Pages


Monday, August 30, 2010

Yob dapat sentuhan Fandi


NAMA Fandi Ahmad tidak asing lagi di kalangan peminat bola sepak tempatan dan kelibatnya sekali lagi bakal disaksikan apabila bekas penyerang kebangsaan Singapura itu ke Malaysia selepas cuti Aidilfitri nanti. 

NAMA Fandi Ahmad tidak asing lagi di kalangan peminat bola sepak tempatan dan kelibatnya sekali lagi bakal disaksikan apabila bekas penyerang kebangsaan Singapura itu ke Malaysia selepas cuti Aidilfitri nanti.

Harimau Muda Beraya Awal

Pemain Harimau Muda A diberi peluang 'bercuti awal' sempena Aidilfitri selama empat hari, sebelum dijadualkan menyambutnya di perantauan, kerana akan menjalani 12 perlawanan dengan 12 kelab Liga 1 Slovakia, mulai Khamis ini.
 
Jurulatih skuad Bawah 21 kebangsaan itu, Ong Kim Swee berkata, kesempatan itu membolehkan anak buahnya bertemu keluarga dan sanak saudara, memandangkan mereka terpaksa 'mengorbankan' sambutan Aidilfitri di tanah air tahun ini dan terus berada di sana sehingga November depan.

Sunday, August 29, 2010

RG bawa 4 Muka Baru


Izzat Faris Ramlan, Gary Steven Robbat, Fadhli Shas dan Khairul Fahmi Che Mat telah disenaraikan untuk berangkat ke Doha, semalam.

Keempat-empat mereka diberi peluang untuk mendapatkan tempat dalam skuad RG untuk Sukan Asia 2010 di Guangzhou, yang dijadualkan pada November ini.

Malaysia kehilangan legenda bola sepak



LEGENDA bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pagi semalam setelah mengalami batuk berdarah yang teruk.

Beliau atau nama sebenarnya Isa Abu Bakar, 58, meninggal kira-kira pukul 9.40 pagi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Perak, George Town petang semalam.

Turut menziarahi jenazah beliau di rumahnya di Sungai Ara ialah bekas rakan-rakan sepasukannya seperti Datuk Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Santokh Singh dan Abdah Alif.

Allahyarham meninggalkan isteri, Mazlina Md. Ismail, tiga anak perempuan, Nur Kamalia, 19, Nur Liyana 21, Nur Aishah dan seorang anak lelaki, Muhd. Firdhaus, 16.

Stanley: Ini Sukan Bukan Politik

Polemik seputar kedatangan pemain timnas Malaysia, Stanley Benard Samuel di Persisam Putra memang tengah menjadi topik yang paling hangat di kalangan suporter klub berjuluk Pesut Mahakam tersebut.




Namun, hal berbeda justru dirasakan pemain yang sempat bermain di Liga India itu. Stanley mengakui senang berada di Samarinda. “Teman-teman disini sangat friendly,” ucap Stanley, mengomentari sambutan pemain Persisam.

Saturday, August 28, 2010

Thailand hadapi India untuk Perlawanan Persahabatan



2 perlawanan menentang pasukan bolasepak India telah diaturkan oleh Persatuan Bolasepak Thailand. Perlawanan pertama diadakan di Thailand pada 4 September manakala perlawanan seterusnya 2 hari kemudian akan diadakan di India.

Status Pemain Import Musim Depan


Teka-teki perkara tersebut akan terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan mesyuarat pada Oktober ini, dengan salah satu agendanya ialah membincangkan kemungkinan pemain import dibenarkan beraksi semula dalam Liga Malaysia.

Tugas saya memadai - Annuar

"DUA tugas yang diberikan kepada saya sudah lebih daripada memadai."

Exco FAM (2010-2014)




President: Sultan Ahmad Shah (Pah).
Deputy presidents: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pah), Tan Sri Annuar Musa (Kel).
Vice-presidents: Datuk Subahan Kamal (Sel), Datuk Hamidin Mohd Amin (Sel), Datuk Afandi Hamzah (Kel), Datuk Seri Abdullah Hishan (Per).
Exco members: Datuk Takiyuddin Hassan (Malays FA), Datuk Astaman Abdul Aziz (Kul), Mejar Rani Abdul Rahim (For), S. Sivasundram (MISC), Dr Hamdan Mohd Khalib (Ked), Datuk Osman Salleh (Pol), Rosmadi Ismail (Kel), Datuk Jeferey Low Han Chau (MCFA).

Kumpulan dan Jadual Piala Malaysia

KUMP A:
Negri Sembilan
Kelantan
PLUS FC
PKNS

KUMP B:
Pahang
Kuala Lumpur
Sabah
Terengganu

KUMP C:

ATM
Johor FC
Kedah
Perak


KUMP D:
Felda United
Perlis
Selangor
T-Team


Skuad Negara ke Doha untuk Perlawanan Persahabatan



SKUAD kebangsaan bimbingan K. Rajagobal akan terbang ke Doha, Qatar pada Sabtu ini untuk menghadapi dua aksi persahabatan menentang sebuah kelab Qatar dan skuad kebangsaan Oman.

Menurut Rajagobal, dia hanya akan membawa 22 pemain terbaik daripada senarai 26 pelatih skuad kebangsaan yang telah mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak 16 Ogos lalu.

Skuad Harimau Muda ke Slovakia



SKUAD bawah 21 tahun (B-21) negara, Harimau Muda A akan berlepas ke Slovakia pada Rabu atau Khamis depan untuk mengharungi 12 perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab Liga 1 Slovakia sepanjang tempoh tiga bulan.

Ini bermakna, barisan pemain negara yang akan beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011 itu terpaksa menyambut Aidilfitri pada 10 September depan di negara Eropah Timur itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails