Pages


Thursday, November 25, 2010

Kini Giliran Vietnam

Setelah Singapura, Filipina dan Indonesia mengambil pemain-pemain luar ataupun naturalisasi untuk pasukan kebangsaan masing-masing, kini Vietnam pula mengambil langkah yang sama. 

Singapura dan Filipina seperti yang diketahui memiliki ramai pemain naturalisasi untuk pasukan kebangsaan mereka, tetapi pasukan Indonesia setakat ini hanya memanggil dua yang layak setakat ini iaitu Christian Gonzales dan Irfan Bachdim.

Vietnam baru memanggil 4 pemain naturalisasi mereka iaitu Huynh Kesley (penyerang), Nguyen Rogierio atau Nguyen Hoang Helio (pertahanan) dan Hoang La (penjaga gol). Kecuali Hoang La yang berasal dari Ukraine, yang lain merupakan pemain Brazil-Vietnam. Setakat ini dalam senarai awal pemain ke AFF belum menyenaraikan nama mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails