Pages


Wednesday, September 1, 2010

Keputusan Persahabatan Malaysia

30 Ogos 2010, Malaysia turun menentang pasukan kelab Al-Jaish dari divisyen 2 Qatar. Ia adalah untuk pemanas badan sebelum turun menentang Oman pada 3 September nanti. Sebelum berangkat RG telah mengatakan bahawa perlawanan menentang Al-Jaish akan digunakan untuk menguji beberapa pemain muda yang dibawanya.
 Menurut sumber, pasukan negara tewas tipis kepada kelab tersebut dengan keputusan 2-1. Fakri Saarani menyumbang 1 gol untuk skuad negara tetapi selepas itu, beliau dikenakan kad merah. 
Tiada maklumat senarai pemain yang RG letakkan sebagai pemain utama, tetapi, dari maklumat yang kita dapat, pemain taruhan negara, Norshahrul Idlan Talaha dan juga Zaquan Adha telah mengalami kecederaan.

Ini mungkin akan mengganggu perancangan RG untuk menentang Oman yang rankingnya jauh lebih tinggi dari Malaysia iaitu 81 dunia. Pemain penggempur yang RG masih boleh pertaruhkan ialah Khairyl Muhaimeen dan Faisal Abu Bakar. Perlawanan menentang Oman dijadualkan pada 3 Sept 2010 jam 9 malam Qatar, iaitu 2 pagi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails