Pages


Thursday, August 4, 2011

Malaysia tolak Oman kemudian Indonesia


Berita terbaru yang sampai ke pengetahuan umum ketika ini adalah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menolak permohonan Indonesia untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2011. Menurut laman web bolasepak dari Indonesia, BolaIndo.com, FAM baru menghantar faks untuk membatalkan perlawanan persahabatan ini tanpa alasan yang jelas. 

Indonesia sememangnya sedang mencari lawan untuk menguji pasukan mereka sebelum pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 bermula. Antara calon-calon lain adalah Jordan, Oman, Australia dan juga Korea Utara. Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) sekurang-kurangnya mahu mengadakan 2 perlawanan persahabatan dalam bulan Ogos ini untuk menguji skuad kebangsaan mereka. 

Setakat ini perlawanan yang melibatkan skuad senior Malaysia cumalah menentang pasukan Selangor FA pada 6 Ogos ini. Apakah yang FAM sedang rancangkan untuk skuad senior kebangsaan? Perlawanan persahabatan menentang Oman yang sepatutnya berlangsung pada 10 Ogos ini turut ditunda dan kemungkinan besar akan dibatalkan. 

Pemain-pemain kebangsaan sudah dipanggil menjalani latihan pusat, tetapi 2 perlawanan kompetetif yang sepatutnya kita boleh jalani pada 10 dan 14 Ogos ini pula ditunda (dibatalkan?). Hanya menentang pasukan berstatus negeri dari Liga Super sahaja yang FAM berikan pada pemain-pemain yang sedang menjalani latihan pusat ketika ini. 

Berbeza dengan PSSI yang berusaha sehabis baik mencari perlawanan persahabatan untuk skuad kebangsaannya, FAM pula mengelak untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Apa perancangan FAM sebenarnya? Tidak layak ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia tidak menghalang anda untuk terus mencari perlawanan persabatan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails