Pages


Sunday, August 29, 2010

RG bawa 4 Muka Baru


Izzat Faris Ramlan, Gary Steven Robbat, Fadhli Shas dan Khairul Fahmi Che Mat telah disenaraikan untuk berangkat ke Doha, semalam.

Keempat-empat mereka diberi peluang untuk mendapatkan tempat dalam skuad RG untuk Sukan Asia 2010 di Guangzhou, yang dijadualkan pada November ini.


Empat pemain yang digugurkan daripada skuad ini ialah dari skuad Harimau Muda, iaitu, Faizal Muhammad, Fandi Othman, Wan Zack Haikal dan Zamir Selamat.

Skuad negara bakal menentang kelab dari Divisyen 2 Qatar, Al-Jaish esok, sebelum menentang Oman, 4 hari berikutnya. Rajagobal berpeluang meletakkan pemain-pemain terbaik semasa menentang Oman untuk menambah pengalaman antarabangsa mereka. Rajagobal juga mungkin akan mencampur adukan skuadnya semasa perlawanan menentang Al-Jaish untuk melihat kemampuan gandingan baru.

"Oman adalah pasukan yang kuat dan kita perlu lihat pemain mana yang akan disenaraikan untuk perlawanan. Paling penting, semua pemain-pemain hendak main dan kita akan cuba bagi semua mereka peluang."

Senarai Nama Pemain ke Qatar


1- Sharbinee Alawee Ramli
2- Khairul Fahmi Che Mat
3- Aidil Zafuan Abd Radzak
4- Muslim Ahmad
5- Nasriq Baharom
6- Sabre Mat Abu
7- Asrarudin Putra Omar
8- Azmi Muslim
9- Fadhli Shas
10- Mahali Jasuli
11- Amar Rohidan
12- Gary Steven Robbat
13- Safiq Rahim
14- Gurusamy Kovindasamy
15- Kunalan Subramaniam
16- Kyril Muhaimeen Zambri
17- Baddrol Bakhtiar
18- Ahmad Fakhri Saarani
19- Faizal Abu Bakar
20- Izzaq Faris Ramlan
21- Norshahrul Idlan Talaha
22- Zaquan Adha Abd Radzak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails