Pages


Thursday, October 14, 2010

Berita sekitar Asean

Indonesia

Fatih Terim tertarik untuk melatih Indonesia dan menganggapnya satu projek yang menarik. "Bagi saya, Indonesia adalah suatu projek yang cukup menarik. Saya sangat tertarik untuk merombak teras bolasepak di Indonesia agar ia bangkit disegani dunia," kata Fatih Terim. PSSI menyambut baik usaha kerajaan Indonesia untuk mendapatkan Fatih Terim tetapi samaada kerajaan Indonesia serius atau tidak, itu yang yang menjadi persoalan bagi PSSI. Cuma PSSI berharap sekiranya Terim diambil menjadi jurulatih, masyarakat diharap tidak mengharapkan perubahan sekelip mata. "Terim bukanlah superman yang mampu mengubah pasukan kebangsaan kita dengan cepat. Dia perlukan masa untuk mengenal bolasepak kita dan segala perkara yang berkaitan," ujar Nugraha Besoes, Setiausaha Kehormat PSSI. Ketika ini, pasukan Indonesia dilatih oleh Alfred Riedl sehingga 2012.

Thailand
BEC-Tero Sasana melantik Peter Butler sebagai Ketua Jurulatih terbaru kelab tersebut menggantikan Amaya yang dikhabarkan gagal dan menyebabkan ramai pemain meninggalkan pasukan tersebut disebabkan gaya kejurulatihannya. Peter Butler adalah bekas jurulatih di dalam Liga Malaysia sebelum ini iaitu jurulatih untuk pasukan Sabah dan Kelantan sebelum bertukar angin sebagai Pangarah teknikal di Yangon FC di Myanmar. Tugas sebenar Butler akan bermula musim depan untuk menaikkan semula nama BEC-Tero Sasana kerana aksi kurang memberansangkan ketika ini. Pada musim ini, Butler mungkin berjaya menyelamatkan kelab ini daripada jatuh ke divisyen bawah dan tugasnya nampak mudah disebabkan musim yang hampir menutup tirainya.

Filipina

Kemenangan 5-0 ke atas Macau mungkin akan membangkitkan semula semangat Filipina untuk menghadapi Kelayakkan Piala AFF yang dijadualkan bermula pada 22 Oktober ini. Ini adalah perlawanan persahabatan ketiga mereka setalah tewas 4-2 kepada Hong Kong dan seri 1-1 menentang Taiwan. Kemampuan Filipina yang mampu mencari gol di saat ketinggalan menunjukkan semangat dan kekentalan pemain untuk memperjuangkan nama Filipina di peringkat Asean ketika ini. 

 Vietnam

Vietnam tewas 3-1 kepada pasukan Kuwait pada perlawanan persahabatan mereka yang terbaru. Sebelum itu, mereka tewas kepada pasukan India dengan jaringan yang sama. Semua jaringan adalah pada separuh masa kedua dengan Vietnam yang membuka jaringan terlebih dahulu sebelum bolos 3 gol dalam masa 20 minit terakhir. Walaupun begitu, dikhabarkan mereka beraksi lebih baik berbanding ketika tewas di tangan India sebelum ini.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails