Pages


Wednesday, October 6, 2010

8 pemain tak balik ke Slovakia

SKUAD bola sepak bawah 21 tahun kebangsaan, Harimau Muda A bakal menghadapi semua baki tujuh perlawanan persahabatan di Slovakia sehingga November depan tanpa lapan tonggak utama.

Mereka terdiri daripada K. Guru- samy, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Fadhli Shas dan Zamir Selamat.


Lapan pemain tersebut hanya sempat beraksi empat perlawanan di Slovakia sebelum pulang ke tanah air pada 21 September lalu untuk menyertai skuad kebangsaan ke Kejohanan Piala Eximbank 2010 di Ho Chi Minh City, Vietnam yang berakhir Sabtu lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya membuat keputusan supaya semua lapan pemain itu tidak kembali ke Slovakia atas alasan kesuntukan masa.

"Jika mereka pulang ke Slovakia minggu ini, mereka hanya sempat beraksi tiga perlawanan sahaja dan selepas itu kembali semula ke tanah air untuk menyertai latihan skuad kebangsaan bermula 18 Oktober ini bagi persiapan ke Sukan Asia 2010 bulan depan.

"Jadi, untuk mengelak pembazi- ran kos penerbangan dan juga keletihan, lapan pemain ini akan kekal di sini untuk berlatih bersama skuad Harimau Muda B di bawah kendalian Ismail Ibrahim sepanjang tempoh dua minggu ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dengan ketiadaan lapan pemain itu, skuad Harimau Muda A yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee kini hanya mempunyai baki 17 pemain tetapi Azzuddin berharap situasi tersebut dianggap sebagai cabaran kepada mereka.

"Semua kena faham, FAM perlu beri keutamaan kepada skuad kebangsaan. Jadi saya harap baki 17 pemain yang berada di Slovakia itu menggunakan sepenuhnya peluang ini," jelas Azzuddin.

Skuad Harimau Muda A akan bertemu Zemplin Michalovce bagi perlawanan keenam malam ini sebelum turun menentang Dolny Kubin, Sabtu ini.

sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails