Pages


Monday, September 27, 2010

Review Piala Malaysia 2010 - Tamat Pusingan 1

Peluang ke Final

Pandangan saya, Negeri Sembilan lebih banyak peluang untuk ke final tahun ini. Yang mengejutkan saya, pilihan kegemaran saya pada awalnya iaitu Terengganu, semakin meleset. Persembahan goyang sepanjang kejohanan ini menyebabkan mereka bukan lagi pilihan ke final. Kelantan yang menjadi pilihan utama saya juga kelihatan terumbang-ambing dalam peringkat kumpulan.  Tetapi peluang untuk Kelantan masih ada. 

Selangor mempamerkan aksi yang baik setakat ini dan mereka adalah pilihan kedua saya untuk ke final. Cabaran daripada pasukan utara tanahair juga jangan dilupakan. Kedah mungkin kelihatan berada pada posisi kurang baik, tetapi mungkin boleh ke final sekiranya mendapat rentak semula pada pusingan kedua. 

Johor FC ialah pasukan yang selalunya membuat kejutan. Mungkin disebabkan itu mereka juga bolehlah diletakkan sebagai pasukan yang berkemungkinan ke final tetapi peratusannya agak kecil. Yang mungkin agak mengujakan ialah aksi Sabah dan Pahang pada ketika ini yang mungkin bakal mengejutkan ramai pihak sekiranya mampu layak ke final. Tetapi, pasukan-pasukan kuat lain seperti Kelantan, Selangor dan Negrei Sembilan mungkin mampu menggagalkan impian mereka.
Inilah pilihan saya mengikut turutan setelah berakhirnya peringkat atau pusingan pertama:

  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Kelantan
  • Kedah
  • T-Team
  • Johor FC
  • Sabah
  • Pahang
-keypadlock-

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails