Pages


Monday, September 27, 2010

Perlis juara Piala Agong

PASUKAN Piala Emas Raja-Raja Perlis dinobatkan juara Piala Agong 2010 selepas berjaya mengetepikan juara bertahan, Johor 4-0 pada perlawanan pembuka tirai Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 di Stadium Utama Negeri Kangar, semalam.


Bagi Perlis kejayaan penuh bersejarah itu adalah buat kali kedua selepas kali pertama melakukannya 17 tahun lalu apabila menewaskan tuan rumah ketika itu, Kelantan di Stadium Sultan Mohamed ke-1V, Kota Bharu, 3-2 pada 1993.

Perlis berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Agong itu pada edisi ke-43 itu selepas muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2009 edisi ke-42 dengan menewaskan Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar, 2-0.  

Manakala Johor layak beraksi merebut kejuaraan itu adalah dipilih selaku juara bertahan selepas muncul juara bersama dengan Kelantan bagi edisi 2009.

Sejumlah 16 pasukan layak beraksi pada Piala Emas Raja-Raja 2010 yang dibahagikan kepada empat kumpulan yang bakal beraksi di empat gelanggang bermula 5 November ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails