Pages


Sunday, November 28, 2010

Senarai lengkap Thailand ke Piala AFF Suzuki 2010

Thailand sudah menghantar senarai 22 pemain untuk Piala AFF Suzuki 2010 dengan menyenaraikan skuad yang hampir lengkap secara keseluruhannya. Cuma mereka kehilangan penjaga gawang utama mereka iaitu, Kawin Thamsatchanan yang patah tangan semasa latihan.

Therdsak Chaiman turut masuk dalam senarai pemain yang dihantar walaupun tidak terlibat dalam sebarang aksi pemanas badan sebelum ini. Therdsak adalah pemain terbaik kejohanan Piala AFF Suzuki 2002 sebelum ini. 

"Saya tahu apa yang Therdsak boleh lakukan, jadi pada saya, tidak perlu dia bermain dalam aksi persahabatan," ulas Bryan Robson, jurulatih Thailand.

Senarai lengkap skuad Thailand ke Piala AFF Suzuki 2010:

Penjaga Gawang
Sinthaweechai Hathairattanakool (Chonburi FC) dan Sivaluk Tedsungnern (Buriram PEA)

Pertahanan
Panupong Wongsa, Nataporn Phanrit (Muang Thong United), Chonlatit Jantakam, Suttinun Phukhom, Suree Sukha, Natthaphong Samana (Chonburi FC) dan Teeratorn Boonmathan (Buriram PEA)

Tengah
Suchao Nutnum, Rangsan Vivatchaichok (Buriram PEA), Datsakorn Thonglao, Naruepol Ar-romsawa, Phichitphong Cheuichieu (Muang Thong United), Wichaya Dechmitr, Sutee Suksomkit (Bangkok Glass FC), Therdsak Chaiman (Chonburi FC) dan Surat Sukha (Melbourne Victory)

Penyerang
Teerasil Dangda (Muang Thong United), Sarayoot Chaikamdee (Thai Port FC), Teerathep Winothai (BEC Tero) dan Kirati Keawsombut (Buriram PEA)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails