Pages


Thursday, September 2, 2010

Khalid terus dibelenggu malang

Sesudah digantung daripada menyertai sebarang pasukan bagi kempen Piala Malaysia, bekas penyerang, Khalid Jamlus terus dibelenggu malang apabila masih belum menerima tunggakan gajinya sejak dua tahun lalu ketika bersama Perak.

Ketika pemain lain sibuk membuat persiapan bagi Aidilfiri sambil berlatih menghadapi kempen Piala Malaysia yang bermula empat hari selepas itu, Khalid kini kebingungan untuk menghadapi hari-hari yang akan datang semakin suram.


SESUDAH digantung daripada menyertai sebarang pasukan bagi kempen Piala Malaysia, bekas penyerang, Khalid Jamlus terus dibelenggu malang apabila masih belum menerima tunggakan gajinya sejak dua tahun lalu ketika bersama Perak.

Ketika pemain lain sibuk membuat persiapan bagi Aidilfiri sambil berlatih menghadapi kempen Piala Malaysia yang bermula empat hari selepas itu, Khalid kini kebingungan untuk menghadapi hari-hari yang akan datang semakin suram.

“Saya sudah tidak dibayar gaji sejak 2008. Bagi pemain lain yang memiliki komitmen dengan pasukan lain, mereka tidak begitu terasa tetapi bagi saya, pihak mana yang nak membantu?

“Sehingga kini mereka sudah membuat bayaran tunggakan, tetapi kepada pemain import saja, bagaimana dengan kami pemain tempatan?” katanya.

Khalid juga terkilan dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang enggan mengeluarkan lesen bermain kepadanya untuk beraksi dengan T-Team selepas menandatangani kontrak dengan mereka.

“Saya berharap FAM dapat memberi kelonggaran memandangkan saya kini tidak dapat beraksi untuk mana-mana pasukan. Kes saya adalah kes istimewa dan diharapkan dapat mendapatkan pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Khalid menandatangani kontrak dengan T-Team, Mei lalu tetapi tidak beraksi satu perlawanan sekali pun buat kelab berpengkalan di Kuala Terengganu berikutan dia masih didaftarkan oleh kelab Liga Perdana, Tentera pada pra-musim.

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails