Pages


Thursday, September 30, 2010

Juara Liga Kemboja = Everton?

Juara Liga Kemboja, Phnom Penh Crown FC akan cuba mengikut kaedah pembangunan pemain Everton serta akan memperkenalkan akademi bolasepak pertama di negara itu, PPCFC Elite Football Academy.

22 pemain yang terpilih bakal mengasah bakat mereka di akademi tersebut tanpa mengorbankan pencapaian akademik mereka.

"Pencarian 'Wayne Rooney Kemboja' bermula," lafaz Rithy Samnang, pemilik kelab tersebut.

"Pemain akan menjalani latihan 6 hari seminggu, 45 minggu setahun, dengan tidak menggangu jadual pembelajaran mereka," kata Bouy Dary, individu yang bertanggungjawab dalam pencapaian akademi mereka.

Pembinaan kelengkapan sedang berjalan lancar, dan apabila lengkap ia bakal menempatkan asrama, tempat rekriasi, tempat latihan, tempat belajar dan tempat persalinan.

"Kami sedang mengikut cara latihan taraf antarabangsa, iaitu 'Kaedah Everton' yang telah melahirkan beberapa nama besar seperti Wayne Rooney, David Unsworth, Fransciss Jeffers dan Richard Dunne, " ujar Rithy lagi.

sumber: AFF Website

edited by -keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails