Pages


Sunday, July 31, 2011

Perkembangan Skuad Harimau Muda A di Slovakia





SENARAI 23 PEMAIN KE SLOVAKIA


Penjaga Gol: Zamer Selamat, Izham Tarmizi Roslan, K. Sasikumar

Pertahanan: Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin, Fandi Othman, Affizie Faisal Mamat, Azrul Azmi, Syazwan Tajuddin, Nazmi Faiz Mansor

Tengah: Ferris Danial Mat Nasir, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Faizal Abu Bakar, Abdul Shukur Jusoh, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

Penyerang: Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Izuan Solahuddin


SENARAI PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN


Julai 26, 2011 (Selasa): Harimau Muda (Wan Zack Haikal 47') 1-0 FK Bodva Moldava nad Bovou 


Julai 30, 2011 (Sabtu): Harimau Muda 2-1 MFK Topvar Topoľčany (Ferris Daniel 64', Fandi Othman 87' penalti)


Ogos 2, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs Tatran Liptovský Mikuláš
Ogos 9, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs Budapest Honved FC
Ogos 16, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs MFK Dolný Kubín
Ogos 23, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs FC Nitra
Ogos 26, 2011 (Jumaat): Harimau Muda vs FC Levice

Rekrut Terkini Pelita Jaya FC 2011/2012

                                                
1. Jhon van Beukering (Holland/Indonesia)
Dari: Feyenoord (Dutch Eredivisie)
Umur: 27
Posisi: Penyerang
Kelab lama: Vitesse Arnhem, FC Zwolle, De Graafschap, NEC Nijmegen, Go Ahead Eagles

2. Tonnie Cussell Lilipaly (Holland/Indonesia)
Dari: FC Hilversum (Dutch Topklasse)
Umur: 28
Posisi: Penyerang
Kelab lama: Vitesse Arnhem, RKC Waalwijk, FC Twente, Ajax Amsterdam

3. Diego Michiels (Holland/Indonesia)
Dari: Go Ahead Eagles (Dutch Eerste Divisie)
Umur: 20
Posisi: Pertahanan
Kelab lama: DVV RDC Deventer

4. Ruben Wuarbanaran (Holland/Indonesia)
Dari: FC Den Bosch (Dutch Eerste Divisie)
Umur: 20
Posisi: Pertahanan

Apakah nasib Safee Sali di musim baru nanti dengan kemasukkan 2 penyerang baru yang sememangnya Indonesia ingin menaturalisasikan mereka untuk skuad kebangsaan mereka?

Kumpulan Untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 Bagi Asia



Kumpulan A
China
Jordan
Iraq
Singapura

Kumpulan B
Korea Selatan
Kuwait
UAE
Lubnan

Kumpulan C
Jepun
Uzbekistan
Syria
Korea Utara

Kumpulan D
Australia
Arab Saudi
Oman
Thailand

Kumpulan E
Iran
Qatar
Bahrain
Indonesia

Monday, July 25, 2011

KOSMO | Berita bola sepak hiasi muka depan akhbar Singapura


SINGAPURA - Permusuhan di antara Singapura dan Malaysia dalam saingan bola sepak sentiasa menghidupkan satu suasana meriah serta ketegangan tidak kira di kalangan pemain mahu pun penyokong kedua-dua pasukan.
Ternyata kemeriahan itu turut diterjemahkan dalam akhbar-akhbar utama Singapura semalam yang melaporkan tentang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar di sini malam kelmarin.
Keputusannya, Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura sebelum mereka bertemu lagi pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.
Hampir semua akhbar tempatan Singapura meletakkan laporan perlawanan malam kelmarin itu sebagai bahan berita di muka depan dan muka belakang akhbar masing-masing.

BosniaSerbiaChina 5-3 Malaysia



Skuad kebangsaan kita tewas! Itulah realiti pahit yang terpaksa kita telan akibat tewas dengan 'mudah' kepada musuh ketat kita baru-baru ini. Singapura seperti biasa membariskan campuran bakat tempatan dan bakat luar untuk skuad kebangsaan mereka. Manakala skuad kebangsaan kita adalah bakat-bakat tempatan yang sememangnya boleh dibanggakan. Jadi, adakah disebabkan 'awang-awang import' ini kita tewas? Itu adalah salah satu faktor dan ianya faktor kecil bagi aku.


Faktor penyumbang yang aku nak bincang di sini adalah perlawanan persembahan menentang 2 kelab EPL yang skuad ini tempuhi sebelum menghadapi Singapura. Dengan Arsenal kita tewas 4-0 dan kita tewas 6-3 ke atas Liverpool beberapa hari selepas itu. Inikah persediaan sempurna untuk kelayakan Piala Dunia kita? Bolos 10 gol dengan kita dilakukan seperti 'badut' di dalam persembahan sarkas. Kita lihat pula persediaan Singapura sebelum menentang Malaysia. Mereka menang ke atas Maldives 4-0, menang 2-1 ke atas Etoile FC dan menang 3-2 ke atas Taiwan beberapa hari kemudian. Apa beza persediaan skuad kebangsaan kita dan skuad Singapura? Mereka disediakan dengan 2 perlawanan sebenar dan satu perlawanan menentang kelab yang bermain di liga sendiri.

Kenali Pemain-pemain kebangsaan: Penjaga Gol

1. Khairul Fahmi Che Mat (22 tahun)
Lebih mesra dengan panggilan Apek, namanya kini semakin popular seiring dengan peningkatan aksinya di padang samaada bersama pasukan negeri mahupun kebangsaan. Beliau beraksi bersama Kelantan FA ketika ini di dalam Liga Super dan dalam usianya yang muda iaitu 22 tahun, beliau boleh dianggap sebagai penjaga gol utama skuad kebangsaan ketika ini serta mengetepikan pencabar-pencabar lain yang agak senior daripadanya. Ketangkasannya di gol dan berjaya menafikan golnya daripada dibolosi serta beberapa aksi memukau semasa di Sukan Asia 2010 dan Piala AFF 2010 telah menyebabkan namanya terus melekat sebagai penjaga gol utama skuad kebangsaan.

2. Mohd Sharbinee Allawee Ramli (25 tahun)
Penjaga gol utama pasukan Terengganu FA ini adalah bekas penjaga gol utama kebangsaan sebelum ini. Masih muda iaitu berumur 25 tahun dan beraksi cemerlang ketika skuad bawah 23 tahun kebangsaan memenangi pingat emas Sukan Sea 2009. Kemudian disebabkan kecederaan bahu, bermulalah aksi kurang memberangsangkan daripada beliau. Ketangkasannya di depan gol mula dipersoalkan sehingga sekarang. Tapi dalam usia yang masih muda ini, beliau sebenarnya masih mempunyai banyak ruang untuk terus bersaing merebut tempat sebagai penjaga gol utama negara. Ketika ini, beliau adalah pencabar utama Apek untuk tempat penjaga gol utama negara. 


3. Mohd Farizal Marlias (25 tahun)
Namanya yang semakin malap tiba-tiba memuncuk apabila beraksi cemerlang baru-baru ini ketika skuad Pilihan Malaysia menentang Chelsea di Bukit Jalil. Menyelamatkan beberapa percubaan daripada pemain-pemain terkemuka dari Chelsea, menyebabkan namanya kembali naik walaupun ketika ini di dalam skuad Negeri Sembilan FA tempatnya telah diambil alih oleh Farizal Harun akibat aksinya yang agak menurun kebelakangan ini. Kecederaan di bahagian muka menyebabkan beliau gagal mendapat aksi terbaiknya semula. Beliau merupakan penjaga gol ketika Datuk K. Rajagobal mula mengambil alih skuad kebangsaan pada tahun 2009 dan beraksi dengan baik ketika menentang Zimbabwe dan kelab Manchester United pada tahun yang sama. Usianya baru menjangkau 25 tahun dan masih boleh bersaing semula dengan penjaga gol lain ketika ini. Pernah mendapat pendedahan di Jerman oleh Herr Holger Oberman ketika berusia 15 tahun. 

4. Mohd Nasril Nourdin (25 tahun)
Kembali ke dalam senarai skuad kebangsaan setelah sekian lama menghilang akibat prestasi yang kurang memberangsangkan. Pernah bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan tahun 2008 dalam Piala Intercontinental menentang pasukan Olimpik Nigeria dan Iraq. Beliau juga pernah beraksi bersama skuad kebangsaan ketika menentang New Zealand sekitar tahun 2006 menyaksikan Malaysia tewas 1-0 ketika itu. Disebabkan itu jugalah, pada tahun yang sama, scout dari Balckburn Rovers, Mike Riggs ingin memberi beliau peluang mencuba nasib di kelab mereka. Tetapi disebabkan ranking Malaysia ketika itu (154) tidak mencapai tahap yang ditetapkan pihak di sana (70 dan ke atas), berita ini terus lenyap di bawa angin. Kini, aksi baik bersama pasukannya, Perak FA, di dalam Liga Super, beliau kembali untuk merebut tempat di dalam skuad utama kebangsaan.  

5. Syed Adney Syed Hussien (25 tahun)
Berumur 25 tahun dan lahir di Liverpool, England. Ketika Piala AFF 2008, beliau mengambil alih posisi penjaga gol daripada penjaga gol utama skuad kebangsaan ketika itu iaitu Helmi Eliza Elias selepas Helmi Eliza mempamerkan aksi terburuknya dalam kejohanan penting tersebut. Beliau sedang beraksi bersama Sabah FA selepas dipinjamkan oleh Kelantan FA untuk musim ini tetapi masih gagal mendapat tempat sebagai penjaga gol utama pasukan Sabah FA seperti mana di Kelantan FA juga. Disebabkan itulah, beliau semakin kurang mendapat tempat untuk bersama skuad kebangsaan ketika ini. Beliau pernah pergi ke kelab Middlesbrough dan Darlington FC sekitar tahun 2007 untuk mencuba nasib dalam pemilihan tetapi gagal mendapat tempat. 

Antara nama-nama lain yang boleh diletakkan dalam senarai ini adalah:

6. Mohd Zamir Selamat (22 tahun) Harimau Muda A

7. K. Sasikumar (22 tahun) Harimau Muda A

Sunday, July 24, 2011

Setelah berkurun lama

Agak lama aku tinggalkan blog ini. Sebab paling utama, aku sibuk dengan Piala AFF 2010 ketika itu bersama Ultras Malaya. Kemudian, alhamdulillah Malaysia muncul juara Piala AFF 2010 dan kemudiannya muncul la pelbagai jenis blog bertemakan bolasepak Malaysia seakan-akan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jadi, aku dengan berat hati, mengambil keputusan untuk berehat dari blogging. Rasanya dah boleh kembali kot? Lagipun blog aku lebih pada berita-berita dari suratkhabar-suratkhabar dalam Malaysia. Jadi, tiada apa-apa istimewanya pun.

Untuk posting selepas ini, kita akan lihat senarai pemain-pemain kebangsaan yang Malaysia ada ketika ini. Mungkin anda dah kenal mereka, mungkin ada yang belum kenal. Jadi, sama-sama kita lihat senarainya nanti. Mungkin boleh membantu kita melihat betapa "NATIONAL POLL" kita sudah semakin membesar ketika ini.

Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails