Pages


Monday, August 30, 2010

Yob dapat sentuhan Fandi


NAMA Fandi Ahmad tidak asing lagi di kalangan peminat bola sepak tempatan dan kelibatnya sekali lagi bakal disaksikan apabila bekas penyerang kebangsaan Singapura itu ke Malaysia selepas cuti Aidilfitri nanti. 

NAMA Fandi Ahmad tidak asing lagi di kalangan peminat bola sepak tempatan dan kelibatnya sekali lagi bakal disaksikan apabila bekas penyerang kebangsaan Singapura itu ke Malaysia selepas cuti Aidilfitri nanti.


Penyerang yang terkenal dengan ketajaman dan lonjakan depan gol akan menurunkan segala ilmu kepada penyerang Perak pada kempen Piala Malaysia ini, dengan skuad Seladang mengharapkan dapat meneruskan peningkatan prestasi ditunjukkan pada penghujung kempen Liga Super.

Inisiatif ini diilhamkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim diharap dapat membantu menyemarakkan jentera serangan Perak yang meledakkan 25 gol dalam liga - jumlah keempat terendah antara 14 pasukan.

“Fandi akan datang ke Perak selepas Hari Raya nanti. Dia akan mengadakan klinik bola sepak untuk kanak-kanak. Di samping itu dia akan membantu persiapan pasukan Perak bagi kempen Piala Malaysia ini,” katanya.

Abdullah Hishan juga memiliki cita-cita besar untuk meneruskan khidmat Fandi bagi musim depan tetapi bekas penyerang Singapura, Kuala Lumpur dan Pahang itu sudah menandatangani kontrak untuk mengendalikan FC Groningen dari Belanda, yang pernah diwakilinya daripada 1983 ke 1985.

“Ketika itu Fandi baru menamatkan kontrak dengan Pelita Jaya dari Indonesia, tetapi dia memberitahu saya dia sudah menerima tawaran FC Groningen bagi musim depan,” katanya.

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails