Pages


Tuesday, September 28, 2010

Indonesia dan Singapura = Bakat Luar

Kalau dulu kita pernah bercakap tentang Singapura FA dengan bakat-bakat importnya yang beraksi untuk negara mereka. Singapura adalah negara Asean pertama yang menggunakan bakat luar untuk memperkuatkan skuad negaranya dengan memberikan kewarganegaraan pada mereka. Jurulatih Singapura, Radojko Avramovic pernah mengeluarkan kenyataan dan pendirian beliau mengenai perkara ini disebabkan kritikan-kritikan luar tentang pasukan Singapura pada ketika ini.

"Di Singapura ada dua kes. Yang pertama adalah bahawa beberapa pemain telah menghabiskan seluruh hidup mereka di Singapura. Kes kedua adalah bahawa beberapa orang datang ke sini untuk bermain bola sepak, tinggal enam atau tujuh tahun, berkahwin, punya anak dan ingin menjalani hidup mereka di Singapura. Mereka mendapatkan pasport tanpa penglibatan dari FA."

"Dan kemudian ada pemain muda yang datang ke sini. Kami mengikuti mereka dan jika mereka mempunyai potensi untuk bermain untuk pasukan kebangsaan, kami melihat apakah mereka bersedia melakukannya."

Itu ialah kes Singapura dengan pemain-pemain import peringkat nasional mereka. Sekarang ini, Indonesia FA pula mengambil langkah seakan-akan Singapura FA tetapi berbeza cara. Indonesia cuba mengesan pemain yang ada kewarganegaraan Indonesia yang bermain di luar liga Indonesia. Kewarganegaraan ini samaada mereka dapat daripada ibu, bapa, datuk dan sebagainya. Dan mereka ini belum beraksi diperingkat senior antarabangsa. Negara yang mereka pergi untuk mencari bakat "terpendam" ialah Belanda, negara yang mempunyai banyak individu yang mempunyai kerakyatan Indonesia. 

Iman Arif, Ketua Badan Tim Nasional (BTN), dan jurulatih nasional Alfred Riedl telah berada di Belanda sejak awal bulan ini untuk mencari pemain yang tertarik untuk bermain dengan pasukan Indonesia. Setelah menonton beberapa pertandingan, terutama di Piala Belanda, dan berbicara dengan beberapa pemain, Iman dan Riedl mengeluarkan senarai 46 calon berkemungkinan.

Salah satu prospek terbaik ialah penyerang berusia 26 tahun, John Van Beukering, dari kelab divisyen dua, Go Ahead Eagles. Van Beukering, yang datuknya adalah orang Indonesia, memulakan kerjayanya dengan pasukan muda De Graafschap sebelum dia bertukar ke akademi Vitesse.

Kompas.com melaporkan bahawa dua pemain telah bersetuju untuk menyertai skuad Indonesia dan bakal ke sana semasa latihan pusat kedua dan beraksi menentang Uruguay 8 Oktober nanti. Mereka ialah Sergio van Dijk dan John van Breukeling.

"Kami berharap kami boleh membawa empat atau lima pemain kembali ke Indonesia. Sekarang kita memilih pemain yang berkualiti, " kata Iman Arif.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails