Pages


Wednesday, October 20, 2010

Tak sabar jumpa kawan lama

KEMARAAN Kedah ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini, begitu dinanti-nantikan bekas penyerang kebangsaan yang kini menyarung jersi Kelantan, Akmal Rizal Rakhli. 

Selepas membantu kemaraan Kelantan ke separuh akhir Jumaat lalu ketika menyumbang satu gol dan mengumpan jaringan terakhir Mohd Badhri Radzi, bekas penyerang Hijau Kuning itu berdebar menonton untuk mengetahui identiti lawan The Red Warriors dan hajat Akmal tertunai apabila Kedah membenam Terengganu 3-0 untuk mara dengan agregat 5-2.


“Saya memang berharap dapat bertemu Kedah pada separuh akhir. Saya mahu membuktikan kepada mereka selepas mereka menolak khidmat saya untuk bersama Kedah sebelum ini,” katanya.

Jelas penyerang 29 tahun yang pernah berkelana di Eropah itu jelas masih berkecil hati dan terkilan tetapi di sebalik kejadian itu, dia yakin ada hikmahnya dan kini terbukti musim pertama Akmal bersama Kelantan, sudah membuahkan hasil.

“Sudah tentu saya mahu meneruskan prestasi ini ke perlawanan seterusnya. Sungguhpun saya anak kelahiran Kedah, ini tidak bermakna saya tidak akan melakukan yang terbaik untuk Kelantan,” kata anak kelahiran Jitra itu.

Dalam pada itu, pengendali B Sathianathan tidak mahu memperbesarkan ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha yang menjalani penggantungan perlawanan selepas insiden siku menyiku dengan pertahanan Selangor, P Gunalan pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam.

“Norshahrul digantung ketika perlawanan kedua menentang Selangor di Kota Bharu selepas itu tetapi ketiadaannya tidak kami rasai dan kami menang 3-0.”

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails