Pages


Wednesday, August 3, 2011

Fowlermania di Thailand


Fowlermania adalah gambaran fenomena terhadap kehadiran Robbie Fowler yang tiba di Thailand untuk menyertai kelab Muang Thong United pada 8 Julai 2011. Beliau akan memakai jersi nombor 9 seperti mana nombor jersi lama ketika beliau bersama Liverpool satu masa dahulu.

Fowler menandatangani kontrak untuk setahun bersama Muang Thong United dan telah menolak tawaran daripada kelab Plymouth Argyle yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan Thailand, Peter Ried. 

Liga Perdana Thailand sedang mengorak langkah kehadapan bermula dengan kehadiran Fowler ini yang sememangnya dianggap sebagai pemain bertaraf bintang oleh dunia. Walaupun sudah menjangkau usia 36 tahun dan agak berisi, itu bukanlah faktor mengatakan perjanjian ini adalah sia-sia. Ramai pemain-pemain yang berusia lebih dari 36 tahun pun masih beraksi seperti Aleksandar Duric (Singapura) berusia 41 tahun dan Therdsak Chaiman, 37 tahun. 

Thailand sudah berada dalam peta bolasepak dunia dan yang paling utama adalah kesan kepada Muang Thong United dikemudian hari kerana berjaya menandatangani salah seorang bekas pemain bertaraf dunia seperti Robbie Fowler. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails