Pages


Sunday, October 10, 2010

Perkembangan Harimau Muda di Slovakia


Harimau Muda 0-2 Zemplin Michalovce 

Pasukan lawan mendahului pada minit ke-20 melalui Brasen Michal apabila mendapat lorongan kemas daripada pemain import pasukan lawan, Gamkrelidze Georgil yang berasal daripada Serbia setelah beliau membuat larian solo melepasi barisan pertahanan yang di ketuai oleh Mohd Faizal Muhammmad. Pasukan lawan menambah jaringan pada minit ke-33 menerusi tendangan penalti yang disudahi oleh Janek Ivan apabila bola lorongan daripada sebelah kanan pintu gol Malaysia terkena tangan Mohd Faizal di dalam kotak penalti.

Harimau Muda hanya mampu mendaftar 15 pemain untuk perlawanan ini apabila 8 pemain utamanya masih berada di Malaysia sebagai persiapan untuk latihan pusat ke Sukan Asia 2010. Manakala 2 lagi pemain, Mohd Affizie Faizal B Mamat dan Mohd Farris Danial B Mat Nasir tidak dapat beraksi kerana kecederaan semasa sesi latihan. Mereka akan menentang Dolny Kubin pada 9 Oktober nanti..

sumber: Harimau Muda

Terkini setelah 6 perlawanan

5 Sept - vs Ruzemberok (1-3)
07 Sept - vs Petrzalka (2-2)
14 Sept - vs Slovan Duslo Sala (1-2)
20 Sept - Bodva Moldava (1-1)
28 Sept - Liptovsky Mikulas (1-1)
6 Okt - Zemplin Michalovce (0-2)

Senarai penjaring setakat ini


Izzaq Faris Ramlan (2 gol)
Gary Steven Robbat (1 gol)
Wan Zaharulnizam (2 gol)
S Sivanesan (1 gol)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails