Pages


Wednesday, October 27, 2010

Bola sepak tak rela berkemas awal: Subahan

WALAUPUN diundi dalam kumpulan sukar pada Sukan Asia XVI Guangzhou, bulan depan tetapi skuad bola sepak negara berharap tidak menjadi pasukan pertama dari kontinjen negara yang berkemas pulang awal seperti yang tercipta di Doha, empat tahun lalu.

Sebaliknya, skuad kendalian K Rajagobal itu mensasarkan mampu melepasi saingan peringkat kumpulan pada temasya kali ini dengan mara dalam kelompok 16 pasukan terbaik. 

engurus pasukan, Datuk Subahan Kamal, berkata dia yakin dengan semangat tinggi mampu menjadi ‘senjata’ kepada skuad kendalian Rajagobal bersaing bersama China, Kyrgyzstan dan Jepun dalam Kumpulan A.
“Jepun dan tuan rumah China jelas lawan paling sukar tetapi kita harap dapat bersaing dengan mereka sambil berharap mampu menundukkan Kyrgyztan yang menduduki ranking lebih rendah daripada kita untuk menduduki tempat ketiga kumpulan.

“Ini kerana empat pasukan terbaik yang menduduki tempat ketiga dari enam kumpulan akan turut layak dalam kelompok 16 pasukan. Itu harapan kita,” katanya selepas mesyuarat pengurus pasukan ke Sukan Asia di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Acara bola sepak bermula 7 November ini. 

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails