Pages


Monday, September 27, 2010

Johor FA dan Johor FC

Rasa janggal untuk tidak membincangkan berita panas ketika ini iatu cadangan untuk menggabungkan Johor FA dan Johor FC.

Pendapat peribadi saya, individu yang mengeluarkan cadangan ini ialah individu yang merasa dengki dengan kejayaan Johor FC iaitu pasukan berstatus kelab. Dikatakan dengan kewujudan dua pasukan dalam satu negeri menyebabkan persaingan tidak sihat dan ketidak-seimbangan antara kedua-dua pasukan.

Ini pendapat individu yang mungkin resah dengan kejayaan Johor FC yang mewujudkan pasukan yang mampu bersaing dalam kelompok tertinggi Liga M.

Kenapa baru sekarang baru timbulkan isu sebegini? Kenapa semasa Johor Corp baru mewujudkan pasukan ini, tiada bantahan dari Johor FA? Inilah sikap dengki sesetengah individu yang tidak suka dengan kejayaan yang Johor FC capai setakat ini.

Untuk mengembalikan kegemilangan bolasepak Johor, banyak kaedah lain yang dapat direncanakan. Bukan semata-mata menggabungkan kedua-dua buah pasukan, masalah selesai. Saya amat tidak bersetuju dengan berita penggabungan ini. Johor FC masih releven dalam arena bolasepak Malaysia.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails