Pages


Monday, November 29, 2010

Senarai lengkap Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2010

Jurulatih Malaysia, K. Rajagobal telah menyenaraikan 22 pemain yang bakal mengalas tugas ke Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia bermula 1 Disember ini. Mungkin mengejutkan ramai pihak, penyenaraian Amri Yahya ke dalam pasukan Malaysia adalah diluar jangkaan ramai. 
Ini kerana, ura-ura mengatakan bahawa Indraputra bakal mendapat kepercayaan Rajagobal tetapi akhirnya Amri Yahya yang tersenarai. Amri Yahya mungkin adalah penyelamat kepada kepincangan pasukan kebangsaan pada ketika ini yang dibelenggu masalah kecederaan beberapa pemain utama.
Menurut Rajagobal, pemilihan Amri berdasarkan faktor pengalaman dan keperluan skuad kebangsaan yang amat kritikal di bahagian serangan.
''Saya memikirkan bahagian serangan adalah posisi paling penting pada masa sekarang dan atas faktor saya terpaksa memilih Amri berbanding Indra yang lebih bertindak sebagai pemain sayap.
''Saya juga tidak dapat memasukkan Indra kerana dia baru sahaja menjalani latihan dengan skuad kebangsaan hari ini. Jadi saya bimbang dengan tahap kecergasannya sama ada dia benar-benar bersedia atau tidak beraksi di sana, '' ulas Rajagobal pada wartawan Utusan ketika dihubungi.
Tiada kejutan lain di dalam pasukan Malaysia, tetapi ketiadaan Azmi Muslim dan Baddrol Bakhtiar mungkin bakal dirasai oleh peminat-peminat bolasepak negara. Ini kerana mereka adalah tunjang dalam pasukan Rajagobal sebelum ini. 
Senarai 22 pemain yang tersenarai ke Piala AFF Suzuki 2010:
Panjaga Gawang: Khairul Fahmi (Kelantan), Sharbinee Allawie (Terengganu)
Pertahanan: Asrarudin Putra, Razman Roslan (Selangor), Khairul Helmi Johari, Sabre Abu (Kedah), Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Mohd Faizal Mohammad (HM A)
Tengah: Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Amri Yahyah (Selangor), Amar Rohidan, Khyril Muhymeen, Faizal Abu Bakar (Kedah), K. Gurusamy (HM A), S. Kunalan (Negeri Sembilan)
Penyerang: Safee Sali (Selangor), Shahrul Idlan (Kelantan), Ashaari Samsuddin (Terengganu), Izzaq Faris (HM A)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails