Pages


Saturday, October 16, 2010

Rusa yakin jinakkan Singa Utara

WALAUPUN berbekalkan kelebihan satu gol, Negeri Sembilan yakin menumpaskan Perlis pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Kangar malam ini.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, beliau yakin anak-anak buahnya dapat meneruskan prestasi cemerlang, sekali gus mara ke pusingan seterusnya.


Wan Jamak juga yakin, mereka mempunyai peluang mara ke pusingan akhir berdasarkan prestasi terkini anak-anak buahnya.

"Pada perlawanan pertama kita bermain dengan baik tetapi penyudah yang kurang berkesan menyebabkan kita hanya mampu menjaringkan satu gol.

"Bagaimanapun, pada perlawanan malam esok (malam ini) saya yakin kami akan tampil lebih garang di depan gawang lawan," katanya, semalam.

Pada perlawanan pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa lalu, Negeri Sembilan hanya mampu mencatat kemenangan 1-0 ke atas Perlis hasil jaringan Shahurain Abu Samah.

"Ketika ini, kami menghadapi masalah di barisan serangan berikutan kecederaan yang dialami Zaquan Adha Abd. Razak.

"Dua lagi penyerang iaitu Shahurain dan Norizam dilihat kurang menyerlah tetapi kita yakin semua itu akan dapat diatasi pada perlawanan seterusnya," ujarnya.

sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails