Pages


Saturday, October 16, 2010

Vietnam ujian pertama Ismail bersama Harimau Muda B


Satu kejohanan tempatan di Vietnam dari 23 hingga 31 Oktober ini akan menjadi ujian pertama kepada jurulatih Harimau Muda B, Ismail Ibrahim di peringkat antarabangsa.
 
Bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu meletakkan sasaran sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir selepas diletakkan sekumpulan dengan pasukan Bawah 19 Vietnam dan Bawah 21 Singapura dalam kumpulan B.

Membariskan sebahagian besar pemain asal Harimau Muda B, Ismail mengakui kejohanan itu akan menjadi medan terbaik dalam mencari kesebelasan utama mengharungi cabaran Liga Perdana musim hadapan.

''Kami amat mengetahui kedudukan setiap pencabar dalam kumpulan ini dan saya yakin sasaran ke separuh akhir tidak mustahil boleh dicapai.

''Selain 19 pemain Harimau Muda B, saya juga membawa enam pemain Bawah 16 tahun yang sebelum ini sudah banyak mendapat pendedahan.

''Pada mulanya, saya ingin membawa beberapa pemain Bawah 17 tahun tetapi jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terlalu dekat menghalang saya menyenaraikan mereka,'' katanya di sini, semalam.

sumber: Utusan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails