Pages


Thursday, November 18, 2010

Rajagobal perlukan masa

BEKAS jurulatih Sabah, Kelly Tham berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memberikan masa yang mencukupi kepada jurulatih negara, K. Rajagobal bagi membentuk sebuah skuad mantap yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.

Kelly berkata, anak-anak buah Rajagobal telah menampilkan prestasi cemerlang ketika berdepan Jepun, China dan Iran pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China baru-baru ini.

Tuesday, November 16, 2010

Perkembangan Harimau Muda di Slovakia


Harimau Muda 1-2 AS Trencin
Harimau Muda 3-4 SKN St Polten (Austria)

AS Trencin adalah perlawanan terakhir mereka menentang kelab di Slovakia. SKN St Polten adalah salah satu perlawanan persahabatan tambahan pasukan Harimau Muda A sebelum pulang ke tanah air pada 20 November ini. Satu lagi pasukan yang bakal mereka hadapi ialah kelab dari Hungary iaitu Torna CCD Ferencavaros. 

Harimau Muda A mencatat 3 kemenangan, 3 kali seri dan 6 kali kekalahan dari keseluruhan 12 perlawanan mereka di Slovakia.

Terkini setelah tamat rombongan Slovakia + 1 perlawanan tambahan

5 Sept - vs Ruzemberok (1-3)
07 Sept - vs Petrzalka (2-2)
14 Sept - vs Slovan Duslo Sala (1-2)
20 Sept - Bodva Moldava (1-1)
28 Sept - Liptovsky Mikulas (1-1)
6 Okt - Zemplin Michalovce (0-2) 
9 Okt - Dolny Kubin (0-1)
12 Oct - Senec (1-3)
19 Oct - Lucenec (3-1)
26 Okt - Puchov (2-0)
2 Nov -  Rimavska Sobota (1-0)
10 Nov -  AS Trencin (1-2)
14 Nov - SKN St Polten (Austria) (3-4)

Penjaring setakat ini

Izzaq Faris Ramlan (2 gol)
Gary Steven Robbat (1 gol)
Wan Zaharul Nizam (3 gol)
S Sivanesan (1 gol)
Wan Zack Haikal (4 gol)
Syahrul Azwari (3 gol)
Abdul Shukor Jusoh (2 gol)
Mohd Ferris Danial (1 gol)
 
Perlawanan Terakhir sebelum berangkat pulang
 
17 Nov - vs Torna CCD Ferencavaros (Hungary)

-keypadlock-

Berita sekitar Asean

Indonesia

Kecewa dengan PSSI
Jurulatih Indonesia, Alfried Riedl nyata kecewa dengan keputusan PSSI untuk mengadakan perlawanan menentang Timor Leste sebagai ganti perlawanan yang dibatalkan iaitu menentang Filipina dan juga Kemboja. Menurut pembantunya, Wolfgang Pikal, Alfred Riedl menjelaskan bahawa Timor Leste adalah kurang bagus, tetapi mereka tetap akan melalui perlawanan tersebut. Ini kerana Timor Leste masih jauh kebelakang berbanding Filipina dan Kemboja. Pemain-pemain Indonesia sudah mula menjalani latihan untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 hari ini.

Thailand

Liga Premier Thai Musim Depan
Liga Premier Thailand akan mengandungi 18 pasukan yang bertanding di dalam kedua-dua Liga Premiernya. Sebelum ini hanya 16 pasukan bertanding untuk merebut kejuaraan ini. Sebenarnya Liga Premier Thai pernah mengandungi 18 pasukan iaitu pada tahun 1996 tetapi kemudiannya dikurangkan kepada 16 pasukan sahaja. Dengan pengumuman ini, pasukan dari Liga Premier Thai Divisyen 1 (kedudukan 4-6) akan melalui perlawanan round of robin bersama-sama 3 pasukan bawahan Liga Premier Thai (kedudukan 14-16). Pasukan yang terlibat ialah Bangkok United, Sisaket FC, Royal Thai Army, Air Force United, Songkhla FC dan Nakhon Pathom FC.

-keypadlock-

Skuad Piala AFF Suzuki mantap

SKUAD bola sepak kebangsaan yang pincang sepanjang kempen Sukan Asia 2010 bakal diperkuatkan dengan 10 pemain tambahan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia bermula 1 Disember depan.

Mereka terdiri daripada Safee Sali, Ashaari Shamsuddin, Baddrol Bakhtiar, Sabre Mat Abu, Nasriq Baharom, Azmi Muslim, Halim Zainal, Khairul Helmi Johari serta dua penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias.

Saya anggap suatu kejayaan - Rajagobal

SKUAD bola sepak kebangsaan terkandas pada pusingan kedua apabila tewas 1-3 kepada Iran di Stadium Yuexiu, Guangzhou petang semalam.

Namun jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal tetap menganggap kempen kali ini berjaya memandangkan skuad kendaliannya itu tidak habis-habis dilanda masalah kece- deraan dan penggantungan pemain.

"Secara keseluruhan, ini suatu kejohanan yang berjaya buat sku- ad kebangsaan. 

"Apa yang penting, kita kini mula dihormati oleh semua pasukan kuat di rantau Asia ini.

Thursday, November 11, 2010

Hajat musnah





HAJAT skuad bola sepak negara untuk menempah tempat lebih awal ke pusingan kedua tidak kesampaian. 


Semalam, mereka tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi kedua Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 yang berlangsung di Stadium Huadu, Guangzhou.

Andai seri atau menang pada aksi terakhir menentang China, peluang untuk mara adalah lebih terbuka selepas skuad bimbingan K. Rajagobal itu menang 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Isnin lalu.

Wednesday, November 10, 2010

Jepun hormat Malaysia


TANPA memandang mudah keupayaan Malaysia, jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka tetap serius dalam misinya memburu kemenangan kedua agar menjamin laluan muncul juara kumpulan menjelang perlawanan kedua Kumpulan A bola sepak Sukan Asia, hari ini.

Katanya, berdasarkan keupayaan Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1, kelmarin, wakil Asia Tenggara itu wajar dihormati.

Apa lagi Malaysia diwakili barisan pemain hampir sama ketika meraih pingat emas Sukan Sea Laos tahun lalu.

“Kami tahu Malaysia berjaya menewaskan Korea Selatan pada perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur. 

“Jadi perlawanan ini sama penting ketika menewaskan China, kelmarin,” katanya.  

Sekizuka tidak mahu barisannya terlalu gembira menumbangkan pasukan tuan rumah 3-0 kerana saingan masih awal.

sumber: Metro

Berita Perpindahan (Pemain dan Jurulatih)

Perlis hilang ramai pemain

LEBIH 85 peratus pemain skuad Liga Super Perlis musim lalu, dilapor sama ada tidak disambung kontrak atau bakal berhijrah menyertai beberapa pasukan dan kelab pada kempen Liga Malaysia 2011. Difahamkan, sebahagian daripada pemain terbabit adalah barisan muda berpotensi tinggi yang juga anggota utama atau aset penting skuad Singa Utara itu membabitkan semua posisi termasuk penjaga gawang, pertahanan, tengah dan penyerang.

NS pancing lima pemain kebangsaan

NAIB juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan dijangka bakal diperkuat lima pemain kebangsaan dan berpengalaman bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan, yang dijadual membuka tirainya awal Januari ini. Bagaimanapun, nama pemain terbabit masih dirahsiakan kerana pengumuman mengenainya dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengadakan mesyuarat hujung minggu ini.
Sambung Baca

Perak ikat bintang

PEMINAT Perak diberi jaminan skuad Seladang akan mendapatkan khidmat pemain bertaraf bintang bagi memperkuat pasukan itu dalam kancah bola sepak Liga M, musim depan. Jaminan itu diberi pengurus pasukan, Khairul Azwan Datuk Harun yang berkata, usaha kini dilakukan untuk mengisi kekosongan dalam pasukan. “Perak masih ada lapan kekosongan. Kami akan berusaha mendapat pemain berwibawa yang diperlukan itu. “Bagaiamanpun, bukan semua lapan slot akan diisi pemain bintang memandangkan ia membabitkan kewangan besar,” katanya.
Sambung Baca

Khyril benteng sekat 'tsunami'

Khyril Muhymeen Zambri mungkin mendapat kepercayaan jurulatih K. Rajagobal, bagi mengatasi masalah deretan kecederaan skuad Bawah 23 negara, yang memikul tugas lebih getir berdepan Jepun dalam acara bola sepak Sukan Asia XVI Guangzhou, petang ini.

Pemain depan serba boleh Kedah itu, kurang menyerlah di pentas tempatan, tetapi pengalaman dalam beberapa kejohanan senior, boleh diharapkan, apatah lagi dengan ketiadaan Ahmad Fakri Saarani sejak babak pertama menentang Kyrgyzstan, kelmarin.

Safiq galas tugas kapten


SAFIQ RAHIM sudah bersedia untuk menggalas tugas selaku ketua pasukan apabila skuad bola sepak negara turun menentang Jepun pada perlawanan kedua Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Stadium Huadu petang ini.

Pemain tengah Selangor itu mengambil alih tugas tersebut daripada Norhafiz Zamani Misbah yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut pada minit ke-70 ketika skuad negara menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung kelmarin.

Menurut Safiq, 23, dia akan memberikan persembahan yang lebih baik apabila berdepan Jepun petang ini memandangkan dia kini menggalas satu lagi tugas tambahan untuk mengetuai rakan-rakannya yang lain.

Chanturu makin bersemangat

PENJARING gol kemenangan skuad bola sepak kebangsaan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 kelmarin, S. Chanturu masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi kedua bertemu Jepun di Stadium Huadu petang ini.

Pemain sayap Kelantan yang berasal dari Kulim, Kedah itu tidak dapat turun menjalani latihan di Stadium Huagong semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada minit ke-82 ketika aksi sulung Kumpulan A tersebut.

Tuesday, November 9, 2010

Malaysia kehilangan Zamani, Fakri


Kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan petang semalam terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila skuad bola sepak kebangsaan kehilangan dua tonggak utama, Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani.

Zamani dan Fakri bukan sahaja tidak dapat beraksi pada perlawanan kedua menentang Jepun esok tetapi berkemungkinan besar terpaksa melupakan terus kempen Sukan Asia 2010 akibat kecederaan lutut.

Fakri yang bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan hanya sempat beraksi 13 minit sebelum digantikan Faizal Abu Bakar kerana dia mengalami kecederaan lutut kanan.

Hati Baddrol masih di Kedah

Teka teki mengenai pasukan yang menjadi pilihan bintang Kedah, Baddrol Bakhtiar musim hadapan akhirnya terjawab, apabila pemain itu membuat keputusan untuk kekal sekurang-kurangnya dua tahun lagi bersama skuad Hijau Kuning.
 
Biarpun mendapat tawaran lumayan daripada beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan, anak jati Sungai Petani itu membuatkan kesemua pasukan berkenaan gigit jari, apabila sanggup mengenepikan soal kewangan dan berikrar mahu setia bersama Kedah.

Malaysia lepasi halangan pertama

Malaysia mengorak langkah kanan dalam perlawanan pertama Kumpulan A bola sepak Sukan Asia XVI Guangzhou 2010 dengan menewaskan Kyrgyzstan 2-1 di Stadium Huadu, petang semalam.

S. Chanturu memastikan tiga mata milik skuad bimbingan K. Rajagobal itu dengan jaringan kemenangan pada minit ke-60 setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 45 minit babak pertama.

Malah, skuad bawah 23 tahun negara dengan tiga pemain senior termasuk ketua pasukan Norhafiz Zamani Misbah yang berpengalaman tiga Sukan Asia sejak 2002, mendahului menerusi penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-27.

Sukan Asia 2010 - Peringkat Kumpulan

KUMPULAN A
Malaysia 2-1 Kyrgyzstan
China 0-3 Jepun

KUMPULAN B
Vietnam 3-1 Bahrain
Iran 4-1 Turkmenistan

KUMPULAN C
Korea Selatan 0-1 Korea Utara
Palestin 0-0 Jordan

KUMPULAN D
Kuwait 2-0 India
Qatar 0-0 Singapura

KUMPULAN E
Uzbekistan 3-0 Bangladesh
UAE 1-1 Hong Kong

KUMPULAN F
Maldives 0-3 Oman
Thailand 6-0 Pakistan

-keypadlock-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails