Pages


Wednesday, August 3, 2011

Indonesia lawan Malaysia di Kuala Lumpur?

Lawan untuk 10 Ogos 2011 sudah pun kita tahu iaitu pasukan Oman di mana pemain-pemain kebangsaan yang dipanggil sudah mula mendaftar diri di Wisma FAM untuk persiapan perlawanan persahabatan ini.

Walaupun begitu, berita terbaru mengatakan bahawa perlawanan menentang Oman ini telah ditunda ke satu tarikh lain yang akan diberitahu kelak. Namun, perlawanan tersebut telah digantikan dengan skuad kebangsaan turun menentang pasukan dari Liga Super iaitu Selangor FA pada 6 Ogos 2011 (hari sabtu jam 10 malam di Stadium Shah Alam)

Yang menjadi tanda tanya adalah satu lagi perlawanan yang pihak FAM sebutkan tempohari iaitu 15 Ogos 2011 yang masih belum diketahui lawannya. 

Sebuah akhbar online di Indonesia, Kompas Bola dipetik berkata bahawa pasukan Indonesia akan bertandang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan pada 14 Ogos 2011 untuk persediaan Kelayakan Piala Dunia Pusingan ke 3 Zon Asia.

Menurut Ketua Umum PSSI yang baru, Djohar Arifin Husin, mengikut perancangan awal, perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos di Stadium Gelora Bung Karno tetapi Malaysia menolak. "Mereka tidak bersedia, jadi kita akan ke sana (Malaysia) pada 14 Ogos," ujar beliau lagi. 

Sejauh mana kebenaran berita ini cumalah dapat dipastikan setelah FAM membuat kenyataan berhubung perkara ini. Sekiranya benar, Indonesia akan bertandang ke Kuala Lumpur samaada pada 14 atau 15 Ogos nanti. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails