Pages


Saturday, November 27, 2010

Liga M: Tiada pasukan tersingkir

TIADA pasukan yang akan disingkirkan daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan akibat tidak membayar caruman pemain kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, FAM dimaklumkan bahawa kesemua pasukan telah menjelaskan baki caruman kepada KWSP atau membayar secara ansuran.

Hamidin berkata, FAM berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan terlibat dalam menyelesaikan tunggakan KWSP pemain, namun masih ada beberapa perkara kecil yang kini dalam proses penyelesaian akhir.


"Hampir setiap tahun sejak Liga M diperkenalkan pada 1994, masalah pasukan membayar caruman KWSP pemain timbul, sehingga mencecah angka RM5.4 juta 

"Sebelum ini, kita telah menetapkan piawaian perlu dipatuhi oleh pasukan yang bermasalah bagi menyelesaikan masalah jika ingin bertanding pada musim hadapan.

"Saya rasa gembira apabila ia mendapat tindak balas positif daripada semua pasukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Hamidin berkata, FAM akan memastikan pada masa hadapan, kebajikan pemain bola sepak tempatan akan lebih terjamin apabila kesemua pasukan mengambil berat tentang pembayaran caruman KWSP.

Sebelum ini, FAM meletakkan syarat akan menyingkirkan mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan tunggakan KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum 30 Oktober lalu.

Hamidin berkata, FAM akan memastikan bahawa semua pemain yang menyertai Liga M edisi 2011 mendapat perlindungan insurans.

"Kita akan hanya memi- lih syarikat insuran terbaik bagi memastikan bahawa setiap pemain yang bermain dalam liga tempatan mendapat perlindungan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata, empat buah syarikat insurans telah membida dan FAM akan memperhalusi perkara itu sebelum memilih syarikat terbaik.

Menyentuh mengenai jadual perlawanan Liga M 2011, Hamidin berkata, sebahagian besar pasukan yang bertanding bersetuju untuk mengadakan perlawanan pada sebelah malam.

"Setelah mendapat persetujuan daripada semua pasukan FAM telah memutuskan untuk mengadakan perlawanan Liga Malaysia 2011 pada sebelah malam," katanya.

Sebelum ini, FAM memberi kelonggaran kepada pasukan yang menyertai Liga M untuk memilih jadual perlawanan sama ada pukul 4.15 petang dan 8 malam (Sabah/Sara- wak) dan 5 petang dan 8.45 malam di Semenanjung Malaysia.

sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails