Pages


Thursday, October 7, 2010

Berita dari Indonesia

FIFA larang aksi pemain naturalisasi wakili Indonesia
Kekecewaan melanda tiga pemain yang ingin mewakili Indonesia untuk perlawanan menentang Uruguay esok. Mereka ialah Tobias Waisapi, John van Beukering dan Raphael Guillermo Eduardo Maitimo. Mereka mungkin bakal pulang ke kelab masing-masing selepas tamat perlawanan menentang Uruguay esok malam.

Arema mengeluh perlawanan antarabangsa Indonesia ganggu latihan
Miroslav Janu, jurulatih Arema menegaskan bahawa pemain-pemain beliau yang terlibat dalam latihan untuk perlawanan menentang Uruguay, akan terlepas latihan pasukannya untuk menghadapi Persibo dan Persijap. Beliau akan kehilangan 6 pemain untuk sesi latihan dan ini meresahkan beliau. Apa yang dirisaukan beliau ialah mutu permainan dan tahap permainan pemainnya akan menurun sekiranya mewakili Indonesia.  

PSSI dan Riedl berbeza pendapat
PSSI sudah memutuskan untuk tidak menurunkan pemain-pemain naturalisasi untuk perlawanan menentang Uruguay dan Maladewa. Semua ini berkaitan dengan larangan FIFA bahawa pemain tersebut belum layak mewakili Indonesia. Tetapi Riedl dikatakan tetap akan menurunkan pemain-pemain tersebut dalam pertemuan dengan Uruguay. Apa yang dirisaukan PSSI ialah mereka akan gagal mendapatkan mata untuk perlawanan itu sekirannya pemain-pemain tersebut tetap diturunkan Riedl.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails