Pages


Thursday, December 2, 2010

Thailand nasib baik

TANDUKAN Sarayoot Chaikamdee di masa kecederaan membolehkan pasukan pilihan Piala Persekutuan Bola sepak Asia (AFF) Suzuki, Thailand mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Laos yang layak melalui pusingan kelayakan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Jaringan bijak melalui pemain gantian Kanlaya Sysomvang lapan minit sebelum tamat perlawanan kelihatan membolehkan Laos di landasan yang betul untuk mencipta kejutan selepas jaringan awal melalui Konekham Inthammavong disamakan pada minit ke-68.


Bagaimanapun, Sarayoot menafikan hasrat itu dengan menanduk masuk bola hantaran Sutee Suksomkit untuk membolehkan skuad bimbingan Bryan Robson itu meraih satu mata.

Thailand hadir di kejohanan ini sebagai salah satu pasukan pilihan namun juara tiga kali itu perlu mempamerkan peningkatan dalam baki dua perlawanan menentang Malaysia dan Indonesia sekiranya berhasrat mara ke separuh akhir.

Pasukan itu jelas terjejas akibat kepenatan kerana beberapa pemainnya beraksi pada perlawanan akhir Piala FA Thai Ahad lalu. Kapten Nataporn Phanrit dan pemain perancang, Datsakorn Thonglao terpaksa mengisi bangku simpanan manakala pemain pertahanan, Panupong Wongsa tidak tersenarai dalam senarai pemain.

Manakala Phatthana Syvilay dan Kovanh Namthavixay gagal berada dalam kesebelasan utama Laos selepas terpaksa menerima rawatan hospital akibat keracunan makanan pada minggu lalu.

Metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails