Pages


Tuesday, November 30, 2010

Indonesia Siap Sedia Hadapi Malaysia

Pasukan Indonesia sudah menghantar senarai pemain mereka untuk ke Piala AFF Suzuki 2010 yang bakal berlangsung esok. Menurut jurulatih Indonesia, Alfred Riedl, pasukannya dalam keadaan bersedia untuk meraih kemenangan dalam perlawanan esok. 

Pasukan Indonesia bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain naturalisasi mereka iaitu El Loco dan Irfan Bachdim. El Loco ataupun Christian Gonzales sudah mencetak 3 gol setakat ini dalam 2 penampilan awal bersama pasukan Indonesia. 


Ramalan umum, Riedl bakal meletakkan El Loco di bahagian depan untuk perlawanan menentang Malaysia dan El Loco dikatakan sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab tersebut sekiranya disenaraikan. 

"Saya belum pernah menentang Malaysia, oleh sebab itu saya tidak tahu bagaimana cara permainan mereka. Malam ini, saya bersama-sama rakan sepasukan dan jurulatih akan menyaksikan rakaman perlawanan Malaysia. Saya akan cuba pelajari permainan mereka, " ujar El Loco.

Sementara itu, pihak polis Indonesia juga sudah bersiap sedia untuk mengawal perlawanan antara dua musuh di  Asean ini. Sebanyak 2000 polis bakal di tempatkan di sesuatu kawasan sekitar Stadium Gelora Bung Karno untuk mengawal keadaan kedua-dua penyokong. Menurut Ketua Unit Perhubungan Awam Polis Indonesia, Boy Rafli Amar, pengalaman pihaknya dalam mengawal perlawanan-perlawanan tempatan yang melibatkan penyokong fanatik bakal digunakan dalam mengawal perlawanan ini.

Senarai penuh pasukan Indonesia ke Piala AFF Suzuki 2010:

Penjaga Gawang
Markus Haris Maulana, Kurnia Meiga Hermansyah, Ferry Rotinsulu

Pertahanan
Maman Abdurahman, Hamka Hamzah, M. Nasuha, M. Roby, Zulkifli Syukur, Beny Wahyudi, M. Ridwan,M. Roby, Yesaya Desman

Tengah
Eka Ramdani, Arif Suyono, Firman Utina, Oktovianus Maniani, Tony Sucipto, Ahmad Bustomi


Penyerang
Irfan Bachdim, Christian Gonzales, Bambang Pamungkas (C), Yongki Aribowo, Johan Juansyah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails