Pages


Friday, October 8, 2010

Berita dari Indonesia

Persebaya hentam ISL

Ketua Eksekutif Persebaya Surabaya Cholid Ghoromah dipetik berkata Liga Super Indonesia merugikan dan memalukan pasukan-pasukan terlibat. Beliau turut berkata yang juara Liga Super sudah ditentukan sebelum liga bermula lagi. Ini adalah rentetan daripada kewujudan satu lagi liga yang dikatakan bakal menyaingi ISL iaitu IPL. Persebaya bakal menyertai IPL dan tegas beliau lagi, "di Liga Premier, tiap pasukan akan mendapat saham". Liga Premier Indonesia akan bermula 17 Oktober depan.

FIFA tidak halang kewujudan IPL

IPL ialah liga profesional bebas yang pasukannya terdiri daripada pasukan-pasukan profesional di Indonesia. Menurut salah seorang pengasas Liga Premier ini, mereka sering berhubung dengan FIFA dan AFC dan ternyata tiada halangan untuk mereka mewujudkan liga tersebut. Tiap pasukan akan diberikan dana untuk mereka menyertai liga tersebut dan dananya mengikut keperluan pasukan terlibat. Setakat masih belum ada pengumuman pasukan-pasukan yang bakal menyertai liga ini tetapi menurut pengasasnya, terdapat diantara 17-20 pasukan akan ikut serta. "Belum sampai masa untuk mendedahkan pasukan yang bakal ikut serta,, kerana bimbang pasukan tersebut akan diganggu oleh PSSI," tegas Arya Abhiseka, salah seorang pengasas Liga Premier Indonesia.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails