Pages


Wednesday, September 1, 2010

Sumbangan peribadi Presiden FAM


Keluarga bekas legenda bola sepak negara, Allahyarham Isa Abu Bakar telah menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah semalam.

Sumbangan peribadi itu disampaikan kepada keluarga Allahyarham oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang menemui mereka di kediaman mereka di Sungai Ara, George Town.


Dalam pertemuan lebih satu jam itu, Azzuddin memberitahu bahawa Sultan Ahmad Shah turut meluahkan perasaan dukacita dengan pemergian rakan baginda itu, Sabtu lalu.

"Sultan Ahmad Shah yang begitu rapat dengan Isa mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham selain meluahkan rasa sedihnya di atas pemergian legenda bola sepak negara itu.

"Tuanku turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada keluarga Isa sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Isteri Isa, Mazlina Md. Ismail, 49.

Allahyarham yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang setelah mengalami batuk berdarah yang teruk, meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Nur Kamalia, 19, Nur Liyana, 21, Nur Aishah, 23, dan seorang anak lelaki, Muhd. Firdhaus, 16.

Azzuddin berkata, Sultan Ahmah Shah juga mengarahkan beliau untuk mendapatkan butir-butir peribadi isteri dan anak-anak Allahyarham bagi memasti- kan bantuan susulan dapat disalurkan kepada mereka sekeluarga.

"Tuanku hendak tahu keadaan keluarga Allahyarham bagi memastikan nasib mereka terbela dan pihak FAM sendiri juga akan membantu mereka sedaya upaya," ujarnya.

Sementara itu, Mazlina yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi bantuan dan soko- ngan kepada keluarganya terutama Sultan Ahmad Shah.

"Banyak sumbangan yang disalurkan kepada kami dan apa yang penting adalah dorongan serta kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan pada masa hada- pan," tambahnya.

Ketika zaman kegemilangannya, Isa banyak menyumbang kepada skuad negara dengan memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran.

Beliau juga turut membantu skuad negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 1977 di Kuala Lumpur setelah membenam Myanmar 8-1.

sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails