Pages


Sunday, September 19, 2010

Rajagobal beri layanan sama kepada pemain

Lapan pemain skuad Harimau Muda A yang baru tiba dari Slovakia di ibu negara tidak akan diberi keistimewaan semasa sesi latihan pemilihan, demikian ujar Ketua Jurulatih Kebangsaan K. Rajagobal.

Tempoh perjalanan selama 16 jam bukan alasan buat lapan pemain negara tersebut malahan Rajagobal menegaskan mereka perlu membuktikan tahap kecergasan serta keupayaan sebenar sekiranya mahu terpilih ke kejohanan Piala Millenium hujung bulan ini.

"Saya tidak akan memilih pemain saya berdasarkan reputasi sebaliknya semua pemain akan diberi peluang samarata pada sesi pemilihan nanti.

"Pemain yang terpilih mestilah seorang yang positif, mempunyai komitmen yang baik dan pengalaman turut menjadi kriteria utama bagi kesebelasan pemain saya," kata Rajagobal.

Sesi latihan kali ini menampilkan seramai 24 pemain telah dipanggil dan hanya 20 sahaja akan tersenarai bagi menyertai kejohanan yang turut disertai negara seperti Vietnam, Singapura dan Iran.

Turut tersenarai ialah penyerang berbisa Selangor, Safee Sali dan Shakir Ali.

Di samping itu, pemain sayap Kedah Khyril Muhymeen mengalami nasib berbeza apabila namanya digugurkan daripada skuad kebangsaan.

sumber: Arena

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails