Pages


Monday, October 4, 2010

Van Beukering mungkin main untuk pasukan Liga Indonesia

Salah satu pemain yang ingin dinaturalisasi Indonesia, Jhon van Beukering, mencari pasukan baru setelah tidak lagi berstatus sebagai pemain Go Ahead Eagles, kelab divisyen satu Belanda.

Go Ahead dikatakan menggunakan jasa Van Beukering sebagai pengganti Frank van der Zwan yang cedera. Jumaat baru-baru ini, Van der Zwan sudah kembali bermain dan membantu kemenangan 8-0 ke atas FC Dordrecht. Jadi, Van Beukering pun memutuskan mencari pasukan baru.


Ditanya mengenai perlawanan menentang Uruguay, beliau tidak sabar-sabar untuk menyarung jersi Indonesia. Dia yang pertama kali tiba di Indonesia sudah mendapat gambaran bagaimana keadaan di Indonesia dari saudara maranya. 


"Bahasa mereka agak sukar. Saya cuma faham sedikit Melayu, tapi saya akan ke sana bersama kakak saya, Dennis. Benda penting yang saya tahu adalah 'makan'."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails