Pages


Tuesday, August 2, 2011

Safee Sali Ingin Bawa Pelita Jaya Menjadi 4 Kelab Terbaik

Penyerang Pelita Jaya FC dan skuad kebangsaan Malaysia, Safee Sali mempunyai impian untuk membawa kelabnya itu menjadi antara empat kelab terbaik Liga Super Indonesia (ISL) pada musim akan datang. Oleh itu, beliau ingin bertahan di Pelita Jaya, dan merancang untuk memperbaharui kontraknya pada akhir bulan ini.

Pada musim 2010/2011, Pelita Jaya FC menamatkan saingan pada kedudukan ke 12 liga, dengan mengumpul 29 mata dari 8 kemenangan, 5 seri dan 15 kekalahan.

Safee Sali mengungkapkan bahawa kelabnya memiliki potensi dan mampu untuk merealisasikan impian tersebut. 

"Target saya adalah untuk membawa Pelita Jaya menjadi antara empat kelab terbaik di ISL. Saya fikir target itu cukup realistik," ucap Safee Sali. 


"Tapi ini semua bergantung kepada kekuatan pemain yang ada di dalam pasukan. Saya belum tahu kelebihan pemain luar yang kelab sudah tandantangani disebabkan ketika itu kelab masih menunggu hasil kongres Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI)," tambahnya lagi.

Menurut Safee, target membawa Pelita Jaya menembus empat kelab terbaik membuatkan dirinya ingin memperbaharui kontraknya di kelab tersebut. Safee akan bertolak ke Jakarta setelah memperkuatkan pasukan Malaysia di Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura untuk membincangkan pembaharuan kontraknya.

“Sampai sekarang, saya hanya tahu pihak Pelita Jaya ingin mempertahankan saya. Setakat ini, belum ada kelab di Indonesia yang menghubungi saya untuk melngadakan perbincangan. Tapi saya ingin bertahan di Pelita Jaya,” kata Safee.

“Kontrak saya dengan Pelita Jaya akan berakhir pada Januari nanti. Rasanya, akhir bulan ini saya akan datang semula ke Jakarta untuk membincangkan masalah kontrak.”


sumber: Goal.com Indonesia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails