Pages


Monday, October 11, 2010

Perkembangan Harimau Muda di Slovakia

 Harimau Muda A 0-1 Dolny Kubin

Harimau Muda mengalami kekalahan yang ke 4 dalam perlawanan menentang Dolny Kubin semalam.Pasukan lawan telah mendahalui pada minit ke 11, apabila Jaworek Marek menggunakan kelebihan ketinggiannya bagi menanduk masuk hasil hantaran dari sebelah kiri pertahanan pasukan Harimau Muda.

Harimau Muda kembali mengimbagi perlawanan tersebut dan membuat tekanan awal di barisan pertahanan pihak lawan yang mana dua percubaan terbuka daripada Mohd Rafiuddin Roddin pada minit ke 28 dan Mohd Farris Danial pada minit ke 35 dapat di selamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan Papiak Thomas.

Wan Zack Haikal terpaksa dikeluarkan di pertengahan permainan separuh masa pertama kerana mengalami kecederaan buku lali dan beliau telah digantikan oleh Wan Zaharul Nizam.

Pasukan Harimau Muda terus memburu jaringan bermulanya separuh masa kedua dengan membuat pertukaran kedua dimana menggeluarkan Mohd Rafiuddin Roddin dan digantikan oleh Saarvindran. Peluang terbaik hadir pada minit ke 52 apabila rembatan Mohd Shukor Jusoh dari luar kawasan petak penalti  menggegarkan palang gol pihak lawan dan percubaan dari Wan Zaharul Nizam pada minit ke 60 dapat ditepis keluar oleh penjaga gol lawan yang bermain cemerlang.

Perlawanan ini turut disaksikan oleh duta Malaysia ke Austria, Dato’ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob. Beliau berpuas hati dengan persembahan para pemain walaupun tewas. Menurutnya pemain mempunyai kelebihan daripada segi teknik dan individu dan cuma kita kalah dari segi fizikal dan kekuatan, para pemain  juga telah melepaskan beberapa peluang yang terhidang  berbanding pihak lawan yang mempunyai satu dua peluang tapi berjaya menjaringkan gol.

Terkini setelah 7 perlawanan

5 Sept - vs Ruzemberok (1-3)
07 Sept - vs Petrzalka (2-2)
14 Sept - vs Slovan Duslo Sala (1-2)
20 Sept - Bodva Moldava (1-1)
28 Sept - Liptovsky Mikulas (1-1)
6 Okt - Zemplin Michalovce (0-2) 
9 Okt - Dolny Kubin (0-1)

Senarai Penjaring setakat ini

Izzaq Faris Ramlan (2 gol)
Gary Steven Robbat (1 gol)
Wan Zaharulnizam (2 gol)
S Sivanesan (1 gol)

3 Perlawanan terkahir selepas ini

vs Lucenec (19 Oktober)
vs Rimavska Sobota (2 November)
vs Trencin (9 November)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails