SALAM AIDILFITRI 2010
Zaquan Diketepikan Enam Bulan
Pemain penyerang kebangsaan dan Negeri Sembilan Zaquan Adha Abdul Radzak akan berehat selama enam bulan selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kirinya.
Zaquan akan terlepas aksi di Sukan Asia 2010, Piala AFF 2010 dan Piala Malaysia.
Dia mengalami kecederaan ketika mewakili Malaysia menentang kelab Qatar, Al-Jaish di Doha pada 30 Ogos lalu dan melakukan pemeriksaan di Hospital Pantai, Ampang semalam sekembalinya ke tanah air kelmarin.
Zaquan akan menjalani ujian imbasan resonan bermagnet (MRI) disusuli pembedahan ACL selepas Aidilfitri nanti. Dia mengalami kecederaan yang sama pada lutut kanannya sehingga menyebabkan dia terlepas peluang ke Sukan Asia di Doha pada 2006.

sumber: Utusan
ISN Tubuh Skuad Khas Bantu Skuad Liga Super
Institut Sukan Negara (ISN) akan membentuk sebuah pasukan khas bagi memantau setiap perlawanan bola sepak Liga Super pada musim hadapan. Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata unit itu akan mengkaji pengaturan dan pengurusan perlawanan bagi semua pasukan yang bersaingan dalam liga itu.
"Hasil daripada kajian itu akan diserahkan kepada pihak Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk diguna pakai oleh badan induk sukan bola sepak itu," katanya kepada Bernama di sini, pada Sabtu. Beliau berkata kaedah yang digunakan adalah dengan cara merakam setiap perlawanan dengan mengunakan kamera video yang diletakan pada setiap penjuru padang.
"Hasil rakaman akan diproses mengunakan perisian khas dan ianya mempunyai keupayaan untuk menilai sesuatu perlawanan," katanya. Ramlan berkata dengan kaedah sains sukan itu jurulatih dapat menilai dan melihat secara teliti apa yang berlaku di padang. Kaedah itu diguna oleh pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lepas dan ia membantu pasukan negara meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos 2009.

sumber: Berita Harian
Undian Rasmi Piala Suzuki (AFF Suzuki Cup 2010)
Tarikh: September 15, 2010 (Rabu)
Venue: Sheraton Hotel, Hanoi
Juara: USD 100,000
Naib Juara: USD 50,000
Layak Ke Pusingan Utama : USD 15,000
Pusingan Utama: Disember 1-29. 2010
Kumpulan A: Indonesia, Thailand, Malaysia, Juara Pusingan Kelayakan
Kumpulan B: Vietnam, Singapura, Myanmar dan Naib Juara Pusingan Kelayakan
Pusingan Kelayakan: Oktober 22- 30, 2010
Venue: Vientiene, Laos
Pusingan Kelayakan (Satu Pusingan): Laos, Cambodia, Timor Leste dan Philippines

sumber: footballdimos
No comments:
Post a Comment