Pages


Saturday, October 23, 2010

Siapa bakal ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010


Susah untuk menentukan siapa yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini. Keempat-empat pasukan masih berpeluang membuktikan sesuatu pada perlawanan malam ini. Perlawanan separuh akhir pertama pada hari Rabu baru-baru ini gagal mencari pasukan yang layak secara mutlak. Kelantan mengikat Kedah di Darul Aman manakala Johor FC mengejutkan Negeri Sembilan di Paroi.

Pilihan perlawanan akhir penulis ialah Kedah vs Johor FC. 

Kelantan turun dengan kekuatan jentera serangannya yang terbukti cukup menjadi dan mantap akhir-akhir ini. Dengan kehadiran semula Norshahrul Idlan Talaha, yang digantung 2 perlawanan mungkin membuat jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kembali lega. Kedah pula kembali menerima semula kehadiran Sabree Mat Abu dan Khairul Helmi yang digantung satu perlawanan menentang Kelantan.  Jurulatih Kedah, Ahmad Yusof, perlu menggunakan segala kebolehannya untuk memastikan Kedah mampu ke perlawanan akhir. Ini adalah untuk membuktikan kemampuannya setelah menerima pelbagai kritikan antaranya tiada gaya taktikal yang menarik.

Penulis membuat keputusan memilih Kedah berbanding Kelantan kerana secara kasarnya, Kedah belum pernah tewas di stadium keramat pasukan Kelantan, Stadium Sultan Muhammad ke IV. Jika dilihat, Kedah menang sekali di sana dan seri dalam baki perlawanan yang lainnya. Penulis menjangkakan perlawanan ini bakal berkesudahan seri dengan Kedah bakal ke perlawanan akhir. Ini satu cabaran buat pasukan Kelantan untuk menyekat pasukan Kedah dan menidakkan jangkaan ini.

Negeri Sembilan adalah pasukan pilihan pada awalnya. Tetapi kekalahan mengejut mereka di Paroi mungkin merentap semangat sesetengah pemain mereka. Kesukaran mereka menjaringkan gol di tempat sendiri amat memeritkan buat pasukan kendalian Wan Jamak ini untuk kembali  semula ke landasan perlawanan akhir. Johor FC yang mempunyai rekod baik di halaman sendiri malah rekod baik menentang Negeri Sembilan di halaman sendiri dengan seri kedua-dua perlawanan. Azuan Zain mungkin bakal menyediakan ramuan baru untuk pasukannya malam ini.  Beliau berjaya membawa Johor FC ke satu tahap yang baru dan ini mungkin bakal diteruskan malam ini.

Penulis memilih Johor FC berdasarkan rekod mereka menentang Negeri Sembilan di halaman sendiri sepanjang musim ini. Keputusan seri adalah keputusan yang sesuai untuk kedua-duanya dan Johor FC bakal melakar sejarah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun sasaran mereka hanyalah ke suku akhir. 

Rata-rata jika ditanya memilih Kelantan dan Negeri Sembilan akan berentap di perlawanan akhir tahun ini.

Tiap orang berbeza pendapatnya. Bagi penulis, ini adalah pendapat peribadi dan sememangnya boleh berlaku sebaliknya. Tetapi penulis yakin bahawa perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2010 akan menemukan Kedah dan Johor FC pada 30 Oktober ini, insyaAllah.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails