Pages


Tuesday, October 12, 2010

Piala Malaysia: Suku Akhir 2010

Kedah mahu kekal rentak kemenangan

PENGURUS Kedah, Datuk Khazali Din mahu para pemain pasukan itu mengekalkan aksi cemerlang dan rentak kemenangan pada pertemuan suku akhir pertama saingan Piala Malaysia menentang Terengganu malam ini.

Menurutnya, kemenangan ke atas skuad Pantai Timur itu penting sebagai bekalan bagi skuad Hijau Kuning pada perlawanan kedua di laman sendiri Sabtu ini.

Katanya, persembahan terbaik yang ditunjukkan pemain ketika menewaskan ATM 4-0, Sabtu lalu perlu dijadikan pendorong untuk pe- main meraih kemenangan.

"Kedah mahukan kemenangan ketika bertandang di Kuala Terengganu. Pemain diharapkan dapat mengekalkan momentum kemenangan yang ditunjukkan ketika mengalahkan ATM baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. 

Gol kemenangan Kedah ke atas ATM dihasil- kan oleh Mohd. Khyril Muhymeen, Badrol Baktiar, Wan Asyraf Wan Ali dan Azmi Muslim.

Khazali yang juga Datuk Bandar Majlis Banda- raya Alor Setar (MBAS) berkata, prestasi pemain ketika ini berada pada tahap terbaik dan pe- luang untuk pasukannya meraih kemenangan tetap ada.

Namun katanya, pemain tidak boleh memandang mudah perlawanan itu kerana pasukan lawan pasti mahukan kemenangan lebih-lebih lagi mereka beraksi di hadapan penonton sendiri.

"Pemain dilihat begitu bersemangat bagi mengharungi perlawanan ini dan diharapkan semangat itu dapat diterjemahkan di padang de- ngan kemenangan," katanya.

Kelantan tidak gentar

“SELANGOR bukan sebuah pasukan yang digeruni. Mereka juga mempunyai kelemahan dan kami tidak perlu bimbang.”

Demikian tegas pengendali Kelantan, B. Sathianathan menjelang pertemuan dengan skuad The Red Giant itu pada pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Bagi Sathia, pertembungan kali ini diibaratkan sebagai perlawanan akhir yang diawalkan selain kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri ketika pertemuan dalam Liga Super sebelum ini dan percaya tahap permainan akan berada pada paras tertinggi 

Justeru, beliau berharap agar pemainnya berada dalam keadaan paling cergas termasuk pemain simpanan bagi menghadapai perlawanan terhebat itu.

“Selangor adalah sebuah pasukan yang biasa bermain perlawanan berprofil tinggi seperti ini, tetapi jangan lupa mereka juga mempunyai kekura- ngan. Jadi, saya mahu semua pemain bersedia untuk mencipta sesuatu.

“Selangor hanya menurunkan pasukan kedua ketika perlawanan terakhir tetapi pemain kita terpaksa bertungkus-lumus sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyebabkan pemain-pemain kita agak keletihan selepas beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh sembilan hari,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, untuk menjadi sebuah pasukan yang bergelar juara, ketakutan tidak seharusnya menjadi penghalang dalam diri pemain, siapa saja yang bakal ditentang, mereka perlu yakin.

Jelasnya, beliau pasti K. Devan dan anak-anak buahnya juga bimbang menghadapi Kelantan yang turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super selain finalis Piala Malaysia musim lalu.

“Mereka juga pasti bimbang bertemu kita (Kelantan). Tekanan mungkin lebih kepada Selangor kerana mereka juara Liga Super, rekod tanpa kalah dalam kumpulan selain aksi pertama ini akan dilangsungkan di tempat mereka terlebih dahulu.
“Bagi saya, seri sudah cukup tetapi menang adalah satu bonus. Cuma saya mahu pemain- pemain saya pulang bersama jaringan gol sebanyak mungkin untuk meredakan tekanan ketika aksi di Kota Bharu,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada khabar yang kurang gembira di kem Kelantan apabila beberapa pemain utamanya mengalami kecederaan seperti Azizi Mat Rose, Norshahrul Idlan Talaha serta Badri Radzi dan status mereka hanya akan diketahui hari ini.


sumber: Kosmo
 
Jentera serangan Perlis dapat penghargaan

BIARPUN sasaran mengejutkan Selangor tidak kesampaian apabila kecundang 0-2 pada perlawanan terakhir Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri Kangar kelmarin, persembahan bersemangat Singa Utara tetap tidak mengecewakan ketua jurulatihnya, Yunus Alif.

Malah, pengendali itu menyifatkan ketumpulan jentera serangan dalam melakukan penyudahan dikenal pasti faktor utama yang memberikan kelebihan kepada lawan yang mencatat kemenangan keenam berturut-turut peringkat kumpulan.

Faktor naib juga memihak Perlis untuk ke suku akhir selepas pencabarnya, T-Team dikecewakan FELDA United apabila terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. 

“Saya dapati mereka (pemain) bermain penuh bersemangat, menguasai sebahagian besar permainan terutama di babak pertama dan mencipta beberapa peluang tetapi gagal di manfaatkan jentera serangan.

“Sebaliknya, lawan yang hanya sesekali melakukan serangan pantas, bijak memanfaatkan peluang untuk memastikan dua gol,” katanya.
sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails