Pages


Monday, October 11, 2010

Berita sekitar Asean

Thailand

Leicester United menewaskan pasukan Thailand 2-0 di Suphachalasai Stadium in Bangkok. Perkara menarik yang dibincangkan ialah pasukan Thailand hanya dibarisi oleh beberapa pemain dari 3 buah kelab utama dan rata-rata penyokong tidak memakai pakaian dan jersey yang melambangkan skuad kebangsaan mereka. Hanya beberapa bendera Thailand dikibarkan oleh 5000 peminat yang hadir. 

Indonesia

Keadaan pemain-pemain Indonesia yang semakin ramai cedera meresahkan Alfred Riedl, jurulatih Indonesia. Menjelang perlawanan persahabatan menentang Maladewa 12 Oktober ini, ada lima pemain yang harus pulang kerana cedera seperti Ricardo Salampessy, Zulkifli Sukur, Eka Ramdani, Atep, dan Arif Suyono. "Semuanya harus dipulangkan dalam waktu seminggu terakhir. Seumur hidup saya belum pernah menghadapi seperti ini," tambahnya.

Vietnam

Dari 2 hingga 6 November 2010, Vietnam akan mengadakan kejohanan VFF Cup. 3 pasukan yang dijemput menyertai kejohanan ini ialah Singapura, Korea DPR dan Korea Selatan U23. Kejohanan ini akan dijalankan di Stadium My Dinh, Hanoi.

Filipina

Pasukan Filipina seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan mereka menentang pasukan Taiwan baru-baru ini. Pasukan mereka akan menentang Macau pula pada 12 Oktober ini.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails