Pages


Wednesday, September 29, 2010

Beukering siap sedia hadapi Uruguay

Pasukan Indonesia sedang menyiapkan pasukannya untuk berdepan Uruguay 8 Oktober ini. Cerita menarik disamping pertemuan dengan Uruguay adalah 5 pemain yang dikatakan bakal menyarung jersi kebangsaan Indonesia buat pertama kalinya. Bukanlah pemain tempatan yang dimaksudkan, tetapi pemain-pemain dari luar Indonesia (Belanda) yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk bersama Indonesia.

Sergio van Dick  (Adeleid United), John van Beukering (Go Ahead Eagles), David Ririhena (Top Oss), Tom Hiariej (Groningen) dan Micael Timisela (VVV Venlo) adalah senarai awal yang bersetuju menyarung jersi kebangsaan Indonesia. 

Selain itu, PSSI juga sedang mencari bakat-bakat muda di sana yang boleh diserap sebagai pemain kebangsaan Indonesia untuk Sukan Sea 2011.

Setakat ini belum ada sekatan dari Badan Bolasepak Dunia, FIFA. 

Menurut van Beukering, dia dijemput untuk menyertai pasukan Indonesia menentang Uruguay dan Honduras yang dijualkan pada 8 dan 12 Oktober ini. 

"Uruguay adalah pasukan keempat terbaik dalam Piala Dunia 2010. Honduras juga adalah pasukan yang bagus. Jadi, ini adalah perlawanan yang menarik," ulas van Beukering. 

Tahun 2009, dia pernah dipanggil menyertai Indonesia tetapi Peraturan FIFA ketika itu menghalang hasratnya untuk datang. Dan setelah FIFA membenarkan pemain-pemain yang mempunyai beberapa kerakyatan untuk memilih pasukan peringkat nasional mereka, van Beukering nampaknya teruja untuk datang ke Indonesia. 
"Jadi, tunggu saja hasilnya," ujar beliau mengenai permainan pertamanya nanti bertemu Uruguay.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails