Pages


Monday, August 8, 2011

UTUSAN | Tiada Sebab Rajagobal Panik


Bagi skuad negara, ia umpama sekadar memenuhi jadual latihan pusat tetapi bagi Selangor, aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin mampu memusatkan semula perhatian dan semangat pasukan menjelang Piala Malaysia, 6 September ini.

Anak buah Datuk K. Rajagobal yang gagal melepasi Singapura dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, baru-baru ini, tewas dengan jaringan tunggal penyerang Selangor, Rudie Ramli menerusi rembatan kaki kiri separuh voli dari luar petak penalti.

Pelbagai gandingan pemain termasuk yang kembali dipanggil ke kem Wisma FAM sejak Rabu lalu, dicuba menentang barisan bimbingan K. Devan seperti Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah, Mohamad Azmi Muslim dan Khyril Muhymeen Zambri mahupun Joseph Kalang Tie.


Kata Rajagobal: "Ada pemain yang sekadar mampu bermain pada peringkat liga dan ada yang dipanggil semula selepas baru pulih daripada kecederaan, memerlukan lebih banyak masa dan pendedahan perlawanan untuk mendapatkan balik prestasi sebenar mereka.

"Tidak perlu panik (dengan kekalahan tipis kepada pasukan ketiga terbaik Liga Super 2011). Tujuan perlawanan ialah menguji pemain dan gandingan mereka dan menilai kemampuan tertentu. Ada juga yang dipanggil kembali itu memuaskan hati saya," katanya.

Rajagobal juga tidak dapat memastikan sama ada dia sudah beroleh lawan gantian bagi mengisi jadual latihan pusat dari 3 hingga 15 Ogos ini, selepas dua perlawanan persahabatan dengan Oman, Rabu ini dan Indonesia, minggu depan, dibatalkan atas sebab tertentu.

Sementara itu, pengurus pasukan baru Selangor, Datuk Hamidin Amin berkata, ia tetap satu suntikan semangat yang dicari-cari buat Gergasi Merah biarpun hanya menerusi perlawanan persahabatan pertama pramusim Piala Malaysia 2011.

Merah Kuning yang melepaskan tonggaknya, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan Asraruddin Putra Omar ke skuad negara kelmarin, berdepan laluan yang lebih mudah apabila diundi dengan Kuala Lumpur, T-Team dan Polis Diraja Malaysia dalam Kumpulan D Piala Malaysia.

Selangor yang kemarau gelaran musim ini setelah sekadar meraih tempat ketiga Liga Super dan terkandas pada separuh akhir Piala FA, turut mengatur enam lagi perlawanan persahabatan sepanjang Ramadan ini dengan kebanyakannya di Lembah Klang sahaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails