Pages


Sunday, November 7, 2010

Rajagobal: Kyrgyztsan penuh misteri


SKUAD bola sepak negara memulakan kempen Sukan Asia Guangzhou 2010 menentang Kyrgyztsan esok, tetapi pengendali K Rajagobal menyifatkan lawan itu penuh dengan ‘misteri’. 

Ini kerana ketua jurulatih itu mengakui hingga semalam, dia belum mendapat gambaran sebenar kekuatan lawan hingga menyukarkannya untuk merencana strategi terbaik menjelang pertembungan pertama Kumpulan A itu. 

“Saya cuba merisik tetapi hingga hari ini, saya belum mendapat gambaran sebenar kekuatan mereka. Cuma yang saya agak, lawan sudah tentu mempunyai barisan pemain fizikal tegap dan sasa, sama seperti Uzbekistan,” katanya selepas sesi latihan di Stadium Huagong, semalam.

Rajagobal yang terpaksa melupakan khidmat sebahagian besar tonggak gara-gara kecederaan, mengakui walaupun ranking lawan berada di bawah skuad negara, dia tidak mahu ia dijadikan ukuran untuk pemain memandang rendah keupayaan lawan.

“Kedudukan ranking bukan penentu kemenangan kerana ia tidak membawa sebarang makna. Apa yang penting, adalah prestasi pemain pada hari perlawanan. Pasukan ternama yang mempunyai ranking lebih baik juga tewas kepada pasukan ranking bawah.

“Inilah bola sepak dan semuanya serba kemungkinan hingga ada kalanya melucukan,” katanya.
Selain Kyrgyzstan, skuad negara akan menentang Jepun dan tuan rumah, China dalam Kumpulan A.

Pada Sukan Asia Doha 2006, pasukan negara gagal melepasi halangan peringkat Kumpulan E apabila tewas semua tiga perlawanan menentang Oman 3-1, China 3-1 dan Iraq 4-0. 

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails