Pages


Friday, September 24, 2010

Indonesia Premier League vs Indonesia Super League

Indonesia Premier League (IPL) adalah liga yang hendak diwujudkan oleh Arifin Panigoro untuk menandingi Indonesia Super League (ISL) dibawah kelolaan Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI). Sejak beberapa minggu ini, perkembangannya agak menarik perhatian kerana beberapa pasukan besar daripada ISL menyatakan keinginan mereka untuk menyertai IPL. Dikhabarkan IPL menyediakan tawaran yang menarik buat pasukan-pasukan yang bakal menyertai IPL.

Tetapi pada Isnin lalu, mungkin agak melegakan PSSI apabila mesyuarat antara pengurus-pengurus pasukan di Hotel Sultan menyaksikan kehadiran 18 pasukan yang bertanding di ISL. Komitmen yang ditunjukkan agak melegakan PSSI disaat berita beberapa pasukan besar bakal ke IPL makin tersebar. Walaupun komitmen tersebut melegakan PSSI, Arifin Panigoro kelihatan tidak mahu menyerah kalah dan bakal meneruskan juga IPL walaupun tidak disertai oleh pasukan ternama ISL. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails