Pages


Tuesday, November 30, 2010

Tunjuk peningkatan - Rajagobal


BIARPUN Malaysia dianggap pasukan underdog pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Indonesia yang dijadualkan bermula esok (1 Disember), namun jurulatih K. Rajagobal tetap yakin skuad bimbingannya mampu menyaingi kehebatan pasukan lawan.

Dengan sebilangan besar pemain yang disenaraikan adalah pemain muda, Rajagobal berharap kejohanan itu dapat menjadi medan pendedahan untuk mereka melangkah jauh sebagai pemain profesional.

"Sudah pasti dalam setiap pertandingan kita mengharapkan kemenangan, namun sudah cukup bagi saya jika pemain kita mampu menunjukkan peningkatan ketika beraksi nanti," katanya semalam.

Mengulas mengenai saingan yang bakal dihadapi pada kejohanan itu kelak, beliau berkata, halangan besar yang perlu dihadapi ialah Indonesia yang mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah serta musuh tradisi, Thailand yang merupakan naib johan edisi 2008.

Rajagobal berkata, sekiranya skuad negara berjaya memperoleh kejayaan, ia adalah bonus bagi pasukannya tetapi beliau tetap realistik dalam membuat sasaran dengan mengambil kira kekuatan pasukan lawan.

Pada 2008, Malaysia hanya mampu menumpaskan Laos pada saingan pertama.

Vietnam muncul juara pada kejohanan edisi 2008 itu.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A, dijadualkan menentang Indonesia (1 Disember) diikuti Thailand (4 Disember) dan Laos pada 7 Disember. 
sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails