Pages


Monday, July 25, 2011

BosniaSerbiaChina 5-3 Malaysia



Skuad kebangsaan kita tewas! Itulah realiti pahit yang terpaksa kita telan akibat tewas dengan 'mudah' kepada musuh ketat kita baru-baru ini. Singapura seperti biasa membariskan campuran bakat tempatan dan bakat luar untuk skuad kebangsaan mereka. Manakala skuad kebangsaan kita adalah bakat-bakat tempatan yang sememangnya boleh dibanggakan. Jadi, adakah disebabkan 'awang-awang import' ini kita tewas? Itu adalah salah satu faktor dan ianya faktor kecil bagi aku.


Faktor penyumbang yang aku nak bincang di sini adalah perlawanan persembahan menentang 2 kelab EPL yang skuad ini tempuhi sebelum menghadapi Singapura. Dengan Arsenal kita tewas 4-0 dan kita tewas 6-3 ke atas Liverpool beberapa hari selepas itu. Inikah persediaan sempurna untuk kelayakan Piala Dunia kita? Bolos 10 gol dengan kita dilakukan seperti 'badut' di dalam persembahan sarkas. Kita lihat pula persediaan Singapura sebelum menentang Malaysia. Mereka menang ke atas Maldives 4-0, menang 2-1 ke atas Etoile FC dan menang 3-2 ke atas Taiwan beberapa hari kemudian. Apa beza persediaan skuad kebangsaan kita dan skuad Singapura? Mereka disediakan dengan 2 perlawanan sebenar dan satu perlawanan menentang kelab yang bermain di liga sendiri.

Bukan hendak menafikan betapa bertaraf dunia pemain-pemain yang hadir untuk memberikan Malaysia 'pengalaman berguna' tersebut. Tetapi, kita ambil contoh mudah di sini. Kita akan menentang Singapura, dan kita mengadakan perlawanan persahabatan untuk uji skuad kita dengan England, Perancis, Brazil dan mungkin pasukan-pasukan lain iaitu kuasa bolasepak dunia. Tahap kita dengan mereka amatlah jauh beza, itu realiti dan fakta! Jadi, kita semestinya akan kalah dengan jumlah jaringan besar. Berbaloi atau tidak kita mengambil risiko kalah besar dan pasukan musuh boleh tengok semua kekurangan kita? Berbaloi atau tidak, semata-mata mahu memberi 'pengalaman' kepada skuad kita, kita korbankan moral dan semangat mereka? Pemain-pemain kita adalah manusia biasa dan bukannya robot! Mereka ada perasaan dan jiwa. Kalau dah sampai 10 bolos dalam masa beberapa hari, mampu atau tidak perasaan tertekan dan was-was itu ditolak tepi atas sebab, "ini perlawanan persembahan saja". 

Kalau sebelum lawan Singapura tempohari kita buat persediaan dengan menentang Maldives, Laos, India ataupun mana-mana pasukan lain, aku rasa moral dan semangat pemain takkan terjejas teruk. 

Lihat saja bagaimana penjaga gol dan pertahanan kita dilanyak Singapura dengan 5 gol mudah. Remuk hati melihat betapa teruknya aksi mereka tempohari. Moral dan semangat mereka mungkin sudah terjejas teruk. Mereka manusia biasa macam kita. Perlawanan dengan gergasi EPL itu menghancurkan peningkatan skuad kebangsaan kita. Kita sebenarnya dalam momentum baik selepas menang Piala AFF 2010. Dengan bertemu 'pemain-pemain bertaraf dunia yang bukan tahap kita' tempohari telah menghancurkan momentum skuad kebangsaan kita. Tambahan lagi, pemain-pemain harapan kita mengalami kecederaan ringan dalam perlawanan persembahan itu dan gagal untuk cergas dalam tempoh yang singkat. Siapa? Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan serta Amirulhadi yang terpaksa diturunkan juga kerana skuad kebangsaan amat memerlukan beliau ketika itu.  Jadi, kenapa ambil risiko itu? Faktor lain sudah banyak orang bincangkan. Aku rasa ini faktor yang aku nak bincangkan. Nak cari faktor lain? Buka blog saudara baik aku ni, http://sangkunang.blogspot.com/

Kesimpulan dari aku, inikah 'pengalaman berguna' yang dicari? 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails