminuddin Hussin
  4. Muhammad Izzuddin Mohd Azman
  5. Mohd Bukhari Idris
  6. Muhamad Nor Haziq Mohd Aris
  7. Mohd Bunyamin Umar (Selangor) KAPTEN
  8. Reuben Thayaparan Kathiripillai
  9. Muhamad Hazwan Rahman
  10. Arman Fareez Mohd Ali (Kuala Lumpur)
  11. Muhammad Aizat Jaini
  12. Fahrul Razi Kamaruddin (Kuala Lumpur)
  13. Mohd Faris Mohamad Yusof
  14. Norhadi Ubaidillah
  15. Aiman Syazwan Abdullah
  16. Saiful Ridzuwan Selamat
  17. Mohd Nursalam Zainal Abidin
  18. Khairul Naim Mahyuddin
  19. Muhamad Afham Zulkipeli
  20. Mohd Nasril Izzat Jalil
  21. Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari (Perak)
  22. Mohd Asrol Ibrahim
  23. Amirizwan Taj Tajuddin
  24. Mohd Fiqri Mohd Abdullah
  25. Richard Nelson Scully
  26. Muhamad Ashraf Zulkapli
JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN

11 Ogos (Khamis): Malaysia vs Ukraine (1630)
14 Ogos (Ahad): Malaysia vs Brazil (1930)
16 Ogos (Selasa): Malaysia vs Russia (1630)

KUMPULAN-KUMPULAN

KUMPULAN A
China, Korea Selatan, Colombia, Afrika Selatan

KUMPULAN B
Ukraine, Brazil, Russia, Malaysia

KUMPULAN C
Itali, Republik Czech, Uruguay, Thailand

KUMPULAN D
Jepun, Britain, Kanada, Ghana

Wednesday, August 3, 2011

Kini Giliran Vietnam part 2


Ingat lagi berita yang saya kongsikan satu masa dulu, Kini Giliran Vietnam

Dalam berita ringkas ini ada saya nyatakan bahawa Vietnam sudah mula mengorak langkah untuk menaturalisasikan pemain-pemain untuk diserapkan sebagai pemain kebangsaan mereka sebagaimana yang telah dilakukan oleh Singapura, Indonesia dan Filipina. Setakat berita tersebut, hanya 4 orang yang mereka panggil dan tahukah anda angka terkini pemain bertaraf naturalisasi mereka sekarang? 

19 pemain + 5 pemain yang bakal menyertai senarai pemain-pemain naturalisasi dalam pusingan kedua Liga Vietnam (V-League 2011). Mereka layak untuk menyarung jersi Vietnam pada bila-bila masa jika dipanggil.

Fowlermania di Thailand


Fowlermania adalah gambaran fenomena terhadap kehadiran Robbie Fowler yang tiba di Thailand untuk menyertai kelab Muang Thong United pada 8 Julai 2011. Beliau akan memakai jersi nombor 9 seperti mana nombor jersi lama ketika beliau bersama Liverpool satu masa dahulu.

Fowler menandatangani kontrak untuk setahun bersama Muang Thong United dan telah menolak tawaran daripada kelab Plymouth Argyle yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan Thailand, Peter Ried. 

Liga Perdana Thailand sedang mengorak langkah kehadapan bermula dengan kehadiran Fowler ini yang sememangnya dianggap sebagai pemain bertaraf bintang oleh dunia. Walaupun sudah menjangkau usia 36 tahun dan agak berisi, itu bukanlah faktor mengatakan perjanjian ini adalah sia-sia. Ramai pemain-pemain yang berusia lebih dari 36 tahun pun masih beraksi seperti Aleksandar Duric (Singapura) berusia 41 tahun dan Therdsak Chaiman, 37 tahun. 

Thailand sudah berada dalam peta bolasepak dunia dan yang paling utama adalah kesan kepada Muang Thong United dikemudian hari kerana berjaya menandatangani salah seorang bekas pemain bertaraf dunia seperti Robbie Fowler. 

Indonesia lawan Malaysia di Kuala Lumpur?

Lawan untuk 10 Ogos 2011 sudah pun kita tahu iaitu pasukan Oman di mana pemain-pemain kebangsaan yang dipanggil sudah mula mendaftar diri di Wisma FAM untuk persiapan perlawanan persahabatan ini.

Walaupun begitu, berita terbaru mengatakan bahawa perlawanan menentang Oman ini telah ditunda ke satu tarikh lain yang akan diberitahu kelak. Namun, perlawanan tersebut telah digantikan dengan skuad kebangsaan turun menentang pasukan dari Liga Super iaitu Selangor FA pada 6 Ogos 2011 (hari sabtu jam 10 malam di Stadium Shah Alam)

Yang menjadi tanda tanya adalah satu lagi perlawanan yang pihak FAM sebutkan tempohari iaitu 15 Ogos 2011 yang masih belum diketahui lawannya. 

Sebuah akhbar online di Indonesia, Kompas Bola dipetik berkata bahawa pasukan Indonesia akan bertandang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan pada 14 Ogos 2011 untuk persediaan Kelayakan Piala Dunia Pusingan ke 3 Zon Asia.

Menurut Ketua Umum PSSI yang baru, Djohar Arifin Husin, mengikut perancangan awal, perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos di Stadium Gelora Bung Karno tetapi Malaysia menolak. "Mereka tidak bersedia, jadi kita akan ke sana (Malaysia) pada 14 Ogos," ujar beliau lagi. 

Sejauh mana kebenaran berita ini cumalah dapat dipastikan setelah FAM membuat kenyataan berhubung perkara ini. Sekiranya benar, Indonesia akan bertandang ke Kuala Lumpur samaada pada 14 atau 15 Ogos nanti. 

EPL Summer Tour Brings Little Good for Host Nations


Ingat lagi artikel saya berkenaan kenapa kita kalah 5-3 kepada Singapura sebelum ni? 


Kalau anda baca artikel berbahasa English ini pulak, ada juga isinya yang sama dengan isi yang saya bahaskan sebelum ini. Baca dengan tenang dan fikirkan dengan waras.  








Perkembangan Skuad Harimau Muda A di Slovakia

Kemenangan Ketiga Skuad Ong Kim Swee di Slovakia




Harimau Muda 2-1 Tatran Liptovský Mikuláš


SENARAI 23 PEMAIN KE SLOVAKIA

Penjaga Gol: Zamer Selamat, Izham Tarmizi Roslan, K. Sasikumar

Pertahanan: Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin, Fandi Othman, Affizie Faisal Mamat, Azrul Azmi, Syazwan Tajuddin, Nazmi Faiz Mansor

Tengah: Ferris Danial Mat Nasir, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Faizal Abu Bakar, Abdul Shukur Jusoh, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

Penyerang: Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Izuan Solahuddin

SENARAI PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN

Julai 26, 2011 (Selasa): Harimau Muda 1-0 FK Bodva Moldava nad Bovou (Wan Zack Haikal 47')

Julai 30, 2011 (Sabtu): Harimau Muda 2-1 MFK Topvar Topoľčany (Ferris Daniel 64', Fandi Othman 87' penalti)

Ogos 2, 2011 (Selasa): Harimau Muda 2-1 Tatran Liptovský Mikuláš (Ahmad Hazwan Bakri 10', Irfan Fazail 86')

Ogos 9, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs Budapest Honved FC
Ogos 16, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs MFK Dolný Kubín
Ogos 23, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs FC Nitra
Ogos 26, 2011 (Jumaat): Harimau Muda vs FC Levice

BERITA HARIAN | 'Kami Bukan Monyet'


BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. 

KOSMO | Farizal Sedia Rampas Status No. 1


REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.

Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.

Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

Tuesday, August 2, 2011

Safee Sali Ingin Bawa Pelita Jaya Menjadi 4 Kelab Terbaik

Penyerang Pelita Jaya FC dan skuad kebangsaan Malaysia, Safee Sali mempunyai impian untuk membawa kelabnya itu menjadi antara empat kelab terbaik Liga Super Indonesia (ISL) pada musim akan datang. Oleh itu, beliau ingin bertahan di Pelita Jaya, dan merancang untuk memperbaharui kontraknya pada akhir bulan ini.

Pada musim 2010/2011, Pelita Jaya FC menamatkan saingan pada kedudukan ke 12 liga, dengan mengumpul 29 mata dari 8 kemenangan, 5 seri dan 15 kekalahan.

Safee Sali mengungkapkan bahawa kelabnya memiliki potensi dan mampu untuk merealisasikan impian tersebut. 

"Target saya adalah untuk membawa Pelita Jaya menjadi antara empat kelab terbaik di ISL. Saya fikir target itu cukup realistik," ucap Safee Sali. 

SINAR HARIAN | Isu Gantung Pemain Perak

Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), diharap dapat memberi pertimbangan sewajarnya dalam menangani isu penggantungan lima pemain skuad Liga Super Perak yang didakwa terlibat menyerang pengadil Mohd Sabri Mat Lazim, ketika perlawanan menentang Sabah di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 19 Mei lalu. 

Penyerang sensasi Perak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli ketika ditemui berkata, dia serta empat lagi pemain mengakui agak terkejut setelah dimaklumkan mengenai penggantungan berkenaan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), baru-baru ini. 

“Memang agak mengejutkan juga apabila diberitahu mengenai perkara berkenaan oleh pihak Pafa, bahawa saya dan empat pemain lain digantung selama tujuh perlawanan serta didenda sebanyak RM4,000. 

“Bagaimanapun, pihak Pafa telah menghantar surat rayuan kepada pihak FAM agar perkara berkenaan dapat dikaji semula selain kami diberi pulang untuk mengadap pihak Lembaga Disiplin FAM untuk menerangkan situasi sebenar. 

BERITA HARIAN | Hajat NS Buru Tiga Pemain Belum Kesampaian

HAJAT besar Negeri Sembilan mendapatkan khidmat tiga pemain daripada pasukan lain menguatkan jentera pasukan menghadapi kempen Piala Malaysia dijadualkan bermula awal September ini belum kesampaian berikutan tindakan membisu pengurusan pasukan. 

Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata tiga pemain diburu adalah dua dari Pahang dan satu dari Perlis, namun sehingga kini pengurusan kedua-dua pasukan pemain terbabit belum memberi sebarang jawapan.

“Kita sudah berhubung dengan pengurusan pasukan Pahang mendapatkan khidmat Munir Rahman dan seorang lagi pemain pasukan itu selain Mohd Faiz Subri dari Perlis, tetapi sehingga kini tiada perkembangan positif daripada pasukan terbabit. Kita tidak pasti sama ada mereka dibenarkan dipinjam atau sebaliknya.

“Begitupun saya berhasrat mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Mohd Faiz sebaik pulang ke Alor Setar dalam tempoh terdekat ini, bagi mendapatkan kepastian sama ada dia (Mohd Faiz) bersetuju bersama Negeri Sembilan atau sebaliknya. 

UTUSAN | Guna Khidmat Pakar Taktikal Disokong

Ahli akademik tempatan menyatakan sokongan terhadap cadangan membawa masuk seorang pakar ke dalam barisan kejurulatihan membantu pengendali utamanya, Datuk K. Rajagobal dalam aspek taktikal.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Tan Chee Hian berkata, ia merupakan langkah tepat kerana pembantu yang dikenali sebagai penasihat taktikal akan dapat memberikan input terbaik kepada Rajagobal dalam perancangan untuk menghadapi sesuatu perlawanan.

“Ada baiknya mewujudkan jawatan sedemikian dalam skuad bola sepak negara, maka Rajagobal bolehlah merujuk kepada penasihat berkenaan untuk mendapatkan idea tambahan, atau sebagainya semasa membuat perancangan taktikal.

“Namun, seseorang penasihat taktikal itu hanya perlu diberi kuasa terhad kerana akhirnya, Rajagobal berhak menjadi pembuat keputusan terakhir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Monday, August 1, 2011

Beri Kami Tempoh 4 Tahun Lagi

Sejurus selepas dinafikan tempat di pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014, Michael Weiss, ketua jurulatih Filipina, yakin bahawa pasukannya akan lebih berdaya saing dalam masa empat tahun. 


Filipina kalah dengan agregat 5-1 kepada Kuwait pada pusingan kedua kelayakan tempohari.

"Mereka mungkin kecewa sekarang tetapi saya fikir pasukan ini boleh melupakan kekalahan ini. Kami telah melakukan sehabis baik dan juga kami telah menentang lawan yang sukar, " kata Weiss.


"Dari segi aspek permainan - teknik, taktik dan keadaan pasukan - Kuwait selalu satu langkah lebih baik dari kami. Pasukan saya hanya boleh belajar daripada pengalaman ini. Setahun yang lalu, tiada sesiapa yang akan berfikir bahawa kita akan sampai sejauh ini dan kita perlu teruskan selepas ini. Saya berharap bahawa sokongan tidak akan terhenti di sini."

BERITA HARIAN | 'Harimau Harus Bangkit Demi Penyokong'

PENYERANG sensasi negara, Safee Sali tidak mahu rakyat Malaysia terus meratapi kegagalan Harimau Malaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014, sebaliknya mahu semua pihak belajar daripada episod duka itu untuk mencipta kejayaan lebih besar pada masa depan.

Penyerang yang meledak tiga gol ketika anak buah Datuk K Rajagobal tunduk 4-6 dalam perlawanan timbal balik kepada Singapura mengakui kekalahan kepada musuh tradisi itu amat perit diterima, tetapi menegaskan ia bukan penamat dan berakhirnya masa depan Harimau Malaya.

“Saya tahu seluruh negara kecewa, tetapi perasaan itu tidak harus terus membelenggu kita. Sebaliknya, ia menuntut kita bekerja dan berusaha lebih keras lagi,” katanya yang pulang semula ke Jakarta kelmarin untuk mengikuti latihan pusat bersama kelabnya, Pelita Jaya bermula Khamis ini bagi menghadapi musim baru.

UTUSAN | Sampai Masa Perlu Penasihat Taktikal

Tersingkir di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 selepas tewas agregat 4-6 kepada Singapura tidak melunturkan kepercayaan ramai terhadap kemampuan jurulatih Datuk K. Rajagobal.

Namun, ramai yang percaya jika skuad kebangsaan itu menerima suntikan tambahan - kepakaran taktikal daripada kepakaran luar atau dalam sekalipun, sudah pasti Harimau Malaya menyinga.

Lontaran idea ini timbul sebaik sahaja menyaksikan Malaysia tersingkir daripada kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis lalu.

Ada cakap-cakap yang mempersoalkan perancangan taktikal dan strategi Rajagobal yang didakwa kurang menyengat, justeru itu timbul pandangan bahawa perlunya penasihat taktikal atau mereka yang benar-benar pakar untuk memberikan khidmatnya secara profesional terhadap skuad negara.

Rata-rata peminat menyayangi skuad yang dibentuk ini yang disifatkan mempunyai masa depan cerah.

Namun, malangnya bakat mereka ini sepatutnya lebih terserlah jika segala-galanya disajikan dengan sempurna mungkin, termasuklah kepakaran.

25 Pemain Dipanggil Jalani Latihan Pusat

Norhafiz Zamani, Joseph Kallang Tie dan Farizal Marlias antara 25 nama yang tersenarai dipanggl menjalani Latihan Pusat pasukan kebangsaan bermula 3 Ogos 2011. Ini adalah persiapan untuk 2 perlawanan persahabatan iaitu pada 10 dan 15 ogos nanti. Setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mengesahkan bahawa lawan pada 10 Ogos nanti ialah pasukan kebangsaan Oman, manakala lawan untuk 15 Ogos masih belum dipastikan lagi.

15 pemain lama dikekalkan manakala 10 pemain baru telah dipanggil. 10 pemain tersebut ialah Khyril Muhymeen, Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, Farisham Ismail, Joseph Kallang Tie, S. Chanturu, Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali, Shahrizal Saad dan Faizal Muhammad.  


Senarai penuh pemain-pemain yang dipanggil adalah seperti berikut:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails