Sejurus selepas dinafikan tempat di pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014, Michael Weiss, ketua jurulatih Filipina, yakin bahawa pasukannya akan lebih berdaya saing dalam masa empat tahun.
Filipina kalah dengan agregat 5-1 kepada Kuwait pada pusingan kedua kelayakan tempohari.
"Mereka mungkin kecewa sekarang tetapi saya fikir pasukan ini boleh melupakan kekalahan ini. Kami telah melakukan sehabis baik dan juga kami telah menentang lawan yang sukar, " kata Weiss.
"Dari segi aspek permainan - teknik, taktik dan keadaan pasukan - Kuwait selalu satu langkah lebih baik dari kami. Pasukan saya hanya boleh belajar daripada pengalaman ini. Setahun yang lalu, tiada sesiapa yang akan berfikir bahawa kita akan sampai sejauh ini dan kita perlu teruskan selepas ini. Saya berharap bahawa sokongan tidak akan terhenti di sini."
"Kami masih memerlukan masa yang panjang tetapi Filipina berada di landasan yang betul ketika ini. Pasukan ini akan menjadi pencabar untuk Piala Dunia dalam tempoh empat tahun akan datang (pandangan peribadi saya) tetapi kita akan memerlukan lebih banyak pendedahan antarabangsa dan latihan yang banyak." tambah Weiss lagi.
Senarai pemain-pemain Filipina ketika ini (mengikut senarai yang dipanggil ketika menentang Kuwait):
Pos. Pemain Umur Kelab (Luar Filipina)
GK Neil Etheridge 21 Fulham (England)
GK Paolo Pascual 20 Global
GK Eduard Sacapaño 31 Philippine Army
DF Rob Gier 30 Ascot United (England)
DF Jason Sabio 25 Rocket City United (USA)
DF Anton del Rosario 29 Kaya
DF Roel Gener 37 Philippine Army
DF Alexander Borromeo (captain) 28 Kaya
DF Ray Jónsson 32 Grindavik (Iceland)
MF Simon Greatwich 22 Hartwick College (USA)
MF James Younghusband 24 San Beda
MF Manuel Ott 19 Ingolstadt II (Jerman)
MF Ángel Guirado 26 -
MF Emelio Caligdong 28 Philippine Air Force
MF Patrick Hinrichsen 20 Darmstadt II (Jerman)
MF Stephan Schröck 24 Greuther Fürth (Jerman)
MF Nestorio Margarse 35 Philippine Army
MF Jason de Jong 21 -
FW Misagh Bahadoran 24 Global
FW Phil Younghusband 23 San Beda
FW Yannick Tuason 22 Kaya
FW Nate Burkey 26 Kaya
FW Ian Araneta 29 Philippine Air Force
sumber: Website AFF
sumber: Website AFF
No comments:
Post a Comment