Pages


Wednesday, October 6, 2010

Menjelang pertemuan Indonesia vs Uruguay

Hanya 19 pemain Uruguay yang tiba di Jakarta untuk pertembungan dengan Indonesia, tidak seperti jangkaan awal iaitu 25 orang pemain. Selain daripada itu, kemungkinan besar, Forlan yang berada dalam senarai ini akan turut gagal hadir disebabkan masalah di Sepanyol. Esok barulah dapat kepastian tentang kehadiran Forlan ke Indonesia.    

Senarai pemain Uruguay yang tiba di Jakarta:

GK: Fernando Muslera (Lazio), Juan Castillo

DF: Martín Caceres (Sevilla), Jorge Fucile (Porto), Diego Lugano (Fenerbahce), Andres Scotti (Colo Colo), Mauricio Victorino (Universidad de Chile),

MD: Cristian Rodríguez (Porto), Alvaro Pereira (Porto), Maximiliano Pereira (Benfica), Diego Perez (Bologna), Gaston Ramirez (Bologna), Sebastian Eguren (Gijon), Walter Gargano (Napoli), Álvaro Gonzalez (Lazio)

ST: Edinson Cavani (Napoli), Sebastian Fernandez (Malaga), Diego Forlan (Atletico Madrid), Luis Suarez (Ajax)

Di pihak Indonesia pula, ketibaan 2 pemain luar Indonesia (Belanda) yang akan menyarung jersi Indonesia turut mencuri tumpuan. Dua pemain tersebut ialah Tobias Waisapi (22) dan John van Beukering (27) sudah menjalani latihan bersama pasukan Indonesia.

Bambang Pamungkas turut menyuarakan komen tentang dua pemain tersebut. 

"Sukar untuk menilai permainan mereka kerana mereka baru sahaja tiba dan menjalani latihan bersama kami"

"Mungkin ini petanda baik untuk pembangunan bolasepak Indonesia," tambah Bambang berkenaan kehadiran pemain-pemain dari luar untuk Indonesia.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails